Skip to main content

mother's day wishes

dekat2 mother's day aku cakap gini dekat wan.

aku : haa jangan lupa mother's day ahad ni
wan : kenapa? mak abang dah takde
aku : adoilah! (tepuk dahi)  ha lah. mak niadel ada lagi
wan : ooooo
*sweet sangat!*

baru dapat e-card tadi dari papa niadel. tak tau nak kata apa. kreatif jugak laki aku ni. aku ingat dia suruh adik dia buat. kalau aku, mmg suruh adik aku je buat benda2 gini. kira malam tadi tido lambat bukan OT tgk bola je terkeluar idea nak buat kad gini. padahal semalam sekali dengan aku masuk kedai hallmark dgn memory lane nak cari mother's day card mama. aku cakap, dah tak payah lah susah2 bang oi. tak surprise langsung. sekali dapat email e-card ni. yang ni betul2 punya surprise. 1 word i can describe on my husband ----> he is so unpredictable. pagi dia boleh buat muka macam nak cari gaduh, tengah hari bole jadi clown. malam perasaan bujang macam takde anak bantai tgk tv main game. esok dapat kad ni. unpredictable lah kan? hahaha.. ko puji ke perli ni? puji ni! tq husband! hadiah share ye. 9 tahun lagi baru bole dapat hadiah ke camne tu? hahaha..


 nia pulak nyanyi lagu ni untuk mama. siap ada back-up dancer kat belakang. 

tq kesayangan mama semua...

and happy belated mother's day to all mothers out there.

Comments

nad said…
Rinduuunyyaaaa nak bace citer niadel kat sini!
Kt ig tak puas sbb pendek sgt hihi

Hepi mothers day jugak utk alya!
Affieza said…
Cantiklah e-card tu...sweet!!! hehe
shark said…
saya hari2 pun sambut hari ibu..
hehe :)
dah ok ke skang?
ke teruk lg mabook2?
Iela Fazielah said…
owh alya... indahnyer hidup mu... bertuah tau dpt suami mcm ni..caring..romaktik tp jenis xtunjuk... selamat hari ibu...
nome said…
comel giler ecard nih...pandai wan! sungguh tak disangka...dalam diam je dia buat...
iduraz said…
hehe..comeii kot...suka tgok anak2 dara kamu tomei2

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...