becinta... becinta nak update blog. hari2 ada je gambar aku snap tapi tu lah. tersadai je dalam photo album punya folder. mana pegi ke-excited-an aku mengupdate blog ni? makanya mohla kita mengupdate blog. so, last weekend kitorg ke pantai timur. dah lama plan nak ke kelantan ni. sebab nya officemate aku kahwin. takde lah plan mana. last minute baru nak betul2 plan nak pegi bila, stay kat mana, bape hari and so on. dah nama pun last minute kelam kabut lah cari tempat tinggal. memula kitorg plan nak stay kat homestay kat KB yg siap highlight burung berkicauan, ayam berkejaran, tupai berlompatan. haa kemain damai bunyi nye ye. tp bila nak call aram berangkat. camne nak beniaga macam ni? then try lah call homestay2 yg lain. unfortunately semua dah penuh. dasar last minute. last2 kitorg booked kat tune hotel. ok lah kan. nak tido je pun. tiba hari nya, jumaat kitorg gerak lepas solat jumaat. staff yg akan ke kelantan dibenarkan balik kul 12. khamis malam tu aku dah pack b...
who is living in a good life...