becinta... becinta nak update blog. hari2 ada je gambar aku snap tapi tu lah. tersadai je dalam photo album punya folder. mana pegi ke-excited-an aku mengupdate blog ni? makanya mohla kita mengupdate blog.
so, last weekend kitorg ke pantai timur. dah lama plan nak ke kelantan ni. sebab nya officemate aku kahwin. takde lah plan mana. last minute baru nak betul2 plan nak pegi bila, stay kat mana, bape hari and so on. dah nama pun last minute kelam kabut lah cari tempat tinggal.
memula kitorg plan nak stay kat homestay kat KB yg siap highlight burung berkicauan, ayam berkejaran, tupai berlompatan. haa kemain damai bunyi nye ye. tp bila nak call aram berangkat. camne nak beniaga macam ni? then try lah call homestay2 yg lain. unfortunately semua dah penuh. dasar last minute. last2 kitorg booked kat tune hotel. ok lah kan. nak tido je pun.
tiba hari nya, jumaat kitorg gerak lepas solat jumaat. staff yg akan ke kelantan dibenarkan balik kul 12. khamis malam tu aku dah pack barang. tak nak dah packing barang last minute. kalau kata masuk office kejap tu, takda makna nya kejap mesti drag. benar lah bagai dikata. gitu gini, kul 4 berjanji kat petronas bentong.
trip kitorg kali ni mmg macam2 insiden berlaku tau. aku cerita lah ye. and this will be a long one. korang baca. penat mak type ni. bukan senang mak nak update blog. :p dari toll gombak nak ke bentong dah jem. boleh tahan lah kete bersusun.
otw. amik niadel kat smart reader then terus je gerak. dalam kereta pun ada insiden yg tak diingini berlaku.
kereta bersusun. kitorg ikut gua musang. jalan jem sampai pekan bentong lah. lepas tu ok la. cuma bila hujan tu kena slow la sikit kan. aku kalau pegi pantai timur ni yg tak tahan nak hadap long journey dia lah. jalan simpang siur lak bila ikut jalan dalam. nak tido pun tak sedap hati nak kena temankan wan yg drive. banyak jugak lah petrol pump yg kitorg berenti. dah pegi ramai2 ni kan, tak kete kita, kete org lain nak berenti. gitu gini pukul 10 malam baru sampai kat gua musang. mak oi, jauh nye rasa. masa tu ingat KB nak dekat dah. rupanya makan 2 jam lagi nak sampai yeh.
kitorg berenti makan kat gua musang. marshal a.k.a amin yg lead. jumpa sepupu dia kat situ. sepupu dia yg open table. perut dah lapa, makan lah dalam keadaan lemau dan kepenatan. oh sebelum tu, otw nak ke sini, dalam kereta, adel bole muntah lah pulak. selambak atas badan aku. habis tudung fareeda mama. tshirt dgn seluar. baik punya port. nak berenti jauh lagi. dalam kereta tu jugak lah settle kan. adel lepas minum susu dgn makan dalam kereta boleh main lompat2 dgn kakak dia kat belakang. tu sampai muntah. first time lah aku handle anak muntah dalam kereta. mana penah budak2 ni muntah dalam kereta sebab jalan jauh. huish tak leh lupa....
perjalanan diteruskan. bertukar driver. dari gua musang nak ke KB tuh rasa mcm dari KL nak balik perak. akhirnya, kitorg sampai pada jam 2 pagi.
kesian anak2 tersadai dilobi keletihan. bangun tido bangun tido tak jugak sampai2. jam 2 pagi di KB mmg sunyi sepi. kitorg je lah yg masih berjaga agaknya. hujang baru lepas berenti kot time ni.
first time menginap di tune hotel ni. so mmg dah expect apa yg selalu dibaca. ok je. tv bukan mampu nak tgk pun. misi pegi kelantan ni mmg nak berjalan saja. yg paling best kat hotel ni toilet dia. kecik tapi cukup seadanya. adel tu muka gitu tak ingat kenapa. kena paksa tido kot. muat ke 4 org tido atas katil tuh? muat kan aje.. rate 1 malam RM120.
pagi nak bangun amatlah liat. wedding officemate harini (sabtu). berangan nak makan makan nasi kerabu or nasi berlauk pagi tu. sudahnya keluar bilik pun dah pukul 10 lebih, turun lobi nampak KB mall, masuk terus lah situ makan kat burger king. lagi pulak hari dah mendung sangat. kat KL takde de nak makan burger king pagi2. kat kelantan bole makan burger king pulak. layan... nanti kenduri nak makan lagi kan. gambar teruk bebeno. ni je yg terbaik yg ada.
sementara menunggu marshall dari pasir putih jemput kitorg sebab nak gerak sekali, kitorg pusing2 dalam KB mall. yg menarik of course semua kedai ada tulisan jawi dia. Clarks ni mmg gini eh ejaan dia? kami2 ni jakun.com lah kejap kan. keje nya nak baca dalam bahasa jawi je.
jalan2 lagi, masuk kedai yg jual banyak barang hello kitty. again, jakun jugak. hehehe... kettle, toaster, dan macam2 lagi lah.
ni pulak wan yg tunjuk. hehehe.. comel jek.
kat GF takasima ada pameran kat situ. masing2 pun amik kesempatan mengurut kaki dan badan. makan sejam lat kot dok situ. slumber betul penduduk2 KL nih. kot ye pun lenguh drive malam tadi kan.
whatsapp image received from my officemate yg kat area pasir putih dah mula naik air. masa kitorg sarapan kat burger king dah mula hujan. tu tak kemana. dok melepak dalam KB mall je. menunggu si amin tak kunjung tiba.
kitorg lagi slumber. siap dah bersila kat dalam mall menunggu member. jenuh tunggu lah. then baru lah tau kat KB ni kalau time cuti jem nye kalah jalan tun razak. sebab jalan nye itu je kan. dengan hujannya lagi.
janji pukul 12.30 nak gerka, sudahnya pukul 1.30 baru gerak. wedding nye kat rantau panjang. sekian jam pulak nak sampai. time boleh tahan jugak hujan lebat nya. siap wan ternaik atas divider lah. ni ada ex-indah water suruh amik. indah water tak cover kelantan.
dalam pukul 2 lebih sampai lah ke rumah pengantin. masa ni tgh hujan jugak. tu masing2 berteduh bawah khemah sebelum dijemput masuk kedalam.
tumpang solat dgn rehat kejap kat rumah emey.
then pengantin pun datang memperkenalkan ahli keluarga baru bijakgroup nih. manis je orang nye. sama cantik sama padan.
bergambar kenangan bersama pengantin. bukti dah sampai ke wedding emey. mmg meriah kari. ni jugak lah rombongan cik kiah ke kelantan.
petang tu mengukur rantau panjang pulak. sayangnya hujan tak menunjukkan tanda2 nak berenti. tapi tak menghalang kitorg nak ronda2 kat kawasan ni. aku tak pernah sampai. so mmg looking forward lah kan. misi tudung bawal mesti dilaksanakan sebelum balik KL.
rupanya barang2 ni pun ada jual kat sini eh. murah2 lak tu. ke langkawi lagi murah? mentally am not prepared to buy these item so tgk je lah. ish, mmg kena pegi lagi lah rantau panjang nih. tapi tak mau drive.
rantau panjang juga sinonim dengan toto kan. tapi aku tak beli pun. tp mmg rambang mata lah jugak.
haaa tu dia. rambang mata masuk kedai tudung ni. so sessi meroyan pertama kat kedai lah. tak borong habis sebab malam nak ke wakaf che yeh pulak. ke jalan TAR pun melambak and murah tudung mcm ni? aku dah lama tak ke jalan TAR so x tau.
time ni diorg nak tutup dah. tapi layan jugak kitorg2 ni yg rambang mata semua tudung nak dibentang. kena try nak tgk IN ke tak. then ada member yg mengirim kena lah tunjuk gambar dulu. dah settle beli tudung, kitorg tak round jauh2 sebab hujan. sampai kat kereta tgk hok jate tak tunggu dalam kete pong.
ingat kan duduk dalam kereta je sebab tadi gang pompuan je turun. rupanya turun juge deme. lama juga menunggu. diorg lg redah hujan ke seberang jalan. banyak lagi kedai. memborong jersey, jeans lg. sabojelah.
kitorg keluar dari rantau panjang lewat petang. memula diorg nak balik hotel dulu pukul 8 keluar. tapi kang kalau balik hotel kalu, tgh hujan tu, takut tak keluar bilik dah sebab penat. kitorg direct je kat tempat yg dah janji nak dinner.
kitorg dinner kat first station restaurant kat KB. ala2 kopitiam. kanak2 ribena tgh main batu. sabajelah.
not bad lah makan kat sini. niadel pun makan banyak. sambil2 menunggu pukul 9 malam wakaf che yeh nak bukak. tapi menung jugak. hujan lebat camne lah nak ke wakaf che yeh ni. aku tak tau apa konsep dia. rupanya mcm petaling street gitu. dah alang2 sampai takkan tak nak pegi kan. kata misi 2013 nak bertudung bawal.
dah sampai wakaf che yeh. aku turun sorang dgn gang2 bujang yg lain. wan tunggu niadel dalam kereta. memula pegi 1 kedai ni, aku try lah tudung yg aku buat mcm kat rantau panjang tu, salesman dia agak kurang sopan bila perli cakap 'amik sekali dgn hanger2 tu kak bawak balik' so not nice dik ko buat org macam tuh. kalau tak boleh try cakap lah elok2 tak boleh bukak. bukan susah.
tawar hati, terus pegi kedai yg aku amik gmbr tudung smarties design kat atas tuh. akak2 situ baik walaupun tak paham apa diorg cakap. pekat bebeno bahasa kelantan nya. mujur ada translator. kitorg mmg habis borong kat sini. beli lebih 10 helai kot. nak bawak balik KL nak beniaga. sehelai RM10. balik KL jual RM15. heheheeh.. mmg heaven. akak kedai ni pun baik2 belaka melayan kerenah kami. settle beli tudung singgah kedai2 deret2 situ je. capai jugak lah beberapa barang. sesekali shopping kat tempat so called downtown kelantan ni best juga. sauk saja. tambah pulak dah gaji.
balik bilik, ibu gembira, anak2 pun suka. selesai misi tudung bawal.
second day, rasa tak letih sangat. kitorg check out awal dalam pukul 10 gitu. plan pagi ni nak ke pasar besar siti khadijah. nak memborong makanan pulak. keropok to be specific. tu ada org pakai baju beli semalam. aku pun pakai tudung baru jugek. chewi!
kanak2 merenung hujan diluar sementara bapak2 masukkan barang dalam kereta. nak breakfast kat area pasar besar siti khadijah tu jugak nanti.
nak dijadikan cerita, untuk menambahkan memori lagi trip kitorg kali ni, bila salah satu kereta konvoi, tayar nye terkehel keluar. lower arm patah. mujur juga lah benda jadi kat depan KB mall lagi. baru sekelok nak keluar.
sementara menunggu tow truck sampai, makan lah dulu kat kedai yg ada kat sini. takde pulak nasi kerabu pagi2. makan nasi lemak dgn nasi berlauk lah kita. ingat dia letak dalam ni kita nak bungkus, rupanya mmg makan dalam ni ye. kekdahnye..
niadel pun tak ketinggalan nak makan jugak atas tuh. layankan. lagi pun mmg kitorg melepak kat situ lama jugak. nunggu tow truck nye lambat sampai.
kami2 yg tersadai menunggu tow truck. nak dijadikan cerita lagi, tow truck yg otw ke sini pun rosak juga. aduh2...
then baru lah tow truck nye sampai.
kitorg melanguk pulak berejam kat kedai makan nasi ulam depan workshop ni. hujan tak berenti2. nampaknya hasrat nak ke pasar besar siti khadijah terpaksa dilupakan. takpe hikmah nye, tak nak membazir. dekat pukul 2 jugak lah selesai kereta tuh. mujur jugak siap haritu, kalau tersadai makan hari, haru jugak.
next destination was supposed to pasir putih, rumah officemate aku makan buah2an. malangnya kita mengejar masa, next plan ialah makan maggie ketam. haa.. ni another kelantan mission jugak. nak makan kat kedai yg famous tuh tutup pulak, sebab banjir. mujur ada second option. tidak kalu, hampa lah rombongan kami ni.
dekat pukul 4 jugak sampai kat sini. boss aku sorang lagi dari besut dah tunggu and dah orderkan 12 mangkuk maggie ketam.
1 mangkuk maggie ada 2 ekor ketam. ketam apa ni eh? nipah ke bunga?
gomok2 jugak ketam dia. puas makan. kalau dapat tolong kopekkan lagi puas makan. berbaloi lah.
order ikan bakar dgn loke (lokan). sedap semuanya.
meja clear. licin kami kerjakan!
dekat pukul 5 lebih kitorg gerak. kika join kereta kitorg sebab ada pertambahan ahli rombongan. manja la hai bebudak ni bila ada babysitter. langsung tak nak dgn mama. next trip wajib ikut lagi ye ka!
berenti kat petronas isi minyak, touch&go, isi angin tayar sebab nak melanggar banyak lagi lubang, dan membuang apa yg patut. opposite dia tu lah masjid kayu. cantik.
kali ni kitorg ikut terengganu. masuk hiway. hiway pun separuh2. lagi kisah tragis bila dah hujan, asyik lah nak ke toilet. memula nampak lah signboard hentia ajil. sekali bila sampai tutup lah pulak. ke depan lagi, jauh la gak. jumpa lah kat hentian bukit besi. sekali hentian tak siap daaa.. lampu takde, ayor takde. jamban je ada. aduh2... amik hp, on flash light amik botol yg bergelimpangan, tadah air hujan, jalan! mmg kenangan betul lah. hahahaha...
berenti basuh muka kat gambang. sampai gambang baru berenti hujan. tidak, all the way hujan lebat. mmg thrilled habis. sampai gambang aku drive sampai lah balik rumah. tak berenti dah. sudahnya sampai rumah dekat pukul 2.30 pagi. pagi tu masuk ofis dgn niat duduk2 saja melayan mengantuk. tak mampu nak buat kerja.
mmg pengalaman yg tak dapat dilupakan lah trip kalini. as usual setiap trip aku ni, ada je cerita extra untuk dikenang. apa pun mmg enjoy sebab pergi ramai2. so tak lah sangap sangat. kerenah yg macam2 tu nak buat mcm mana kan. standard lah tuh. tq guys yg join rombongan kita and thanks to my husband sebab sporting layan je pe'el bini dia ni. 2013 ada lagi 2 wedding office mate ye bang! :D
maka inilah entry terakhir tahun 2012 dan penutup cuti2 bagi keluarga nayville tahun 2012. awal tahun 2013 ada trip ke tempat jauh yg yet to be decide nak pegi ke tak. malas nak study2 ni lah. masa terhad sekarang ni.
berjaya2 update entry!!! typo2 tuh later lah. mata dah nak katup. good nite!
Comments
Baru la puas mekbaca =)
kalau kat kb,nasik ulam cikgu kat pusat kraftangan..so bila pegi kelantan lg boleh la try...:)
so tk smpt lah ye pg pasar siti khadijah...
Good nite! ;)