Skip to main content

sessi beraya 1433H

aku sum up kan raya session untuk tahun ni punya. tahun ni, masa terasa sangat singkat. sebab 2 hujung minggu pertama je dah ada kat kampung kan. so ada 2 weekend je lagi. 1 weekend mmg pulun pegi beraya. 1 weekend lagi orang pulak beraya rumah kita. sampai habis Syawal pun ada jemputan lagi. extended Syawal namanya. raya kemain sakan, puasa 6 sempat buat tak??  aku dapat sehari je. start lewat, dah tu datang bulan pulak, tak sempat lah. dan yang paling rasa macam tak bape nak lengkap this year punya raya, bila aku tak dapat jenguk sedara mara. belah ayah dgn belah mak. huhuhu.. rasa bersalah lah jugak kan. next year kita tebus. ala tak yah tunggu raya pun boleh kan? :)

RUMAH # 1 : EN SUHAIDI
raya, selain dari mengeratkan silaturrahim, benda lain yang kita look forward ialah makan! ni masa cuti merdeka kat rumah boss aku kat ampang. breakfast jamuan raya.

siap ada slideshow versi terbalik lagi. teruja nia tgk mama dia kat dinding.

tiap2 tahun mmg wajib beraya kat sini. menu yang sama every year, nasi beriyani kambing superb!

aku nak amik gambar kak nurul depan tu, yang belakang tu posing apehal?

RUMAH #2 : ALONG AISYAH
jemputan seterusnya on the next day kat rumah banglo kawan aku kat jalan limau, klang. hidangan nasi putih berlauk dgn laksa. rumahnya along, ketua dorm aku masa kat matriks.

sedap nasi putih rumah makcik along

ala long, patut aku amik gambar depan pintu kayu kau. nak pegi tempah ni. boleh buat contoh. hehehe.. thanks long jemput. ni pun rumah setiap tahun kena pegi.

RUMAH # 3 : TINY
lepas pegi rumah along, terus patah balik ke seri kembangan rumah asst aku. this year, budak2 office aku buat sessi beraya rumah officemate. termasuklah rumah aku haritu.

dijamu dengan kueytow tomyam. tuan rumah yang pakai tudung pink tu. pandai masak kek makcik tu. sedap2 belaka.

RUMAH #4 : AINAL FAIDZA
esok nya, hari ahad beraya rumah kakak ainal faidza pulak. my hi5 gang. niadel dgn kakak asha.

gang- gang bapak hi5 menyandar bila dah kekenyangan.

gang- gang anak hi5 memporak peranda gak rumah

gan2 mak hi5 dan opah hi5 pun ada disitu. yang kalau dah duduk kat meja makan, tak bergerak. makan, makan dan makan. nak pulak pekena nasi beriyani. mmg terbaik lah.

 ini wajib sebelum balik. asha bbm sape tu sha?

RUMAH #5 : JIEY
  last week rumah jiey, aku dah whatsapp dia awal2 tak mau makan kat pinggan mangkuk polystyrene. nak makan kat dlm english set dua. haa all english yo. kau ado?

tak boleh tahan tgk collection dia. next year, aku hidang dalam pinggan mangkuk corelle pulak tau.

dia jemput pukul 1, tepat pukul 1 aku dah tepacak depan rumah dia. sebab ada lagi 2 open house nak pegi. mmg datang dengan perut kosong. anak2 pun makan banyak. nampak na mak tak bagi makan. there's ian and her little sister rifa.

rifa aleesya comey lotey macam burung. first time jumpa. behave je anak orang ni. anak2 haku, macam2 pe'el deme buat.

sebelum nak balik tu, fiona baru sampai. lama tak jumpa dia. last jumpa masa tu, kami2 baru sorang anak and dia pun bujang lagi. skang dah ada sorang anak. maintain je kau ye. thanks jiey sebab jemput. nanti jemput lagi. :)

RUMAH #6 : CEKMAT
next house rumah boss aku kat jalan platinum yang silap masuk rumah tuh. bersusun juadah.

pekena soto dgn cendol. niadel muka baru bangun tido.

boss aku dgn wife dia. topik utama yang dibincangkan oleh kami ialah Adam&Hawa. bole?

RUMAH #7 : LEEN
next kat rumah leen. sekali dgn birthday party rayyan. jumpa laksa akhirnya. yeay!

suka niadel dapat door gift bag angry bird. hari2 mintak pakai bag ni. kalau bole tahan, boleh pakai sampai raya tahun depan kutip duit raya. :D

ni lah tuan rumah yang taip address sengal tu ye. nasib aku tak kena mangkuk hayun. kahhhhhhhh.. thanks leen. mantap laksa kau. 2 mangkuk aku makan tak sedar diri, malam perut senak. bloated. makan tak ingat dunia. 

RUMAH #8 : MAKSU
 cuti hari malaysia baru ni, ada majlis doa selamat rumah maksu aku sempena anak dia nak berangkat ke cairo. kitorg sampai orang tgh baca yasin

tapi makcik ni, dok bawah kemah bising nak makan nasi. cakap kuat2 lak tu. anak sape lah agaknya. opah yang tolong amik kan nasi.

yang dirai. all the best afiq.rajin dia layan niadel. esok kalau wan dah beli moto besar, maksu cakap boleh pos niadel kat rumah diorg. kalau dah beli moto besar lah ye.

lama gak lepak kat rumah maksu ni. tolong apa yang patut. sempat lah nia tido. tapi adel tak nak tido2. mandikan dia siap2 sebelum gerak ke rumah terakhir.

RUMAH #9 : BED
terus ke shah alam rumah bed. hi5 gang. lontong idaman kalbu menanti. yum!

tak lama lepas tu, yang lain pun sampai. tuan rumah yang ber tshirt biru. macam haram je aku punya muka posing. kahhhhhhhhhh

ni anak dara tuan rumah.

memporak perandakan rumah orang mmg no. 1 anak2 kami ni.

penutup Syawal yang best! tak cukup korum ni as nome tak dapat datang.

our junior. nia macam nak amik gambar passport pun ye. thanks bed sebab masak macam2. sedap semua. walaupun Syawal dah habis pintu rumah masih dibuka.

Last but not least, terima kasih korang (ada beberapa rumah yang tiada dalam gambar) sebab sudi menjemput keluarga Mrs Simplicity ke teratak korang and also for the raya packet to niadel. mintak maaf jugak ada a few jemputan yang tak dapat dipenuhi. tahun depan jangan serik jemput lagi. semoga dimurahkan rezeki kalian semua. amin yarabbal alamin...

Comments

Ztee_Azwanis said…
kite kalau g open house, juadah soto yg dinanti2kan... huuuuu heaven kalau dpt soto !! alya, laksa yer eh ??

oklah tu cukup meriah.. :))
nad said…
meriah..best btul nengoknye!
lagi 1 yg best, tgk umah org, kikikiki
cantek2 belaka kot, huhu!
mmg ry sakan la ko..best....

aku pon ry ni tk sempt nk ziarah saudara belah abah aku..huhu..
Gieyana said…
mmg meriah tgk suasana raya ko..kat penang nie x der cmni psl mostly kengkwn adalah chinese..nk buat open hse kt umah sendiri mls sgtttt..:-)
eiman's mummy said…
best tgk hidangan2 kat open house ni...
fiona kwn adik tu mcm adik catriona pelakon tu jer...kalau btul kat mana adik kenal dia?
Mrs. Simplicity said…
@wan syamzaima : ha'ah adik cat fiona tuh. kitorg sama dorm masa matrix dulu.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...