Skip to main content

kejadian2 yang tak diingini di Bandung

pergi 13 orang. so 13 orang punya ragam. korang pun bole bayangkan lagu mana kan? macam- macam kejadian yang berlaku untuk kitorg jadikan kenangan. dari sebelum naik flight berlepas ke bandung sampai lah balik ke KL. meh nak share apa kejadian2 yang berlaku sepanjang 6 hari kitorang disana. kalau aku boleh recall balik lah. rasanya boleh kot.  dari kejadian2 tak diingini ni lah kita boleh jadikan pengajaran sekali gus dapat bagi tips kat korang yg berjalan dalam big group ni.

DAY 1 - masa dalam plane nak ke bandung, aufa jadi star of the day bila dia mengamuk sakan. citenya, aufa kan dah start makan solid food. sebelum fly dia tak dibagi makan dulu. harap kan susu mak dia je. kalau kata takut nak flight, dia dah biasa naik flight. ni kira first flight yang dia dah start makan where as, mama dia lupa nak fed dia dulu. sebab mak dia ingat ofa ok2 je nanti. tapi lain pulak jadinya. sejam sebelum mendarat, masa tu dah petang, dia dah start mengamuk. bagi baby bites pun tak jalan. nak makan mama!!! so ditranslate kan dalam amukan. first time ever dia melalak gitu. nestum dia semua dalam luggage yang kitorg check in. nak jadi cite kan? i understand how panic the parents at that time. so sedaya upaya aku cari alternatif. masa steward/ess lalu nak jual food tu, bole pulak nasi habis. so aku beli burger je. apa aku buat. aku bagi dia roti ya ng aku dah chew dulu and rendam dalam air. tawakkal je lah masa tu. laju gila dia makan. still dia macam tak puas. kalau korang tgk badan ofa kan ketak2. mmg makan banyak. sampai touch down lah dia menangis. elok je landed dia dah tido kat babah dia sebab penat sangat menangis. mmg kitorg semua panic lah. pheww!!!! 

baru lepas mengamuk beratur nak lepas imigresen. sian dia...

DAY 1 - masa dah touch down beratur panjang nak melepaskan imigresen. selagi belum lepas imigresen rupanya tak leh amik gambar. aku ni mmg tak nampak sign tu. nak jadi kan cite, itinerary yang ayah aku dah print tu, adik aku yg sengal boleh tinggal kat rumah aku. kitorg pulak mmg tak study langsung pasal bandung. ayah aku je yang prepare semua. so no clue nak kemana mana. masa tgh beratur tu, nampak 1giant photo tempat yang wajib pegi bila datang bandung. terus aje lah aku snap. lepas tu apa jadi? gila kuat kena sound dengan guard situ. malu wei!!! dah la malu pasal kes ofa tu, ni sambung malu lagi. hahahaha...

 aku amik gambar ni je pakai hp. adik aku pun amik ni apesal tak kena sound? siot betul lah. mmg malu lah. dia suruh delete kat hp masa tu.

DAY 1 - checking in. kitorg book 4 bilik. dapat hotel ni by google je. yang mampu duduk untuk 3 malam. as kitorg pegi 5 malam kan. so bilik sekadar nak tido sahaja. so was expecting bilik tu sebelah2 lah. then dapat lah no bilik. mmg semua same floor. tgk no pun mmg nampak lah sebelah2. so agih2 lah. rupanya walaupun sequence dia 275 & 276. kan nampak sebelah2 tu kan? rupanya, 1 kat utara satu kat selatan. bapak jauh gak lah even same floor. tak paham. macam aku bilik 202 sebelah bilik 286. apekah? 2-3 kali lah tukar bilik sebab biar yang bujang paling jauh. umang ai. pelik2 benor hotel ni. hotel baru, design cantik. very reasonable and affordable. RM110 / nite. includes breakfast.  disebabkan bilik utara selatan timur barat, setiap bilik mesti ada yang pakai no indon senang nak communicate. malam tu, 1 keje lah deme ni pegi beli sim card. beli sim card 1 hal, memasing ber ipong, ber note semua stok kena potong sim card. yang pakai ipong5 lagi haru kena potong jadi size nano simcard. aku nak tuka simcard? tak kuasa. wan yang tuka. macam2...

 siap kena save note tuh sebab nampak macam sebelah2 tapi jauh- jauh. bilik aku macam jauh tapi dekat je dengan bilik adik2 aku. ish pening lah.

tukar sim card takde hal, nak motong sim card tu yang jenuh.

DAY 4 - masa nak check out kat fave hotel braga. gempar sebentar kat lobi bila bilik akak aku kena extra charge sebab turun kan tilam. kitorang cam haaaa???? sebab turun kan tilam takut ofa jatuh je. nak sewa cot mmg tak lah kan. cut cost selagi boleh. ni kena charge. kitorg cam hairan lah, takde pun merosakkan harta benda. alih kan je. kira sepanjang2 family member aku travel merata dunia ni lah pertama kali insiden seumpama ini terjadi. mmg bertegang urat jugak lah nak explain. kena charge IDR 50,000.00 untuk 1 malam. masa housekeeping kalau betul kena charge they should inform to us earlier. betul tak? ini dibiakan je. so lepas sorang demi sorang dah explain and merayu, kitorg dapat lah lepas. aku masa tu lepak sofa je tunggu settle. 

 takde pulak gambar macam check out. ni je ada. gambar aku rilek je kat sofa tunggu yang berkenaan settle kan hal kena charge sebab turun kan tilam tuh. konon takde problem ye bilik aku. rupa2 nya lagi haru.

DAY 4 - aku ingat bilik aku dah selesey rupanya bole pulak suami ai yang tercinta ni tercicir kad bilik. total kad ada 3 je. 1 bilik lagi yang hilang bilik aku. adeh... tak penah dibuat kat tempat lain sini pulak nak jadi. mmg lagi meriah kari lah lobi tu. semua pakat cari kad. ending nya, adik aku si yan ni tah apa dia ayat kat org room service yang tgh lalu kat floor tu dia bagi 1 kad reset buat kad no bilik kitorg. fuh lega. tapi nak bagi tips masa tu sekor2 takde sen. sian dia. so selesai lah masalah disitu. macam2 eh?

 yes to favehotel sebab betul2 dekat town and rate bilik yang murah. and no kat service yang ngarut2.

DAY 1 - DAY 6 - musollah / surau. surau sentiasa ada dimana- mana. macam mana sexy pun orang indon ni, aku tgk time solat mmg on time. tah nak kagum ke jakun ke tak tau lah. tapi yang nak heran bila musollah nya kongsi yo. laki puang. tu adik aku cam segan nak semayang sebelah puang dah lah sexy tapi solat. awkward disitu. kami2 ni lagi lah. mujur kita ni rombongan cik kiah. so kitorg masuk je penuh dah musollah tu. makanya, sila pakai tudung yang senang sauk jgn macam aku ye, jenuh nak ber tudung bawal bagai.

 musollah kat kartika sari. ni tgh tunggu turn pompuan lak semayang. kena tunggu, kang sampai sudah tak leh solat. 

DAY 4 - rumah mode. tgh mama ofa sauk macam2 baju untuk ofa, tetiba badan ofa dedar. mujur ada mak yang beranak 2 yang biasa dah travel jauh bawak segala bala kemungkinan. nak jadi lagi panic bila ni lah pertama kali aufa demam. sepanjang2 7 bulan alhamdulillah dia sihat walafiat. sihat nya environment kat sungai petani eh? anak 7 bulan tak penah demam. ce kalau anak kita kat sini. masuk taska minggu tu, minggu depan demam sudah. uhuhuu... so kat rumah mode tu jugak bagi PCM. suhu dia 37.2 je masa tu. so mama babah dia dah mcm uncomfortable lah nak shopping semua kan. paham sangat perasaan diorg bila anak demam ni. nak lagi first time pulak. alhamdulillah semua terkawal.

ofa dah start demam. kita yang tua penat apa lagi besar ofa kan. but alhamdulillah we survived.

DAY 5 - kat ciamplas. masa ni aku rasa masing2 dah exhausted. tapi kena gak lah turun. kitorg turun dulu while ayah kitorg tido dalam van. tapi bila kitorg dah settle, balik kat van, ayah kitorg dah merambu tah kemana. aduh, bukan kejap ye. lama lah jugak. aku ni dok fikir bukan2 je. ye lah, kat tempat orang kan. pak okky (supir kitorg) pun dah mcm panic 2-3 kali pusing jalan kat ciamplas tu mencari ayah. adoi lah ayah suka bikin panic attack. dah maghrib baru lah datang. rilek je. tapi kitorg tak cakap ape lah aternya ayah aku lah dok menunggu kitorg shopping berejam2. tapi risau lah kan. so amatlah penting to walk in group. sorg berenti nak beli, semua kena berenti. gitu lah.

kat ciamplas walk ni lah ayah aku pi jalan sorang2. ish mmg risau. tgk ha senapang pun jual tepi jalan je. senapang betul tuh.

 selagi tak gerak van, selagi tu lah kena serbu. dah dapat untung mamat jual jaket kulit tu. sampai 2 pasang beli. 1 wan 1 adik aku. gang2 mat rempit.

DAY 1 - DAY 6 - STROLLER / BABY CARRIER! konon orang ramai so ramai lah yang boleh dukung anak2 kita kan. tapi lepas menjalankan post moterm,  tukang dukung especially aku samggup aku sorong stroller walaupun tempat2 kat situ tak stroller friendly. mak rella angkut stroller weh! tak sanggup mendukung niadel yang berat bontot. kita kan penat, budak2 lagi lah penat. mujur ofa tu tak leh jalan lagi so kena lah dukung. tapi dukung baby 8 kilo bole tahan gak tuh. so next trip walaupun pergi ramai2, stroller wajib lah bawak ye. setakat kat rumah mode ke pasar baru ke boleh lah pakai stroller. ada je escalator. tukang2 dukung anak2 aku ni termasuk mak diorang sedikit sebanyak keinginan untuk shopping tu turun beberapa % sebab jenuh dukung niadel! ofa takpe ringan lagi. wajib dukung. niadel ni. sorang 15kilo, sorang 17kilo. kau mampu??? surrender weh. tu yg mama sampai warded tuh. dengan lembik, dengan nak dukung lagi. and most of the time nak mama je lah yang dukung. maklong pun kesian tgk mama nye dukung anak, maklong yang dukung niadel. maklong kau pun aku tgk sama besar dgn niadel. runsing aku. huish.... kenangan. 

rasa macam nak bawak lari je trolley ni. ni kat ciamplas walk. ni je lah jumpa troli sebab dalam shopping mall. dapat lah rehat sekejap. tidak kalu, ada lah 2 orang yg bermuka keta kena dukung nia and adel.

DAY 6 - kat airport. check in luggage. excess baggage yo! so korang tau lah apa kena buat ye bila nak booking tuh. hentak lah 80 kilo setiap orang bila time check in luggage tuh. or sehari sebelum balik tu singgah airport upgrade kg kat kaunter. dari kau kena bayar almost 4 angka kat Air Asia kaunter. i have the feeling masa nak check in tu mmg kena ni. betul bagai dikata. mak ayah aku agak terkulat2 lah masa tu sebab mmg tak sangka lah benda ni jadi. terus aku tarik mak aku and cakap mak walau pun tiket air asia ni murah tapi every single cent count. dari nak select seat sampai lah check in luggage. haaa apa jadi?? panjang lah zikir cikgu rokiah kat airport. sepanjang naik kapal terbang this is the first time happend. mak aku sekali 2 je naik AA. most of dia punya trip naik MAS tu yang kaget kejap tuh. ni lah Air Asia where every body can fly but u have got to have money sebenaqnya. itu lah hakikat nya. apa nak dikata dah kena excess baggage, tutup mata bayar saja. maka, berbundut2 lah hand carry. hand carry pun ada yang kena reject sebab ada bag pack yg more than 7 kg.  *senyumtakperlukataapaapa*

 mujur kaunter yang kitorg pergi tu helpful. cuba lah nak reduce kg kat check in luggage kitorg. 

DAY 6 - nak melepasi kastam malaysia. ayah aku dah risau nengok kan barang group beliau. confirm kastam tak lepas ni. mcm balik nak meniaga. semua bag lah kena scan. tak dapat diskaun pun. bila kita ingat semua dah ok sekali pegawai kastam "ada beli helmet ke?" errr mak aku pun mengayatlah sikit pegawai kastam tu. beli seketul. sape lah yg beli tu eh????? angkat tgk sikit nak tgk!!! pegawai kastam tu kata "lain kali jangan beli helmet ye sebab helmet kat sana tak de piawaian cop dari SIRIM" baik!!!

 ha korang rasa sape yang beli helmet???

DAY 1 - 6 - ONGKOS! kalau datang bandung dengan niat macam group aku iaitu "sahaja aku datang bandung untuk shopping habis- habisan, beli baju raya siap- siap, shop till you drop", sila aktifkan ATM kad ada PLUS tuh supaya bila withdraw duit at anytime bila kat luar negara. kat rumah mode takde pengurup wang. even ko bawak RM bekepuk pun ko takleh buat apa. aku yang bijak lagi aktif ni ingat kad aku dah aktif kan. sampai hari ke 4, rupiah nya sudah kekeringan. belum pegi pasar baru lagi ni. confident beruk pegi draw duit kat ATM sebab masa kat hong kong itu hari ok je bole pakai ATM kad aku. sekali hamik, transaction is unsuccessful. aduuuuuuuuuuuuuu panjang. mujur lah ada bank negara dengan kitorg masa tu. sape lagi apak kitorg lah. menyendeng lah tunggu ayah aku keluar duit. thanks yah. u r the best!! apa yang kitorg beli sampai tak cukup duit tu? u name it! semua wei semua. sepender pun beli kat sana. apekehey. celana hamil pun aku beli kat sana. semua lah. so bawak lah duit lebih suapaya balik malaysia esok lena tido dan tak temimpi2 sambil ngigau "alahai, nyesal nya aku tak beli benda tu haritu. murah gila kot". tu ada orang tu lena sangat tido sebab dapat beli helmet yang mahal gila kat sini tapi murah gila kat sana. sape tuh???

 ada 2 orang manusia 'cerdik' terus je nak transfer duit kat akaun ayah diorang lepas tu tak difavorite kan akaun ayah lepas tu bila hantar TAC no???? hp takleh dapat SMS. very the cerdik 2 orang manusia ni kan???? muncung pun dah nak sama tuh.

ha pak dandang sampai kena panjat bonet lah nak sumbat barang. setiap kali masuk je kedai, keluar je berbundut bundut bag. 

banyak ke barang? banyak ke? biasa je kan? *tangandibahumataketas*

macam2 kejadian eh??? nak aku cite itinerary 6 hari kitorg kat sana ke? sama je kot dgn orang lain. cuma kitorg pegi mmg leisure habis. takde rushing ke sana sini. sebab kat bandung aje. kat masuk jakarta pun. banyak reference kot. amik masa nanti aku rajin aku buat. 

 trip ke bandung sukses. next year kemana pulak kita korang???

Comments

nad said…
Fuhhhh! Macam2 tp best kottt
Pengalaman, heee ;)
Thanks alya sbb share :)
Mrs. Simplicity said…
nad : no problem nad! mmg macam2 cerita. cam biasa setiap tempat mesti ada kenangan.
Unknown said…
dsytnya senapang jual gitu je..haihh mmg tk selamat lah kt sana ye..tkut plk..tp idam jgk nk pgi sna..
Iela Fazielah said…
betul..gi bndung kena sedia duit ribu riban supaya puas sopingnyer...tp kes ofa mcm kes irfan ms akak gi bndung dulu. Kat m,sia ok je..smpai bansung, jejak je tanah sana badan irfan terus dedar n dia demam sepnjang 4hari akak dok sana...
Affieza said…
Waktu akak pergi ni brp harga tiket flight pergi + balik?
Anonymous said…
Of luggage with AirAsia. Always remember the objective of your vacation. Nak shopping or sekadar jln2. so if tpt tu shopping heaven like bandung, jangan segan silu utk terus beli maximum luggage (40kg) per person for flight balik. otherwise, memang kena bayar with the high price with AA. If naik MAS plak, u dapat free 30kg (economy class) per person. Lebih dari tu kena tambah gak at higher price. Cuma MAS ada di Jakarta n tambah plak kos n masa ke Jakarta. So masing2 kena weigh pros n cons. For me, AA is the flight for the person who well-planned and hassle free. Kena buat homework lebih sket on do and don'ts.
Of custom plak, if u are lucky, masa smpi lcct, serentak dgn international flights dari other places, itu untung. make sure semua orang tolak troli, distributed the bags evenly, and jgn bagi obvious in group. Biasanya lepas. Esp if you memang bkn frequent traveller.
Apapun, enjoy your next trip.

Radd
Wan said…
Travellers patut ada alat penimbang mudah alih utk elak caj excess baggage. Boleh beli alat ni di Qoo10.my atau mana2 online marketplace. Search "luggage scale" dan sort ikut "Low to High" utk senarai ikut harga terendah ke tertinggi.
BYZURA RAZALI said…
Salam.nak tanya.ayah u beli helmet tu byk ke? Lepas tak kat kastam?

Byzurarazali
Mrs. Simplicity said…
byzura razali : bukan ayah i yang beli, tapi my husband. beli 1 je. actually satu tu pun tak lepas sebab helmet dari indonesia tak diluluskan oleh sirim. so mmg tak boleh pakai on the road. sudahnya, dok dalam stor je. tapi kastam bagi lepas lah jugak masa tu. huhu..
Unknown said…

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



primera trans said…
Jom...jom...
Cuti cuti Bandung with family
And get our amazing tour package for 4 Days 3 Night..
▪ 4 pax price about 940K/94sgd/284RM

▪ 5 Pax Price about 870K/87sgd/264 RM

▪ 6 Pax price about 820K/82Sgd/246 RM

▪7 Pax price about 785K/78.5Sgd/238 RM
👠👓👞👟👒👗👜👢💰

Note : Package included
▪ Daily transport included driver, fuel, tol, parking, driver meals
▪ New car with 7 seater, full Aircon
▪ Daily mineral water
▪ Breakfast daily from hotel
▪ Daily tour (as costumer request)
▪ Hotel 3 star with 2 person inside
▪ Airport pickup and drop
▪ Tax and service
Hotel choice 🏤🏣🏢
▪ Tebu hotel ( riau street )
▪ Fave braga (inside shoping mall)
▪ Kembang hotel (cihampelas jeans street, cihampelas walk shoping mall )
▪ Citra dream hotel (walking distance to pasar baru)
▪ Dbest hotel pasar baru (with pool)

More detail you can contact us
Primera Trans Bandung
Whatsapp : +6285 318 49 0001
Gmail : primeratrans@gmail.com
Path : Primera trans
Facebook : Primera Trans Bandung

Happy holiday all🎶🎵📍📍🎉

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...