Skip to main content

adel dah 3 tahun

ahad lepas birthday adel yang ke-3. mama takde plan apa2 pun. tak berdaya. sepanjang hari melepek aje. makan tak lalu. takut nak makan. takut keluar balik. aku muntah skang sampai kan jus perut keluar. term baru tau. kalau muntah sampai keluar kaler kuning tu jus perut namanya. dah takde isi dah. actually awal january haritu ada suruh adik aku design kan something. konon nak buat sticker letak atas goodie pack dgn cake. tapi end up tersadai dalam pc je. tak terdaya nak buat segala. 

TEMA : BRAVE
konon konon ni nak letak atas cake.

ni konon konon nak buat sticker letak atas tupperware as goodie pack. 

konon- konon ye... 

sorry lah ina aku dah mintak macam2 last2 tak terbuat. mesti berbulu je kau kan? tapi aku tau, ko ok je. hehehe.. so apa jadi masa birthday adel? keluar lah. tapi makan2 biasa je. takde kek ke apa. mama semua tak lalu. papa tinggal nak suruh mama duduk dalam stroller je. teruk bebeno. keluar pun sebab nak belikan present adel. at least something.

aku mmg niat nak bagi dia princess merida punya patung ni. hadiah pun nak bertema ye. adel ok je. dapat mainan apa pun dia ok. takde lah fanatik kat apa2 watak.

siap kiss lagi. ni antara watak disney yang aku suka. aku suka tau bukan anak. mak suka, anak kena ikut suka. aku suka princess merida dgn repunzel. konon nak beli repunzel untuk nia. tapi bila tgk harga seketul pun dah mahal. mama beli mainan RM8.90 kat nia. nia ok je. lega disitu. nanti birthday nia, mama beli lah lain.

makanya kesudahan cerita bithday adel ni, dari tema BRAVE kita menggunakan tema...

TEMA : apa yang ada kat kedai kita sauk aje.
jadi lah caca marba begini. aku mmg tak boleh nak organize apa2 event. aku punya style sentiasa last minute. buat apa pun. tapi hati nak jugak buat. so kita pakai tema yang ada je. sauk2 apa yang ada kat giant, jadi kan goodie pack bagi kat kawan2 kat sekolah dgn transit. 

gambar di atas, lepas je sessi berpelukan depan goodie pack apa jadi? deme jatuh kat atas goodie pack!!

so semalam, isnin, aku keluar lunch hour pegi beli KFC 1 barrel ke bucket ke lupa nak bagi kat kawan2 adel. aku tak nak over do. and aku tak nak nampak macam tak siap je. selalu mmg parents bawak sikit food, kek dgn goodie pack. mmg selalu nya gempak2 belaka. 

bertepatan dengan tema yang aku sebut tadi, apa yang ada kat kedai kita beli je. ni kat baker's cottage. kek SR too big i guess. tu tak beli. jangan tidak je tulisan atas kek tu ye. sebelum tu dah tapau kfc dulu. then hantar kat sekolah. diorg selalu snack time pukul 2 petang. so time tu sambut birthday kalau ada birthday sape2.

masa hantar tu principal tanya nak join tak? aku cam, eh bole join ke? dia cakap can... ada yang bawak atuk nenek sekali. mangai... gitu sekali. tak pernah tau pulak aku. dah orang offer. i setuju selalu! so dekat pukul 2 petang tu aku datang balik. then the celebration began. gitu2 lah...

dah get ready semua orang...

afternoon session tak berapa ramai. so ada yang gang transit join sekali. termasuk lah nia. dia macam ni tau

teacher : hi!!!
students : hi!!!! (jerit2 bagai. macam excited bebenar)
teacher : today we're going to celebrate birthday. who's birthday today???
students : ADEL !!!!
teacher : let's sing a happy birthday song
students : (diorang pun nyanyi)

aku : melopong! hahahaha... hari2 ni lah rutin kalau ada birthday ye. senyum je lah aku.

tersipu sipu malu member...

kakak dia cam biasa lah mmg pemalu bab2 nak sambut birthday ni. tu muka kejung je.

adel with her classmate of SRK 1.

with all their teachers. from left aunty suti (helper), teacher shanta, teacher zai, teacher meera, and puan khasidah (principal). bagus teacher2 diorang ni. aku yang pregnant, diorang yang terlebih concern. sebab risau kan takut niadel tak dapat amik final exam dgn join concert. siap nak adjust2 date lagi. terharu lah jugak. takpe, kalau i tak leh make up anak2 i, papa diorang kan ade. :p

birthday gal.

tgh beratur. sessi qeqah makanan..

ok, everything is under control, mama pun berangkat pulang ke ofis. ikut hati nak balik je tido. tapi kutahan jebat! 

macam tu lah kita, sentiasa nak bagi yang terbaik untuk anak2 kan? walaupun dalam keadaan yang tak berapa nak sihat, kuat kan diri nak bagi anak2 happy. 

besarnya pengorbanan seorang ibu. dan bapak. bagi credit jugak. sebab melayan aku meloya melesu memuntah bagai.

*tetiba!*

happy birthday adel. word can't describe how much we love you. jadi anak yang solehah ye. :)

Comments

nad said…
Bestnye adel celebrate bday kat skool
Dpt adiah best plak tu
Hehe

Take care ye alya!
ryugiena said…
hepi belated besday adel..ok la 2..ko x sht pun blh gak buat sumthing kat sekolah adel.sumthing is better than nothing kn..;).
izzahazfar said…
bila tengok angka adel ni 3 tahun,

anak kita sebaya rupanya kak alyani :)

bezanya dia lahir hujung tahun..huhuhu

sekolah sekalilah depa.

happy bisday adel!
meh acik cium sikit.

pesanan untuk mak adel : bertabahlah bila ada anak kecil nanti :)

stay srong kak!
shark said…
hepy besday..besday anak kite dibulan yg sama..february..
Affieza said…
Happy Belated Birthday to Adel...sweet gitu..hihi
Mag said…
Heee...kesian tgk kalo org preggy mabuk teruk. Take care!
amal_fc1303 said…
xpe aku oky jer.. paham. hahaha.
nome said…
happy belated birthday adel! dah 3 tahun umo adel yer...cepat masa berlalu...tup2 nak jadi kak ngah dah...miss u so much dear :)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...