ASSALAMUALAIKUM.... tadi kat maybank i was approached by 1 officer. dia kata 'eh, hi! kenapa dah lama tak update blog?' keranamu i update ni ye. dari sehari ke sehari nak update tak terupdate. apa kau sibuk kan ha? aku rasa sejak niadel ni besar, aku jadi makin penat. 2-2 dah berakal, so macam- macam kerenah nak kena hadap. kat office, cam biasa lah, kerja. kat rumah pulak, time tido pun aku kena lanyak dgn anak- anak aku. especially adel. korang tau tak adel suka duduk atas mama dia? purposely. baring mesti nak berbantalkan mama dia. kalau duduk bontot tu mesti nak beralaskan mama dia jugak. nia pulak, bila tgk adik dia menyendeng kat mama, dia pun join sekaki melenyek mama dia. up to the extend aku kena berdiri tgk tv kalau nak focus 1-1 cerita tu. tapi takpelah, atleast mama tau, anak2 mama sayang mama. :)
so, pejam celik, Ramadhan dah towards the end dah. aku rasa bulan Ramadhan tahun ni memberi banyak benefit kat aku. terutama dari segi pengurusan masa. by hook or by crook i have to get up at 5am nak bersahur. kalau tido balik lepas sahur, mmg mencari nahas lah. so lepas sahur, subuh, siapkan barang budak2, iron baju, bersiap dan keluar rumah awal. makan mesti time maghrib. solat, lepas isyak dah settle down. so semuanya organized kan? mmg best lah. harap aku boleh kekal momentum disiplin macam ni sampai bila2. yolah! raya esok, setan dah keluar balik, mata ni asyik nak katup je kan.
bulan puasa ni berkesempatan berpuasa kat both kampung. perak dgn kedah. so rasa cam complete je ramadhan kali ni. balik kedah pun adhoc masa cuti nuzul Quran haritu. next year boleh buat lagi boleh masuk dalam schedule.
for the record, bulan puasa tahun ni ada lah dalam 3 kali je berbuka kat luar. sebab mood dok rumah baru kot eh? tu pun sebab ada event. tidak kalu, cukup 30 hari buka kat rumah je.
bulan puasa ni berkesempatan berpuasa kat both kampung. perak dgn kedah. so rasa cam complete je ramadhan kali ni. balik kedah pun adhoc masa cuti nuzul Quran haritu. next year boleh buat lagi boleh masuk dalam schedule.
ondway balik kedah. adel yang tak pandai buat peace lagi. huhu..
for the record, bulan puasa tahun ni ada lah dalam 3 kali je berbuka kat luar. sebab mood dok rumah baru kot eh? tu pun sebab ada event. tidak kalu, cukup 30 hari buka kat rumah je.
ni lah first debut kitorg berbuka kat luar. kat TGIF alamanda. pegi sini tak ingat sebab apa. bukan nak shopping raya pun.
peminat makanan western. mmg tak toleh kiri kanan lah. berbuka time ni mmg aman sentosa je. diorg behave. sebab lama tak keluar kot.
ni second time. kat intai2. buka puasa ofis.
lagi nak cerita apa eh? haritu 10 august, birthday wan. boleh tak aku tak ingat bday dia? few days earlier ada ayah aku msg aku tanya bila bday wan, aku dgn confident beruk reply 12aug. so cam rilek2 je lah. actually takde plan nak bagi apa- apa. tunggu haritu then wish je lah. sekali masa tu dah kul 12 mlm, 10aug, member tu yang tanya taknak wish dia ke? adoi, how on earth i can forgot my husband's bday? bengong betul. 12aug tu pulak bday bestfren aku ita. confuse sudah. so the next day aku singgah BR alamanda beli kek. aku yang teringin.
he's 30! tua dah. bulan depan turn aku lak masuk 3series.
nia tido time buka ni. so adel la yg potong.
ha ini jadinya kek bila dah selesai. any takers? hehehe..
ok, persiapan raya. actually kitorang baru je start beli baju raya anak2 last week. dari sabtu lepas, bawak ke ahad, isnin, selasa, ni tatau malam ni nak keluar ke tak. dari takde apa, sekarang dah almost complete. memula cuak gak, baju raya pertama pun takde lagi. jenuh gak nak cari yang matching anak beranak. mujur ada. in fact banyak lagi untuk family yg nak sedondon dipagi raya. so lega banyak disitu. kira dah complete semua lah. dari baju, kasut, kuih raya, duit raya, kereta. cuma esok nak gi klinik amik stok ubat.
kereta dah siap service semalam. then cuci luar dalam. basuh seat sekali. feeling2 macam bawak kereta baru lah konon.
kuih raya tahun ni tak serabut2 beli last minute. awal2 dah order kat elya cookies. baru dapat last weekend. dia buat 4 jenis je. so aku beli 3 set untuk 2 kampung and untuk rumah ni.
order extra famous amos ni. memula nak bagi kat pengasuh niadel. tapi aku tukar fikiran. tahun ni aku nak bagi kat teacher nia. pengasuh bagi duit raya je nanti. mmg cuku sifat lah chocolate chip dia ni. 1 balang dah selesey kitorg balun. nasib lah request untuk hantar lambat. tidak kalu, tak dan raya.
baju raya kami2. tunggu masuk bag je nanti. memula plannya wan nak pakai baju melayu recycle je. sekali bila dia tgk 3beranak manis bersedondon kat fitting room, dia pun terjebak beli jugak. mujur ada size and mmg ngam2 ikut size. so kita bole pakai brand tu je every year. korang yg hari2 mengukur alamanda kalau tgk baju raya kitorg mmg tau lah cap apa kitorg beli.
sakan betul tahun ni. baik anak, mak pak semua ada kasut raya. tak penah dibuat. actually tahun ni nia dah faham pasal raya. sebelum shopping raya dia dok tanya banyak kali bila kita nak beli baju raya. dia nak baju raya pink, kasut raya pink, siap nak subang pink, spek pink. semua pink belaka. subang tu tak tahan. mmg pengaruh kawan- kawan betul makcik tu. nyaris je nak ditindikkan. tapi bila fikir balik, tak payah lah. kena jenis telinga mcm aku, bernanah bila pakai subang, tak ke haru. so mmg preparation lebih untuk anak2.
macam adel, dia takde perasaan sangat. jenuh nak suruh fitting kasut. semua tak nak. tapi bila sarung baju raya, dah tak nak tanggal bila nak bayar tu. mmg mencabar bila time fitting. bila fitting kasut habis dia lari pusing 1 kedai. bak kata papa, her interest is on food only. hahahah.. sungguh lah.
every year mmg gini lah. lambakan raya packet, yg last year tak habis lagi, selambak tahun ni punya mari. pening dibuatnya. malam tadi, aku dgn wan dah masuk kan duit raya siap2 untuk bagi kat family.
rumah macam tongkang lagi. kain dari balik kedah last 2 weeks tak berlipat lagi. apa nak jadi? rumah tak vakum lagi. balang kuih raya tak terbeli lagi. konon nak beli corelle, tapi tak dan kot. banyak benda nak beli, tapi mmg kekurangan masa dan kemalasan melanda. apa yang ada je lah.
tahun ni kitorg balik kedah dulu. office tutup seminggu. jumaat aku kerja lagi. tgh malam baru balik kedah. rabu balik perak. khamis ada aqiqah aufa. lama tak jumpa aufa. mesti dah lain rupanya. 4 hari kedah, 4 hari perak. adil dan saksama diutamakan.
cadangan waktu balik kampung yang dikeluarkan oleh plustrafik.
untuk pengguna lebuhraya, adalah disarakan untuk follow plustrafik kat twitter. mmg setiap kali balik kampung, aku tukang tgk timeline lah bila ada jem. nak tau apa jadi. semua info terkini ada kat sini. untuk korang yang ada smartphone, create lah akaun twitter. way convenient compare to facebook. ni pandangan aku lah.
akhir kata, aku, wan, nia & adel dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan salam aidilfitri untuk semua pembaca. mohon maaf zahir dan batin andai ada kata- kata yang terguris hati. moga kita semua dan anak- anak diberi kesihatan yang baik untuk menyambut Syawal tahun ini dan segala perkara dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. jemput semua kerumah kitorang ye.
sedih pulak raya nak dekat ni. sedih Ramadhan nak habis dah kot.
take care all!
note : segala typo akan diedit later. mak jemah nak keluar mengukur mall jap. later guys!
Comments
rindunye kat niadel!!
so,raya tahun ni kat kedah la yer...blh la wan pi jalan2 umah adik yer..kalau adik tak bz la...
so,dikesempatan ni jugak nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batinnnnnn....
seronok dapat sedoondon kan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin... :)
Jemput datang ke rumah juga...
tak sabar nak berjumpa korang...
selamat hari raya beb...maap zahir batin di atas segala salah silap aku anak banak yer...kita ketemu di hari raya nanti...insyAllah
neway...slmt hari ry..maaf zahir batin..