Skip to main content

7th months check up - a worried mom

semalam aku punya routine check up. dah masuk 7 bulan. next check up 12 august. start dari situ check up 2 minggu sekali. makin hampir. makin suspen. makin tak sabar. mixed feeling. so, apa yang dirisaukan tu? actually 2 hari sebelum puasa, aku found out, baby's movement is very very slow. selalu dia akan gerak sampai keras perut mak. adalah rasa tak keruan disitu. tapi dalam masa yang sama mmg tgh busy gila. so mungkin aku tak perasaan kot dia gerak.

masuk lah 1st day puasa. rileks la sikit. tak larat nak tekejar sana sini. so mmg boleh monitor baby gerak. rasa macam slow jugak. hati ada risau. risau sangat. so kebetulan aku ada keje kat luar aku singgah klinik. tanya ada scan tak kat situ? ok ada. jumpa doktor, bagitau lah apa kerisauan dihati.

then terus doktor scan. masuk hari tu kira dah 3 hari baby cam silent. terus nampak heart beat. ok heart beat is strong. then lama dia scan siap tambah jelly tuh. belemuih perut aku. aku cakap, "anything wrong doctor?" doktor cakap "he's very quiet". hmmmm risau! 

normally lepas makan mmg menendang2 lah anak aku. tapi 2-3 hari ni rilek je. urut2 perut ada la sikit tendangan kecil. so doktor tu cakap supposed check on fatal movement start 28minggu. so doktor kata i can start early. kalau within 12 hours movement less than 10, i should go straight away to the hospital. and doktor suggest esok (day 2) tak puasa. tgk baby ok tak. baby's movement mmg akan slow kan sepanjang puasa. slow tapi bole rasa la kan. BETTER SAFE THAN SORRY kata doktor.

keluar klinik bertambah2 risau. masa tu urut2 perut, cakap dgn dia. doa banyak2 time semayang. masa tgh ngaji lepas maghrib sementara tunggu isyak lepas buka day 1 tu, tetiba, perut aku beralun2. like, ok, this is the real kick from him. haaa lega yang amat tak tau nak kata.... 

the next day (2nd day) aku sahur cam biasa. doktor pesan not to fast. tapi i insist to puasa gak. takpe, Allah lindung anak aku. fikir baik2 tambah pulak masa pregnant nia (9 bulan) & adel (5 bulan) cukup 30 hari aku puasa. tapi masa tu takde isu baby tak gerak ke apa.

alhamdulillah 2nd day, he kicked like a champ. seronok. walaupun perut senget senget kan. perut aku kecik je tapi aku bole rasa and nampak la kan. so semalam day 3 puasa. and check up kat gynea. again, aku cerita from the beginning what's going on.

then terus la dr. norshidah tu scan. masa scan tu lah dia memberi gerakan2 hebat. siap dapat tgk dia tgh makan! doktor kata "tu tgk anak u tgh makan lagi. tgh makan air ketuban u" subhanallah... i can feel that he wanted to tell me that he's doing ok inside. "don't worry mama, i'm fine here" ha gitu. 

 nampak tak mulut dia tgh tebukak tu? real scan mmg macam tgh mengunyah. sangat2 kagum. kuat eh baby. mama tau kita bole puasa sepanjang Ramadhan ni sama macam masa kakak niadel. berat baby pun dah 1kg. doktor tanya berat anak2 u berat masa lahir. aku bagi tau lah nia 3.55kg, adel 3.35kg. haish nak besar lagi ke anak? takpe2, yang penting awak sihat ok!

so up until today, masih berpuasa. ok2 aje. yang penting sahur. and aku rasa macam entry sebelum ni macam warning pulak. banyak nya aku merungut. rasa nak delete je entry sebelum ni. semalam baru aku tau bila perut mengeras tu rupanya dia sedang melakukan gerakan2 besar. he move his body. rasa yaAllah, banyak nya aku complaint. kau dah pregnant, Allah makbulkan dapat anak lelaki, macam2 aku complaint. bila dia senyap aku dah risau yang amat. sorry baby ok!

Comments

nad said…
Alhamdulillah tak apa apa...
Baby boy R mmg kuat! :)
Rizziela said…
mungkin masa dia silent tu dia letih kot..maklumlah 1st day puasa.. mama jangan risau tau
bb boy mmg kuat...
kita dl pon..mmg dia byk mengeras..
good movement tu..hikss..

insyaAllah semoga semuanya ok k..
Elyn Sani said…
Phiew time2 gini aku selalu kene marah doc sbb dtg lmbt bile terasa baby x gerak. So ko jgn jd cam aku ek. Cecepat gi cek kalau baby x gerak.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...