Skip to main content

jom masuk USS

rata2 korang pun dah dapat gambaran apa yang ada dalam USS ni kan. kalau anak2 korang suka sgt dgn disney's character, ini bukan tempatnya. tapi kalau anak2 korang layan movie shrek, kungfu panda, madagascar, transformers, then this is the best place to bring your kids. untuk adults pulak, kita mmg enjoy lah kat sini. nak2 mcm aku laki bini hantu movie.

sampai je masa tu dah almost 12 kot. mcm rasa dah lambat. orang pun dah penuh kat globe. tu kitorang tak amik gambar kat globe sebab ramai orang and tengah panas. so terus saja kitorg masuk kat entrance. 

selain dari amik stroller kitorg memerlukan locker untuk menyimpan barang kitorg. sebab check in pukul 3. so kitorg nak berada disini sampai malam then baru gerak ke hotel. makanya, kita simpan barang dulu kat sini. 

tempat sewa stroller sebelah dengan guest locker tadi. aku sewa stroller, wan sewa locker.

double stroller disewa dengan harga SGD15. manakala locker size besar disewa dengan harga SGD20.

kitorg pegi hari jumaat. orang pun mmg ramai. so can't imagine kalau on weekend camne. ni kat main entrance. mula2 sepatutnya korang kena amik map so bole plan kat mana nak pegi dulu. kitorg amik, tapi tak tgk pun map nye. pakai redah aje mana2 yang nampak dulu, kitorg main. so, jangan ikut cara kami. korang plan wisely. :)

kitorg pegi madagascar city dulu. aku lupa lah ada berapa theme park dalam ni. ada 6 ke 7. gitu2 lah. so yg pertama ialah madagascar city. kitorg lalu je, nampak apa yang ada, niadel boleh main, kitorg beratur je. ok, this is the best part of this trip. aku dinasihatkan oleh anis, untuk membeli express ticket. means bayar extra SGD30 for each ticket. tak yah susah payah nak beratur. semua game ada laluan express universal namanya. each ride / attraction / show, kita boleh gunakan sekali sahaja untuk universal express. kalau kata nak main game tu for the second time, kita kena line up kat normal que. yang mana sangat lah macam ulaq belingkaq. aku boleh bayangkan kalau kena beratur panjang for each game camne gaya niadel. wan pun tahap sabar dia border line je. takut masuk sini pusing2 aje. dah lah cuaca panas. so this express ticket is the big savior for us.

so kalau ada express ticket tuh make sure simpan tiket, sebab dia kena tanda kat setiap game yg kita dah gunakan universal express ni. paham? tak paham, baca balik ulang2 sampai paham. si ni game pertama yang kitorg main. mmg tak susah payah lah nak menunggu lama. meanwhile kat normal que, amik masa yang lama nak menunggu turn.

kitorg naik ni. apa nama nya tah. tapi kat madagascar city

syok lah layan 'i like to move it, move it....' dalam ni. suka niadel.

hee comel sampan dia. kitorg duduk depan sekali.

baru first game ni. seronok nye aku. sengih sampai nampak gusi.

ni second game. masih dalam madagascar city. mak pak pun boleh naik. kitorg pun naik lah jugak. time ni que tak panjang. so pakai normal line je.

teruja kitorg tgk nenek ni.

keluar je nampak penguin lalu. tak sempat nak amik gambar. kita hi2 bye2 je lah.

korang tgk muka niadel dah tau lah tahap kepanasan yang diorg sedang hadap. tak senyum pun.

menuju ke far far away kingdom. aku dgn wan paling excited tgk benda ni. rumah ogre! real kan? kalau ikut hati mmg nak panjat je. tapi sedar diri. mak anak ramai. lagipun cuaca terik.

 then masuk shrek 4D pulak.

tgh beratur tunggu. tu normal que. mak express ye. ok, dah jangan belagak sangat ye. bedosa. masuk show je kena berdiri dulu. aku dah risau lah, ater, berdiri je ke. rupanya ada introduction. time introduction mmg kena berdiri. mangkuk jugak lah. then baru masuk dalam menikmati show dia. terbaik. bergegar kerusi, basah muka. sebab 4D.

keluar je setiap show, mesti rempuh merchandise shop. ha meroyan lah anak2 aku. semua dikaut.

kat luar kedai. kecik2 biji mata sebab panas. dalam merchandise store ni pun ada 1 game lagi untuk budak2. kalau nia berani naik sorang ok je nak bagi dia naik, tapi tak confident lak. so kat far far away ni, tgk 4D show je lah.

lepas tu lalu kat jurassic park lak. kat fountain tuh bole mandi.

main benda alah ni kat jurassic park.

nia moncong je. panas dgn ngantuk pun ye gak tuh. then dah settle main kat sini ada beberapa game lagi dalam jurassic park ni. boleh je kalau aku or wan nak naik. sebab ada express ticket kan. tapi we choose not to ride any adult game here. then ada 1 lagi game ni mcm best, mmg dah nak masuk, tapi kena pakai rain cot pulak. kalau ada bawak raincoat bawak naik dah. tak nak lah bayar SGD3 for 1 raincoat.

lepas tu lalu kat ancient of egypt lak.

lepas tu naik train ni kat ancient of egypt.

dengan confident nye potong que. kalau takde express ticket, ginilah keadaan nya kena beratur. waiting time almost 50minutes. mungkin kalau gi weekdays lain tak seramai ini kot. time kitorg pegi haritu hari jumaat.

cite the mummy. sumpah geli!

dari sini nampak far far away kingdom.

then ke sci-fi city. kat sini hero favorite wan menanti.

sebelum masuk sci-fi city pit stop kat nursery room. tukar attire niadel.

lepas tu main kat sini. ape nama tah lupa gak. rupa mcm cawan bergerak tp lagi laju. nasib tak terpelanting niadel. molek nye si adel duduk gitu.

dgn bumble bee. aku tak bernafsu nak amik gambar pun. wan je yg teruja.

haaa ni wajib naik ye. transformers ride. tapi tinggi nia tak boleh sebab ketinggian minimum tak silap aku 120cm. nia pun tak lepas apa lagi adel. apa kitorg buat? memula wan naik, then aku lak naik. lepas tu, dia pakai ekspress pass nia dia naik lagi sekali. gila!

keluar dari ride masuk gift shop. nak jadi cite, yang naik 1 ship dgn aku tu, ada orang muntah kat kedai ni. sekali berbau satu kedai. adoi... menunjukkan betapa gila best nye transformers ride ni. kitorg beli lebih barang kat sini sebab wan peminat transformers.

tengah tunggu wan naik ride tuh dah dekat dengan new york ke hollywood ke apa tah lupa. ada lah show ni. ada timing2 dia keluar.

nak dekat kul 3 tuh, pegi waterwold lak tgk persembahan ni. wajib tonton gak. untuk kita adult mmg enjoy lah. kalau untuk budak2, mcm nia tuh, jenuh jawab. mama kenapa dia tembak? mama kenapa ada api? mama kenapa orang tu jatuh? mama kenapa kenapa dan kenapa sampai habis show...

kapal terbang yang terbang. 'mama kenapa aeroplane dia buruk???' (tepuk dahi)

'mama, kenapa diorg gaduh??' macam2.... lagu dgn tarian oppa pun diselitkan dalam ni. mmg enjoy.

final dia ada explosion

showtime waterworld dia.

lepas tu masuk kedai sesame street. beli jam nia kat sini. beli yang ada no. takde no. tak praktikal.

beli seketul elmo utk nia dah adel dapat puss in boot kat shrek tadi

then lalu ancient of egypt balik nampak makcik ni. amik je lah gambar ye tak?

dia pun nak jugak. bagi kan..

then beli oscar kat sini. bagi kat opah dgn atuk niadel. aku pun amik, posing lepas tu letak balik. sebab seketul dekat RM50. mmg tak lah nak beli

kitorang makan tengah hari time petang. so restaurant pun kosong. bole makan dgn aman. ni kat madagascar city

beli 2 set. 1 set nasi dgn 1 set mee. portion besar. so mmg kenyang.

lepas tu jalan2 kat main street kot. ke hollywood ke new york. gitu2 lah. posing kat bangunan cantik ni. then masuk tgk steven spielberg show.

heh jumpa pun princess. excited diorang. ni kat far far away kot. dalam ni tak besat, boleh pusing banyak2 kali.

ha then shrek datang. comel2!

last sekali kitorg tgk the donkey show.

 ni la yg aku cakap tadi sebelum tu, kena diri dulu ada introduction. time ni dah lewat petang, tak kuasa orang nak berdiri. kita sila panggung aje. memula ingat bajet betul USS ni kerusi pun takde. hahaha

donkey interact dengan audience.

nak balik dah ni. sebab dah nak tutup. then muncul kungfu panda ni. nia tak nak amik gambar dgn kungfu ni. takut.

keluar merchandise shop nampak dia ni pulak. baru lah tau nama dia betty boop. ini yg awak minat tu eh zte? mmg comel merchandise dalam tu. tapi tak sempat masuk. sebab last minute baru nak membeli segala.

 nak exit tuh, ada chocolate shop. tumpang amik gambar dgn maskot je.

globe diwaktu malam. amik barang kat locker, pulang stroller then kitorg gerak ke hard rock hotel.

 untuk tempahan tiket sila rujuk link ni.  http://www.rwsentosa.com/Attractions/UniversalStudiosSingapore

USS best tak? best je.


note : sebarang typo akan dibetulkan kemudian. mak dah ngantuk gila nak tido. nite!

Comments

nad said…
Best, best best..!!
Rasa teruja nak pegi
Tapi xtau bile,huhu!
AieZa said…
wehhhh..

best ke tak best tu pi USS? cam tak sonok yo.. tp worth it gak la kan.. tp aku suka gamba si wan tu.. hahaha.. smart laki ko berpelok tubuh seperti org sebelahnya..

ok cant wait for your next vacation.. :p
Ztee_Azwanis said…
yihuuuu betty boop !!
Anonymous said…
Blogger: Mrs. Simplicity - Post a Comment
sac longchamp
Mrs. Simplicity said…
nad : abang zack kalau pegi mesti suka. tunggu nayli besar sikit bawak anak2 pegi.

aieza : hahahah bengong ko. best sebab ada express ticket tuh. aci? :p

next vaccay dah start study dah. :)

mama likha : ada kartun dia eh?

Anis said…
ha... kan x sia2 ko beli express pass tu. hehehe
Unknown said…
owhhh dah ada tambahan game baru dan karakter baru...ni nampaknya kena gi lagi!!!hihi
Mrs. Simplicity said…
ANIS : MMG SANGAT MEMBANTU. TU PASAL BOLE ROUND DALAM TU BANYAK KALI. THANKS KAT KO LAH KAN SEMESTINYA,

AYU : YE, SILA PEGI LAGI. AWAK DEKAT JE. :)
Shasha Mohamed said…
Hard Rock Hotel! Wah! glamournya...
Guitar pun boleh bawak balik ke? So special ;)
br dpt jenjalan bc n3 ko psl USS ni..

alamak..mmg teruja nk pegi..insyaAllah ada rezki leh smpi sini...Irfan bsr sket leh jln kan...

tp tu la..sian kn anak2 pns sgt...huhu

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...