Skip to main content

cerita beli bean bag

tak tau apa ke nama sebetulnya. ada yang sebut bean bag, ada yg sebut big bean. malas google. so paham sendiri lah ape kebenda nye tu. masa raya haritu kan ramai yg datang rumah, so ramai gak lah yang berminat dengan benda alah tu. cerita nak beli bean bag ni dah lama. kat mana beli? kat jusco equine je. ni bukan brand big bean yang glamour tuh. ni takde brand but similar to it lah. harga pun sama. kualiti? hat kitorg beli ni lagi banyak bean dia. so mampat sikit lah. kira kalau yang overweight duduk tak lah bontot cecah lantai even though dah lama duduk.

kitorg beli masa bulan puasa haritu. rasanya masa nak dekat raya lah. asalnya nak beli awal lagi. unfortunately, tempat jual tu is a temporary booth / kiosk. kejap ada kejap ada. tapi selalu ada. masa kitorg nak beli awal tu, pegi dah, sekali takde. hampa gila and menyalahkan wan. hahahahaa... patut beli awal lagi tau. takpe lah, takde rezeki. 

then masa nak dekat raya tuh, aku pegi lah jusco nak bayar bill maxis. sekali tgk ada! wah very the excited gitu. terus je pegi booked siap2. sebab yang besar belum sampai stock. kitorg beli kan 3 bijik. 2 hat kecik, sebijik hat besar. then akan datang balik bila dah sampai.

bila yang diorder tu dah sampai, terus semangat nak masuk dalam kereta. membayangkan piece of cake lah. confirm muat. tak terfikir pun tak muat. dah lah masa tu hujan lebat. usung lah 3-3 biji kat parking lot. mujur wan dah bawak kereta kat entrance. apa jadi bila nak masuk kereta?



tak sedar diri namanya ni. masa nak masuk kereta, 1 bean bag yang besar tu je muat kat seat belakang. bonet mmg tak lepas. makanya, kena hantar yang besar tu dulu, lepas tu patah balik amik yang 2 bijik ni lagi. tgk nia duduk camne. rasa dan2 tu jugak nak order grand livina ke, stream ke kan. tertekan je dgn kereta ni. mujur jugak dekat je jusco equine dgn rumah. cuba kalau kata beli kat midvalley ke? ada yang hampa tak dapat ber bean bag. 

mmg kena beli 2 bjik. tidak kalu, mmg jadi bahan berebut, bahan bergaduh. kalau diorg tido atas ni, mmg makan berejam lah macam tido atas katil. masa org dtg beraya kat rumah haritu, adel boleh tido atas tu straight 2 jam. rilek je.

 buat homework pun atas ni jugak.

ni lah rupa dalam keadaan pegun. boleh jadi tempat duduk lah jugak. kitorg tak beli 3+2+1 sofa sebab kalau beli mmg definitely makan ruang. kena sedar diri, rumah tak bape nak besar. so mix and match je lah. bean dalam bag tu akan jadi compress macam kekabu. so boleh top up jugak. jangan dibukak zip kat bean bag tuh kang jadi macam aku, berterabur keluar. jenuh kutip sebab sangat lah halus. tension je gatal tangan pegi bukak.

ni hat besar. kalau nak main laptop mmg best dok atas ni. dalam keadaan dudu. juga sesuai dijadikan slide kepada map bapak yang tak mampu beli kids slide untuk anak2. anak2 aku jadi bahan main pulak benda ni. 

kalau nak baring ramai2 tukar position dia kepada ini. ini boleh lunjur kaki. kitorg ber-4 pun boleh landing atas ni. ni jadi port niadel layan dvd dia lah kat family area kat atas.

banyak lagi posisi2 yang boleh dibuat mengikut keselesaan. ni masa brand big bean bukak temp both kat jusco jugak. ada design lain jugak.

kesimpulannya mmg best duduk kat bean bag ni. kalau dah duduk, tak leh nak bangun. orang perak kata bila dah menempap tu payah nak bangun. nak surfing ke, niadel nak tido ke, even aku sendiri nak tido ke. mmg cozy. dia ikut keselesaan kita. korang yang berminat boleh lah check it out kat jusco equine. ala banyak je kan kat mana2. tapi kalau kat jusco equine, it's a temporary booth. harga yang kecik sebjik RM299. yang besar boleh lunjur kaki and 2 orang boleh baring is RM399. last but not least, kalau nak beli lebih dari sebijik, make sure korang bawak MPV.

Comments

Ztee_Azwanis said…
ikut lah bean apa asalkan bukan mr bean sudah !!! :p


wahh ye eh ? nmpk mcm kecik tp 4 org bulih duduk eh yg color merah tu.. mcm menarik... tp zte tk try duduk pun aritu, mne lah thu tenggelam trus kikikihhh kita kan overweight !!!


dlu tgk kt the curve ada yg custom made kite blh pilih2 kain die... pastu die jahit, tp rasanya bean dia tk sehalus yg alya ni... alya punya ni nmpk kemas jer... come2 nti nok cri jugok eh 2 bijik hiksss..
bestnya bean beg ni....bleh beli satu ...satu je lah..haha
nad said…
bleh tahan gak ek rege die?
tak penah la pulak keme tau menahu, huhu!
Shasha Mohamed said…
Wah! Sonok ke duduk atas bean bag nih?
Biasanya tak selesa jer, macam tak cukup tempat duduk jer. Tapi yang ni nampak besar plak. Rasa nak try la..
Iela Fazielah said…
tulah..tgk mmg menarik... harga pun menarik... tu yg buat xtertarik..haha... tp mmg cun la bean ni....
Unknown said…
salam. juz nak bgtau. saya ada jual bean bag filler / refill. those yang da beli bag dia tapi tak tau nak beli filler kat mane, bole cari saya. Those yang bean bag dah lembik pun bole beli kat saya. Harga murah, servis baekk. Hanya di :

www.doubleztrading.blogspot.com

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...