kalau aku MC lagi esok, maknanya hampir setengah bulah aku tak masuk ofis. oh eh oh eh aku ni sekarang ni korang tau tak? where to start? nak cite percutian kat bandung mmg tak lah for now. view gambar pun tak habis lagi. aku cerita percutian aku kat columbia asia hospital sejurus pulang dari bandung.
kitorg touch down hari rabu lepas petang. petang tu, family aku terus balik perak sebab mmg kitorg dah overdose cuti. yang keje hari sabtu terpaksa amik cuti 4 1/2 hari cuti. yang kitorg ni pulak 4 hari cuti. tak kecik biji mata boss? bukan nya cuti sekolah ke apa kan. so nak tak nak mmg kena terus balik perak. and kitorg mmg kena keje esok nya (khamis)
so my check up was supposed to be on that Wednesday. tapi aku pegi lah khamis kan. sebelum masuk ofis aku singgah kejap. terdatang awal lah cam biasa sebab hantar nia sekolah kan. oh on my condition that time, sama lah mcm hari2 sebelum nya bila aku disahkan mengandung. pening, muntah, u name it. semua aku sedang melalui nya. kat bandung pun takde diskaun. tu pasal plan nak ke jakarta terpaksa dilupakan. sokay.
so aku ingat condition aku untuk orang yang alahan teruk macam aku ni ok lah. kira ok2 je. tapi bila masuk jumpa doktor, masa timbang berat pun doktor dah tau yang aku sedang mengalami alahan yang teruk. teruk as in, badan aku lembik. berat aku turun 4 kg. scary weh. dah risau ke baby. alhamdulillah, baby ok, membesar ikut usia kandungan. dah dengar bunyi heartbeat.
gynea said 'i'm not worry about your baby, i'm worry about your condition.' i looked pale. weak. my lip cracked. tak ngandung pun mmg crack je kot. nak dijadikan cerita hari aku check up tu aku ada demam. my nose block. aku mmg nak mintak doktor ubat utk demam selsema aku ni tapi lain pulak cerita nya.
masa memula tu doktor nak bagi aku MC. tapi doktor cam pause. ke dia tau kalau aku dapat MC pun aku mesti masuk ofis jugak? mmg aku kena masuk ofis. sebab aku dah lama cuti kot. berdedikasi sangat!
so masa doktor nak bagi MC tu doktor cakap. i risau ni. u kalau duduk rumah pun bukan u boleh rehat. u kena jaga anak. still u won't eat anything kalau u tak larat nak makan. so doktor cadangkan aku warded, drip air sebab aku dehydrated. duk ward, doktor / nurse bole monitor. i stayed for 1 nite, on the next day i will feel so much better. kata doktor.
terus je call wan, ok ke? tak de fikir2, wan suruh aku masuk wad je. owh baik. aku pun said yes. terus masuk treatment room, baring untuk di drip kan. masa nak drip pulak. jenuh ketuk lah tangan aku ni. doktor tak jumpa urat. kata nya badan takde air. sudahnya aku pakai jarum budak kecik. sakit woo sampai ke tulang rasanya.
tak lama lepas tu bahagian admission datang terus je aku dibawak ke wad naik wheel chair. jenuh jawab lah dari sorang ke sorang nurse yang handle aku 'first pregnancy ke ni?' tak deknon. no. 3 dah. tapi 1st time lah rasa gini.
so, nothing much i can do sebab tangan pun ber drip. nak bangun pun tak lalu. muntah2 jugak. sebelum makan apa2 meal, cucuk ubat tahan muntah kat drip air tu. then baru boleh makan. i wasn't expecting wan to come on the dot at that time. sebab paham member baru masuk keje kan. so aku lepak sorang2 je lah. officemate aku datang. ada few things aku kena sign. tu lah tujuan cari hospital dekat dengan ofis.
kot esok aku nak beranak, nunggu dalam labour room ke, boss boleh dtg lagi. kahhhhhh gilo! boss pun datang. makcik ezan pun datang. so thanks so much yang sudi singgah. lewat petang baru wan datang. dia keluar awal sikit. masa tu tah dah botol ke 3 kot. then sebotol air gula.
tapi kenapa aku rasa lembik je lagi???? i mean, idak lah awok ke toilet kencing je. aku melepek aje. itu menunjukkan betapa kurangnya air dalam badan aku. aku tak sangka lah se serious ini. aku tak nak lah jadi mengada bila dah pregnant. seboleh2 nya aku akan masuk office. lagu mana aku kat office tu korang tak tau pulak.
aku rasa kebanyakan masa aku, aku dok oh eh oh eh je lah. tak lalu. sampai tahap tutup pintu bilik. tutup lampu, baring tido belakang pintu. sampai begitu sekali. ke aku dah cite? takpe cerita lagi. so macam tu lah keadaan nya aku sekarang kalau kat ofis. nak cakap sakit pun tak tau nak kata sakit apa. bukan sakit tapi alahan yang teruk.
bertuah aku merasa lah begini punya alahan. masa niadel dulu sampai nak beranak aku steady. bukan nak riak cuma nak compare the different experience on previous pregnancy. Well, Allah nak bagi aku rasa macam mana mak aku rasa. mak aku pernah alahan sampai 7 bulan ye. tapi masa tu alahan yang berbaloi kot sebab bawak anak kembar.
bak kata mak aku, bia aku sakit beranak dari aku alahan2 teruk gini. apa keje tak jalan. i have to agree on what my mother said. seriously, kau jadi jem tak leh buat keje. aku rasa wan yang paling banyak duduk dapur dari aku. aku tak boleh berdiri lama2. kalau aku berdiri, berjalan or buat apa2 kerja, sekejapan je aku dah rasa nak pitam / muntah. lain orang lain bahagian dia. ni bahagian aku. aku redha. not complaining at all. kenapa nak mengeluh. i should be thankful to Allah kerana diberi peluang untuk pregnant sekali lagi. syukur sangat.
sampai mana dah tadi ni? columbia eh? kira aku lone ranger lah kat wad, wan dgn anak2 datang malam tu, teman aku kejap. sebab esok niadel ada aktiviti kat sekolah. tak leh tido pun sebab single bed takde kosong. so aku stay kat 2 bedded. the whole night bersilih ganti drip botol. sampai lah ke pagi. bedenyut2 urat aku sakit woo especially bila masuk air gula.
tapi..... kenapa aku tak rasa apa yang doktor kata tu? katanya i will feel much better the next day. aku masih lembik. seriously. rupanya member aku kata kalau lepas masuk air tu badan akan jadi weak kejap and u akan ok. ok lah. petang tu aku dapat discharge. tu pun sebelum discharge kena masuk sebotol air lagi. habis botol tu baru aku bole balik.
discharge pun lone ranger gak. ok je. then balik rumah. tapinya, aku jadi flat bila balik rumah. tak tau kenapa. ada lah 2-3 hari jugak. condition aku mcm jadi makin teruk. aku nak bangun pun tak larat. uruskan niadel? mmg tak lah.
malam ni baru aku rasa ada tenaga sikit sebab aku boleh makan. pagi tadi, mmg masih muntah2 teruk.
yaAllah yaTuhanku, Kau kuatkanlah diriku dan Kau lindungi lah anak dalam kandungan ku. semoga kami kuat menghadapi ujian ini. amin ya rabbal alamin....
aku takde amik gambar sangat. tak lalu. ni je yang ada. jadi lah nak buat kenangan...
Comments
Kite dua dua pun alahan truk
Berat turun 10 kg masa awal 3 bulan
Hubby pun takut tgk
Sbb dia kata mcm mayat hidup
Padahal turun ke 50kg jek
Tu pun die kate dah kurus sgt sgt..
Huhu
salam...
dahlia
take care dear, i pray for supaya baby n u sihat...
i know how u feel sbb i pon alahan teruk dari start preggy smpi bersalin.. before masuk labor room pon muntah lagi.. dua2 anak mcm tu.. tp alhamdulillah, bersalin senang..
trust me, ALLAH maha adil...
mengandung mmg cenggitu..
banyakkan bersabar..
pahala segunung menanti anda :)