Skip to main content

tonsillectomy on 8th October

setelah beberapa serangan- serangan terburuk, kali ni aku give up. tah mana datang berani kali ni aku agree nak remove tonsil aku ni. tapi, hari tu, aku bangun pagi, dalam keadaan sangat lemah, aku terus ke klinik yang selalu aku dapat rawatan, mintak referral letter ke ENT specialist.

ok, kita rewind. jumaat lepas, cam biasa dah rasa macam serangan tonsil tu nak datang. tekak sakit, badan lemah. feverish. terus pegi klinik amik antibiotik. over the weekend mmg on ubat je lah. so ingat hari isnin boleh settle. tapi, bangun pagi nak pegi keje, rasa macam makin teruk. antibiotik pun dah habis.

sebelum wan pergi kerja, dia dah pesan terus mintak surat doktor. ni kira dah tahap peras ugut lah. yang jadi aku berani nak pegi tuh, dia dah jadi mr Mama start semalam. he will be joining new company on 15th oct. so, dia bole fully in charge niadel la if let say aku nak operate.

pegi klinik, masuk jumpa doktor, nganga je mmg dah makin teruk lah. penuh putih2 kat tonsil area macam kena ulcer. Tuhan je tau camne perit nye rasa. macam ada orang cucuk jarum kat anak tekak setiap kali menelan. even telan air liur sendiri pun. tu pasal aku muntah setiap kali makan / minum.

so doktor terus buat referral letter. doktor tanya aku nak buat kat mana? aku cakap Az-Zahrah or an-nur ada tak doktor? dia cakap situ ENT by visiting je. takde permanent ENT specialist. so as suggested by the doctor and few of my friends, pegi KPJ Kajang.

referral letter from clinic. begini ye. first time ni hadap benda2 gini. so agak blur. sila lah tgk part recurrent tonsillitis > 5 years. lama tak aku suffer? lama tak aku bela? so tak tunggu lama, kebetulan dapat MC sehari. i went straight away to KPJ Kajang. first time kesana. berdebar pun ada. kekdahnye macam nak serah diri. aku kena buat terus, tidak, mmg bertangguh lah lagi.

sampai je, agak terbangak- bangak la kan. dah la tak sihat, terus pegi information counter and i mentioned Dr Shahrir's name. naik tingkat satu, register semua. orang kata pegi KPJ ni mcm hospital kerajaan, penuh umat. tapi aku sampai sana dalam pukul 2 lebih gitu, patient pun dah tak berapa ramai.

mmg dup dap dup dap menunggu turn. tak tau lah nak kata camne. bila turn dah sampai, cite serba sedikit, doktor suruh duduk kat kerusi tu nak masukkan camera nak tgk secara detail. dia tarik lidah aku sepanjang mungkin and masukkan camera. aku tgk rupa tonsil aku kat skrin. masyaAllah, sape yang berkesempatan tgk tu especially officemate aku mmg horror lah. aku tgk kat cermin tak nampak clear. bila tgk secara dekat, radang, infection, bengkak semua ada lah. 

so doctor pun berkata 'so u want my suggestion, or u want to make your own decision' aku cakap 'i surrender doctor. i'll take what ever u gonna say' terus tulis kat file aku tu REMOVE besau- besau. and dia tanya, bila nak buat? aku blur 'buat apa doctor?' tonsillectomy lah. oowhh.. check2 calendar aku cakap 7hb. sementara wan cuti lagi kan. terus isi borang admission, borang insurance and so on.

check in kat KPJ on 7th oct 10malam. fuh, bederau sudah mak. tapi tah tak takut lagi pun sebabnye dari jumaat lepas sampai ke hari ini aku masih lagi sakit. tekak masih perit, demam masih tinggi lagi. aku kena make sutre sebelum admit aku kena sihat. sebab tonsil tak leh dibuang dalam keadaan sakit. kena buang dalam keadaan sihat. kalau remove masa dia tgh ada radang & infection, risiko untuk bleeding teruk.

suhu aku malam tadi. dah 6 hari demam masih tak kebah lagi. still kena consume ubat 4 jam sekali. so korang boleh imagine lah betapa seksa nya aku sakit. nak makan tak boleh. demam panas lama. mujurlah papa tak kerja, niadel dgn kerja rumah semua tolak kedia. dia pun naik tension tgk aku sakit. bukan sakit tapi mencari penyakit katanya.

ni lah ubat- ubat yang kena aku telan. ubat demam, radang, antibiotik, ubat kumur, ubat spray. tak cukup dengan tu, top up actifast dgn strepsils lagi.

sian niadel mama abaikan. dah rupa macam anak terbiar pun ye bila tgk gambar ni. nia tgh duduk tekangkang sambil makan keropok lekor keras. hahaha... so, start semalam, bangun pagi, papa yang mandikan niadel. aku tgk rupa macam siram anak pakai pili bomba pun ye. tak kisah, janji disabun, dishampoo, digosok gigi kan. niadel pun excited bila papa deme yang mandikan. mau tak excited, ce bilang bape kali papa korang mandikan korang? maka teruja nya lebih gitu.

baju bajan pulak aku dah start ajar baju tido kat mana, baju siang kat mana, stokin kat mana, spender kat mana, pampers kat mana, tuala kat mana, buku kat mana, macam mana nak susun dalam bag. tapi yang paling cepumas bila aku dah ajar itu ini, dia boleh taktau mana satu baju nia, mana satu baju adel. adeh!!! 

makanya, i have to make sure everything is in order masa warded nanti. baju susun siap2, hari ahad, isnin dan selasa. kalau semua ok, selasa dah boleh discharge. tapi beberapa hari pertama tu aku akan cranky lah. orang tua cranky kau, camne gayanya. so i can imagine lah macam mana gayanya nanti.so, tujuan aku wan start dari sekarang, nak suruh niadel bonding dgn papa diorang.

haa bonding tak? bonding tak? mama pun tak bawak korang pegi breakfast sebelum hantar ke taska tau. papa yang bawak. papa hantar diorg pegi taska. aku tgh sakit, nak bangun tu tersangat seksa. apa lagi nak siap kan budak2. maka papa incharge semua. balik ni pun wan gak amik. bonding ye, bonding..

last but not least, my surgery is schedule on 8th october 2012 @ 8.30am @ KPJ Kajang. lagi cepat buat lagi bagus. tak debar lama. aku kena puasa pukul 12 malam. procedure dia tak lama. dalam 15-20minit je. full body bius. but the healing process tu yang amik masa sikit. semoga semuanya dipermudahkan. aku tak takut time operation. aku seram masa post-op. sebab adik aku yang jantan lagi macho pun boleh melalak lepas operate apa lagi aku yang berjiwa halus ni. korang doakan aku lah ye.yang pernah jalani procedure ni share lah dgn aku camne gayanya nanti. boleh menyedapkan hati aku ni.

baju wad kpj kaler apa eh? aku nak kena match kan dengan tudung. senang nak packing nanti. gitew!!

Comments

Anonymous said…
ally, aku x pernah operate tonsil, tp pernah operate hidung..lepas bius habis, tekak akan terasa perit sangat2!!! aku bukan takutkan kau taw..tp get ready la..

get well soon ya!
ryugiena said…
ish ko ni..smpt lg tnya bj wad kaler ape.nk match ngn tudung lak tu..haha..sabarkn ajela..

xpe skali skala papa dia jd mr mama plak..ko rht je...kang dok pk byk kang demam ko x kebah2, dh xjd operate..take care ye aly..
bdebar plak aku rasa...

semoga semuanya bjln lancar ye ..jgn risau...
Ztee_Azwanis said…
lahhh, sedih tauu kite baca yang last2 tu.. tah knp... jiwa halus jugakkk... aduhai. alya, semoga smuanya bjalan lancar yer. tkleh imagine mcmne operation remove tonsil, belah kt leher ke ? ya allah.... sabar ye alya.. smga alya kuat semangat...


sedih sungguh, bila ingt anak2 yg alya kata 'terabai' tu... tp mujurlah time die wan pun tgh cuti kan? hrp smua ok2 saja ye alya... hopefully masa yang ada lg ni, alya cpt baikkk sblm time operation...jgn stress2 sgt yer.. insya allah msti smua ok...

Azirahman said…
good luck & take care...wish you all the best..moga cepat sembuh :)
Anonymous said…
wei dik....ko soh wan standby ice cream sebaik saje ko sedar tu.... kekdahnye after operation buang tonsil dr akan soh makan ice cream...ice cream jgn cap ayam tau....hehe

insyallah weh....ko nk sihat kan...positif2! anak2 akan bonding dgn sendirinye nanti...

yg aku dgr after sedar tekak perit, ade yg menjerit mmg cranky lah! tapi xpe mcm aku ckpla compare dgn sakit bersalin aku rasa bersalin lagi sakit....

aku doakan semuanye selamat & ko sihat sebelum 5hb and off course 07hb tu nanti....

adiosss
idanoor said…
Nasihat aku voice rest after op itu penting . avoid hot n spicy food. hot drink pun jangan will cause bleeding.take more soft diet n ice cream. ice can reduce pain n swollen n also can prevent bleeding..normally by day 2 or 3 post op ko dah ok ;-).jgn tkt small op je scar pun x de. mulut jela kena bukak during op tu tapi ko x sedar pun kan hehwhw

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...