Skip to main content

my tonsillectomy journal

7 Oktober 2012
aku check in wad pukul 10 malam. siang tu, clear kan kain baju, kemas rumah siap2. so that, bila balik rumah lepas opertaion nanti tak lah sakit mata tgk keadaan rumah. boleh rehat saja. penat balik singapore tak habis lagi, tapi bila fikir operation esok nya penat tu dah lupa. sebelum operation mmg tak rasa apa. tak takut ke apa. biasa je. bia kasi settle cepat. so sihat cepat.

pasang rak ni kat bilik bawah so senang papa nak capai ikut aturan yang aku dah tetapkan. isnin sampai rabu.

pukul 10malam terus pegi emergency counter sebab dah malam. sampai je, nurse2 kat situ ingat adel yang pengsan. sebab dia tgh tido. hahahaha... lawak betul. padahal mamanya yang jadi patient. mula2 hospital bagi 2 bedded. tapi aku entitle single room so mmg aku nak single room. diorg pun try adjust balik. tak lama sangat tunggu pun. bilik ada, patut bagi je lah terus. aku mmg dah request sebelum admitted pun. takpe, minot je masalah itu.

tetibe tekak teringin nak makan sate kajang. dah sebelah je dgn satay samuri kan. dah masuk wad, letak barang terus je keluar balik. rupanya patient tak boleh suka2 hati keluar wad ye. kena isi borang bagai. and kena balik sebelum pukul 12 sebab pukul 12malam dah start nak puasa. baik. noted. bila diingat balik mmg aku tak menyesal had satay as my last meal before the surgery.

bilik dia luas. selesa. tapi mcm tak bape bersih mak aku kata. mak aku cakap hospital manjung lagi bersih. aku duduk tingkat 5, medical & surgical ward. malam tu dah start puasa.

8 Oktober 2012
hari yang dinanti dah tiba. aku punya surgery pukul 8pagi. so pukul 6 pagi nurse dah datang cek suhu nak make sure aku sihat, bagi baju OT. tepat jam 7.30pagi aku dah ditolak ke OT. time ni perasaan tu ok je lagi. tak debar pun. 

ok, nak masuk OT dah. spek pun kena tanggal. so mmg mak tak nampak apa lah bila dalam OT tuh. niadel dgn wan boleh hantar sampai kat sini je. lepas tu tak boleh masuk dah. suasana kat OT sangat meriah pagi2. macam pasar pun ye. dok tgk orang lalu lalang je sembang macam2. tak lah rasa sunyi and scary. lepas tu pakar bius datang tanya beberapa soalan untuk mengesahkan apa prosedur yang aku akan buat supaya tak silap patient. then dia explain macam mana proses bius tu nanti. lepas tu dia explain semua aku dikerumun few nurses nak bawak aku ke bilik OT. then nampak doktor dah tunggu kat tepi OT tuh. kira punctual lah semua. then aku start nervous sebab nampak lampu banyak2 atas muka. last sekali aku ingat, aku disuh inhale & exhale and diorg letak oxygen kat mulut terus tak sedar....

plan asalnya sementara nak tunggu aku settle operation tu, wan nak hantar niadel ke taska. tapinya memandangkan nia sangat hiba bila tgk mamanya kena bawak masuk dalam bilik lain yang dia tak boleh tunggu, papa decided to stay sampai habis surgery. 

sedih kan? aku sedih lah tgk gambar ni...
 
 
di bilik menunggu depan OT. wan berjaya mengalihkan perhatian anak2 nya.

dalam sejam gitu, ke tak sampai sejam ke lebih sejam, aku pun keluar OT. operation was successful. terus je aku dibawa ke wad balik. sebelum tu masa kat OT, nurse kejut aku, aku dalam keadaan mamai dengar tak dengar diorang cakap operation selesai. gitu2 lah. tu niadel setia mengekor mama.

tak lama lepas tu, nurse datang bawak tonsil aku. tah aku tak sedar time ni. nurse akan amik balik tonsil yang dah berjaya dibuang ni untuk dibawak ke lab. sementara tuh dia bagi letak dalam wad untuk orang tgk. eiii, tak sanggup der orang nak tgk. aku tgk pun geli. so, mmg besar betul tonsil aku tu ye.

elok je keluar OT tuh, mak ayah pun sampai. masa tu mmg aku pengsan lagi. weng lagi sebab kesan ubat bius. gambar kat atas ni dah lewat petang. opah dgn atuk nak balik dah. niadel pun wan dah amik dari sekolah. tu aku dah tukar baju and duduk tgk je pe'el niadel. nampak ok je eh? dalam mulut tu Tuhan je lah tau, betapa seksa nya. siap muntah dara 2 kali. sangat lah perit. 

tak tau nak gambar kan kat korang camne rasa sakit tuh. tapi mmg sakit yang amat. sampai kena tarik rambut untuk pindah kan rasa sakit tuh. sakit sangat sangat. ni lah bekas muntah yang glamour di KPJ. tak tau boleh bawak balik ke tak. rasa nak bawak balik je. hahaha...

petang tuh, ita and family datang. sebenarnye mulut ni kena diam2 tapi bila member2 dah datang, nak la jugak memberi sepatah 2 kata walaupun dalam keadaan sakit yang amat. tak boleh nak duduk diam tgk saja. 

then anis datang. bawak Hagen dasz. lagi lah mulut ni nak becakap.

malam tu gang2 office aku lak datang. tu wan kata aku bentan lambat elok. asyik lah becakap. sebab in between tuh sempat muntah darah lagi. patut nya bleeding dah stop.

pelawat paling kecik, anak jon dgn neny, aimy. awak melawat aunty ye. bukan aunty melawat awak, tq lah korang yang sudi visit aku. to ika jugak. teman akak sementara abang wan pegi dinner dgn adel.

sebab aku tak makan dan minum, kena drip lah. tak lah melasak pun tapi keluar darah pulak. semua berdarah lah time ni. tekak berdarah, tangan berdarah, tgh datang bulan pulak. stress dibuatnye.

malam tu mmg tak boleh tido. sebab tak selesa sangat kat tekak. rasa ada kahak nak buang tapi takde. sakit lah senang kata.

9 Oktober 2012
bangun awal sebab tido2 ayam je. keperitan tu makin bertambah2 dan menjadi2. tak tertanggung rasanya. orang kalau lepas beranak, baby dah keluar lega kan? tak kira lah kalau ceaser pun. ini, sakit. macam tu lah rasanya. hari ke2 mmg aku jadi orang bisu je lah tak berani nak bercakap dah.
so, ni je lah yang aku dibenarkan makan sampai baik. aiskrim, kemam ketul ais dgn bubur sejuk. 

tengah hari pegi jumpa doktor. so macam ni lah keadaan tekak aku. tonsil dah takde. lupa lak tanya dia potong macam mana eh? gunting ke pisau ke apa? effect dia ada big2 ulcer dalam tu yg aku pun tak tau macam mana boleh terjadi. tu yang buat terseksa jiwa raga bakul tuh. then doktor cakap, dia akan amik masa nak baik. mmg lama betul masa yang dia amik nak baik. aku dibernarkan discharge haritu. 

dah alang2 ada kat KPJ ni, boleh pulak kebetulan hari yang sama member sekolah aku halily bersalin. maka, singgah pegi wad bersalin nak jenguk dia dgn baby boy baru dia, zain raef. asal boleh je aku kan? hahahah... tu bertambah lagi bentan. sejak sekolah aku tak penah jumpa kot. ni baru jumpa balik.

dalam petang gitu aku dibernarkan pulang. overall service di KPJ Kajang ni sangat memuaskan hati. mmg sesuai sangat dengan caj yang dikenakan. mahal nak mampus.

10 - 19 Oktober 2012
sakit sakit sakit dan sakit. menanggung sakit. makan tak boleh, minum tak boleh. telan air liur perit, bersin seksa, menguap rasa nak keluar airmata, batuk lagi lah mcm nak putus nyawa. 2 minggu mendiamkan diri. memula mmg plan nak masuk office awal. tapi bila fikir, masuk ofis kang tangan boleh buat keje tapi mulut ni asyik nak becakap, so aku mengambil langkah selamat untuk memanfaatkan MC yang diberi oleh doktor. mmg 2 minggu terperuk kat rumah. aku rasa, aku lah yang paling lambat nak heal lepas operation. mungkin faktor usia dan tonsil ni dah lama sangat.

22 Oktober 2012
aku dah mula bekerja dan tarikh ni lah aku mula makan solid food. so just imagine bape hari aku makan makanan yang takde tenaga. mmg kurus kering rasanya badan ni. 

untuk kawan2 yang nak remove tonsil, kalau ada anak2 korang doktor sarankan remove masa kecik, better do it asap. sebab kalau budak remove tonsil, the healing process kejap je. ada yang pagi operate petang dah boleh cakap. dan kalau yang kategori dah tua bangka macam aku ni, aku ucapkan, selamat maju jaya. operation tak sakit. lepas operation tu yang derita. betul2 muhasabah diri. Allah tarik nikmat makan dan bercakap. tapi dah sihat, pok pek pok pek jugak. camne? cakap yang baik2 je lah.

Comments

nome said…
sedih sgt aku tgk nia nangis cenggitu....anak yg kecik pun tau sedih bila mama dia gi operation...nia memang cerdik...adel sedih gak tu tp dia kuat semangat :)

besarnya beb tonsil kamoo...scary aku nengoknya....alhamdulillah semuanya dah selamat...ko take care yer :)
nad said…
Sedih tgk nia..
Alhamdulillah semua dh ok
Pasni harapnye takde masalah la..
Iela Fazielah said…
aduhai...seriau akak tgk...alhamdulillah alya dah pulih..eceli akak xtau pun alya operate time ni..tp time ni pun akak kan terkontang kanting xde momok...kalau x..boleh dtg visit..neway... harap pasni semua ok
Ibu Lala said…
Anaj sy br je buang tonsil smlm. Umo 4 tahun. Alhamdulillah lepas op dah boleh cakap. Tp kemam kemam air liur la gaj
Unknown said…
I just discharge sbb tonsilitis stage 3 tapi lepas dua minggu, tonsil dtg balik.. huwaaa... mcm mn ni? Sy faham keadaan akak, saya tiap kali nk mkn menitik air mata kat hosp, first sbb lapar yg teramat, tapi mkn sesuap pun rasa cam kena selar kat leher, kedua sbb xde femly lawat kat hosp, biaselah, orang merantau katakan..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber