Skip to main content

syndrom 'nak dapat adik'

aku memula takde lah amik port sangat pasal pe'el adel bila tau nak dapat adik ni. tapi mmg ramai orang tanya. adel meragam tak? tak boleh nak cakap meragam adel tu sebab mmg all the time dia jenis mengempeng je kat mama.

tapi, i have to admit yang adel sekarang tgh mengalami syndrom 'nak dapat adik'. dia punya pe'el, double up lah mengada. alang aku semayang kat depan mata dia pun dia nangis nak mama. nak mama. padahal mama depan mata je ni. lepas tu letak bantal kat tepi sejadah bagi betul2 dekat dengan mama. 

lepas tu asyik lah nak berdukung. mama ni dah lah lemau je. lesu, lembik, pening segala. lagi dia macam. kalau aku tido, dia korek2 biji mata aku. dan2 tu nak air masak. dan2 tu nak makan nasi. dan2 tu nak macam2. mmg tak bagi can mama nak rest.

macam semalam, masa amik diorg kat sekolah, teacher cakap adel merengek je puan. dia tau dia nak jadi kakak kot. again, dapat komen yang sama. merengek for nothing. lambat bagi susu merengek. aku amik dukung dia bersendu2. 

sudahnya bawak kereta kapok dia. beli makanan tak turun kete pun. drive through nasi lemak tepi jalan je. paling hebat nye bila bawak kete manual. adoi, mintak diurut lah. ditepuk lah. sampai rumah ulit dia dulu. bagi dia makan. lepas tu elok je telompat2. 

sian adel... jiwa kacau... bak kata papa kat adel 'sabarlah adel. anda akan berkongsi mama......' macam har je statement papa. macam lah budak tu paham. hahahah...




jiwa kacau tak? hehehe.. mengempeng for nothing. nak duduk macam kangaroo dgn anak kangaroo tuh. dalam rumah pun gitu. eiiii soba je lah!

tgk kakak nia, rilek je kan?? dia tgk adel gitu mula lah. 'apa masalah adel tu mama?' mama jawab 'banyak masalah nya nia...' nia : ooooooooo

Comments

nad said…
Hahahahaha!! Bijak lorrr nia ni
=)
Masa preknen adel, nia camni gak x?
mrs.ecam said…
kui3 lawak la soklan n jwpn nia n mama die k...nia rilek la sbb die dh pnah rs dl kot ms nk dpt adel...hikhik..cian adel jiwa kacau ek...heee
izzahazfar said…
kak alyani, anak zah pun mcnm tu.

dh dua bulan adik diapun dia masih la nak mengempeng.

fuh penat, sometimes bonda dia tukar hijau juga.
Gieyana said…
nk tegelak pon ada haaa..sabar jer Adel..
Mcm kwn aku gak yg now preggy lebih kurang cm ko..anak kedua dia memerap giler..:-)
iduraz said…
hehehe...comei jer duk memerap yerk..
@e_da said…
alya.. congrats.. semoga ibu n baby sihat.. alahai adel.. sah melekap kat mama ni.. mmg camtu ragam nak dpt adik... cian mama kena layan blues diri yg tgh lesu+adel yg manja.. takpe mama kuat.. cayokkkk
Affieza said…
Lawaklah statement dari suami akak tu...hehe
Affieza said…
Lawaklah statement dari suami akak tu...hehe
wanie md zain said…
Best je nia tnya mcmtu...mmg anak no 2 peel mcmtu..lagi2 nak dpt adik
wanie md zain said…
Best je nia tnya mcmtu...mmg anak no 2 peel mcmtu..lagi2 nak dpt adik
Iela Fazielah said…
nia jugak relex... Dia dah lepas simptom tu semua
ei said…
sama je cm anak aku rtu..sama pe'el nya cmni heheh org kata da dpt adik nti, ilangla pe'elnya tuh tp da dpt adik pn lbh kurang je pe'elnya..kalah adik..penin haku heheh

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...