semalam pagi lepas adik2 aku balik ke destinasi masing2, tgh hari kitorg keluar. ada date dgn shah rukh khan. aku ada request kat wan nak tgk cite ni dgn member, dia tak layan. nak tgk sorang suruh dia jaga niadel. lagi lah kan. angguk tidak, geleng pun tidak. sudahnya, moh kita tgk anak beranak. booking kat alamanda pukul 12.30. 12.30 ngam2 sampai kat GSC tuh. collect ticket and masuk, terus start.
how was the movie?
cliche. love story. kali ni cerita cinta versi dewasa. or senang cite, versi orang dah kahwin. molek lah aku tgk dgn laki aku kan. shah rukh khan weh, apa yg tak best kalau dia belakon? jangan suruh aku review. aku kalau shah rukh khan mmg aku bias. takde yg tak best. story line dia kali ni best. unpredictable ending dia. boleh jadi itu boleh jadi ini. lagu2 dia kali ni tak semua yang best, tapi bila dah tgk movie and tengok scene dia baru rasa best. ish best lah.
aku memula macam tak suka je heroin dia. katrina kaif & anushka sharma. heroin zaman kita kan kajol, madhuri, aishwarya and so on. ni heroin generasi baru. tapi bila tgk, aku cam wow! mmg cocok lah dgn watak yg dibawa. cuma aku rasa shah rukh khan too old for romance movie. apa pun shahrukh khan kot!
did i cry?
gila tak menangis kalau tgk cite shah rukh khan ni? wajib nangis! this time around lagi parah. sebab ini adalah movie terakhir yash chopra. kenal ke sape yash chopra? dia salah seorang movie maker yang terkenal dan terbaik di bollywood. when the movie was about to release in just few days, yash ji died. he was king of romance. dilwale dulhania le jayenge, dil to pagal hai, mohabbattein and banyak lagi filam2 romantik dan box office yang beliau arahkan.
lepas habis cerita, dia tayangkan disebalik tabir movie ni, tunjuk the late yash chopra. lagi aku meroyan menangis. sedih sangat2 sebab ini movie terkahir beliau. tu pasal outing semalam, i'm not putting any make up on. kang cair celak buruk pulak rupanya. takut laki sendiri tak sanggup nak jalan dengan bini. gila2 sedih. keluar wayang tak habis lagi meleleh, pegi toilet sambung nangis lagi. hahahaha.. apekehey aku ni? hati tisu ye harap maklum. lagi pun rugi lah kalau tak nangis bila tgk cite hindustan kat wayang ni. bila dapat nangis tuh rasa mmg berkesan lah movie ni. rasa puas. tu aku lah. over nye aku. tapi ada mak kisah? laki mak pun tak kisah. dia geleng kepala je. hahaha..
major samar anand. korang tak cair ke? hahahah..
samar with meera (katrina kaif). samar teaching meera singing a punjab song. cantik eh dia ni. aku tak pernah tgk dia berlakon. ada 1 lagu dia dia menari, terlopong lah aku. bukan sebab sexy tapi sebab awesome. kena pulak dgn SRK lagi lah pergh!! nasib lah berlakon dgn SRK, tidak kalu, sampai kesudah aku tak tgk dia berlakon.
major samar anand with akira rai (anushka sharma). akira is a journalist who works with national geographic is currently doing a documentary on major samar anand. suka gila tgk karakter dia dalam ni. rasa kalau dapat anak esok nak letak nama akira. sungguh lah dah terpengaruh.
and... SRK broke his own rule in this movie. apa dia? tak mo bagitau aci? aarghhh tak suka!
balik rumah petang. malam tu ada pulak cite ombak rindu kat tv. haa sambung menangis aku. carry forward dari cite hindustan tadi. mmg hari menangis lah aku semalam. sampai pedih2 mata menangis.
moral of the story (Jab Tak Hai Jaan) :
kalau kita sendiri tak gembira, bagaimana kita nak menggembirakan orang lain? maka, make ourselves happy than only we can make other people surround us happy...
last but not least, pandangan dari tempat aku sedang update blog. kena tunggu sampai budak be-2 ni tido. tapi ni dok bergurau senda lagi. maka, siap 1 entry nih.
nite!
publish!
last but not least, pandangan dari tempat aku sedang update blog. kena tunggu sampai budak be-2 ni tido. tapi ni dok bergurau senda lagi. maka, siap 1 entry nih.
nite!
publish!
Comments
klo bjaya jejak cinema sbb muvie ni mmg mngucap lah en kanda daku huhuhu...
kalu zakwan...
kalau bukan citer kartun..
mmg asek ajak balik je!
bukan setakat zakwan, dgn papa dia skali la!
ni ajak tgk istanbul aku datang pun tak abes pujuk lagi ni...adeyh!
saya minat aamir khan :)
asik kene marah dengan bapak..:P
kuang kuang kuang :P
nad : kitorg cam biasa amik port tepi sekali tepi pintu. ok lah haritu, tak de insiden yg tak diingini accept for anak2 asyik nak berulang ke toilet. sebab 3 jam setengah cite ni. apak nye pun tak tahan. hahaha.. kalau tgk cite hindustan kat wayang ni, budak bising pun tak dengar sebab sound effect dia kuat gila and lebih separuh cerita ada back ground music. so ok lah. :)
shark : hahaha. samalah kita. boleh tgk lagi, lagi dan lagi.. :D
k.iela : akak tak minat tgk wayang ke sebab anak2?
eynda : nanti ajak hubby tgk eh. best cerita dia :)
btw,suka tgk niadel bergurau senda..dua2 girl kan..umur pun tak beza byk.xtau la cahaya ngan qaqa nanti mcm mana...