Skip to main content

minggu terakhir

minggu ni merupakan minggu terkahir niadel akan berada di taska mawaddah. akhirnya... after all the observation that we have done, we decided to change their day care. mulai isnin depan, niadel sepenuh masa akan berada di smart reader. time sekolah, tak yah pening pasal transport, turun tangga je pegi school. aku rasa diorang pun tak penat. sepatutnya benda ni kitorg buat awal lagi, tapi ye lah, memandangkan niadel dari usia 2 bulan duduk kat taska yang sama, dah serasi kan. even kitorang dah pindah pun masih hantar kat taska yang sama sebab fikirkan anak2 dah biasa kat taska tuh.

tapi lama kelamaan, berdasarkan pemerhatian kami, mungkin sebab budak dah makin ramai, or pengasuh dah makin berkurang, anak2 macam terbiar. aku mmg dah lama perasaan. tapi ye lah, what do we expect? begitu lah pengorbanan yang kita kena buat bila mana kita sebaga mak kena bekerja. dah lama jugak hint dekat wan nak masuk kan diorg kat day care. dia ok je. tapi aku yang tak terbuat.

then 2 minggu dia incharge niadel, so dia tau lah keadaan diorg kat taska camne. immediately dia soh aku tukar taska diorang. terus suruh check kat SRK punya day care. so lepas berbincang, dan tgk sendiri rupa day care kat smart reader tuh, dengan mengambil kira kos yang tak kan ada effect kat kitorang, sebab lebih kat yuran day care, jimat kat transport pegi sekolah, kitorg pun sebulat suara mengambil tindakan dengan segera.

sampai ke saat ini, mulut ni berat nak cakap niadel last minggu ni, tapi ingat amik harini nak kena cakap jugak. berat rasa nya. kita dah baik dengan diorang, diorg jaga anak kita dari kecik, aku dah anggap diorg mcm adik2 aku sendiri. so mmg tak berkira. tapi, keselesaan anak2 menjadi keutamaan. nia pun bila dah pandai bercakap, macam2 benda dia cerita. telopong jugak kadang tuh. adel pulak.... ada lah few thing yang bila kita amik diorang, hiba rasa hati tgk nye. wah drama sikit!

tapi memang betul pun. aku tak cakap taska tu tak ok. ok je. tapi aku dah lama kat situ. so all the changes tu kita dapat rasakan. nak cakap takut terasa hati. maka pendamkan saja. 

faktor lain, nia banyak tak pegi kelas iqra' kat taska. sebabnya mindset nia pegi taska nak beronok ronok. so aku syak banyak kelas dia tak pegi. sebab tak banyak progress on iqra'. setakat recite benda2 yang biasa kita sebut je contoh doa makan, doa tido, doa lepas makan, al-fatihah, doa start mengaji, wirid2 simple.  instead of ke arah iqra' tuh. so risau kan itu jugak.

kat SRK mmg ada disediakan kelas iqra'. so kalau ada proper class and dia mmg tau pegi sekolah kena belajar, by all means dia akan belajar jugak kan? itu lah antara kerisauan aku. tambah pulak next year nia dah 5 tahun, dia akan bertukar sessi. and mesti ada extra class dia kena attend. so aku dah tak pening bab transport. dah satu keje pulak nak kena arrange dgn transporter hari ni, amik pukul ni. benda2 gitu lah. 

so apa yang boleh kita adjust untuk kebaikan anak2 kita buat. niadel bila cakap minggu ni last week dia kat taska and kena duduk kat school, tak nak diorang. so next monday bakal berlaku sinetron yang hebat dibintangi oleh mama, nia dan adel. 

wish us luck!!

 gambar selingan yang takde kena mengena dengan entry. dalam train kat singapore nak menuju ke changi airport. nia yang dah flat. adel yang sdg dingurat oleh orang dok depan dia. bila tahun nak cerita pasal USS ni tak tau lah.

Comments

shark said…
wahhhh drama tu nt mak niadel yg hover kot ;p
kehkehkeh..
simpan air mata siap2 ;p
nad said…
Harap2 drama hanya 1 episod...huhu
Chik Na said…
.. demi kebaikkan anak anak, kita perlu sesekali mengubah situasi..
Mrs. Simplicity said…
shark : insyaAllah mak dia ok kot. sebab bab2 ni mak diorang berjiwa kental gitu. ;)

nad : harap2! jgn sampai 80 episode mcm adam & hawa tuh. hahaha

chik na : betul tu chik na. :)
nome said…
sure ko sebak kan nak tinggalkan taska tuh..tapi ko sbg ibu lebey mengetahui yang mana terbaik untuk anak2....semoga nia dan adel lebey selesa duduk di day care :)
Mrs. Simplicity said…
nome : mmg emo sgt tadi. hidup terpaksa diteruskan kan? benda2 ni yang kita kena hadap walaupun perit. moga2 niadel selesa dgn new arrangement ni nanti :)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber