Skip to main content

Di kampung halaman...

Sepi tanpa berita aku ye. Otak jem lah nak mengarang. Aku muncul kembali. Ni pun sebab dah takde benda nak buat. Menengok niadel main duit dalam tabung.

Kitorg kat perak. Lama dah tak balik. Alang ada cuti panjang ni kita balik la kampung. Nak adjust balik kampung sekarang payah banyak since wan keje hari sabtu.

Gerak pukul 4 tadi. Asalnya nak singgah mines amik spek aku tapi jem pulak dari taman universiti terus gerak balik ikut guthrie. Traffic clear.

Dari dalam rumah mintak nak pakai tudung. Kakak nye pun sama tapi kejap je lah. Color blocking tak? Baru nak mengumpul stok seluar niadel wana wani. Sendiri pun berminat tapi yg ada dipasaran semua stok melekat. Geli pulak awok nengoknye. Ke ada brand yg straight cut?

Dalam kereta terus tido sebab tak tido2 dari siang. Pun bertudung litup.

Kakak dia pun sama. Pengsan sudah. Sampai tapah gak la tido nya. Bangun2 2-2 nak pee. Mujur gak ada tandas awam kat exit tapah tuh. Tidak kalu, sarung pampers je lah.

Perkara biasa kalau nak balik rumah mak. Amik oda nak makan apa. Actually aku tak bape sihat. Jangkit batuk dari officemate. Ada demam sikit tapi tak serious mana. Tapi tak selesa lah. Tu tekak nak makan pun tak bape lalu. Tapi sebab nak balik umah mak, wajib makan.

Alhamdulillah, dapat apa yang direquest. 3 pinggan aku santap.

Sampai dalam kul 7, terus makan dulu. Sebab lapar sangat aku x makan dari pagi. Saje simpan perut

Ni jam dah hampir pukul 1 pagi, masih tak tido2 lagi makcik 2 orang ni.

Biasanya aktiviti aku kat perak ni melepak rumah je. Rehat, catching up with family and of course makan tak henti2.

Esok ada jemputan housewarming kat rumah along and pian. Sorry guys tak dapat datang. Next time kngah singgah eh.

Dan takziah buat nome dan keluarga kerana baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta. Terkejut sebab semua berlaku terlalu pantas. Jadi blur kejap. Moga tabah menghadapi dugaan ini ye mie. Al-fatihah...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Comments

nad said…
Best balik kampung =)
Kitorg dh smpi kl balik dh ni huhu
Esok rehat jek
amal_fc1303 said…
habis tabung aku di main nyer..
Iela Fazielah said…
bestnyer balik kampung.... sebb dpt kumpul adik beradik...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...