pagi tadi drama kat depan taska bila adel tak nak turun. dia nak pegi sekolah (SRK). cite nye dari sebelum cuti raya dok ulang alik ke situ uruskan pasal pendaftaran adel. semalam pun sama gak. ke SRK dulu sebelum ke taska. punya teruja dia. naik tangga kat dinding tangga kan ada hiasan mural ABC dengan 123. sambil naik tangga dok baca ABC. menunjukkan keterujaan dia. yang kakak nye pulak, tertarik tarik tak nak pegi sekolah. seronok cuti lama. kalau tanya dia bape lama nia cuti? dia akan jawab ribu hari dengan gembira nya. nia bukan tak suka sekolah cuma dia takut dengan teacher- teacher kat situ. bila takut maka dengar arahan. bila dengar arahan maka akan buat.
contoh kat rumah, dia akan ingat semua benda yang teacher dia suruh dia buat, kalau tak buat dia cakap nanti teacher marah. contoh nya kalau dengar dia eja fourteen haritu dia cakap teacher shanta suruh eja sampai 10 kali. dia pun dok lah eja sampai 10 kali so cepat hafal. kira kat rumah bukan depan teacher pun dia buat. elok gitu kot. tapi dari pandangan lain nya aku takut nanti dia refuse to go to school. tapi so far tak de nampak tanda- tanda dia tak nak pegi school.
kenapa aku cakap gitu? sebab nia tak bagi adel pegi school. nia kata adel kecik lagi, adel tak pandai. jenuh cakap wei. silap- silap esok nampak adel pakai baju sekolah dia marah kata dia punya. tak bagi naik van ke. haru jugak tuh. semalam lepas je selesai urusan kat SRK, teacher cakap kat adel, 'ok rihana, see you on monday!' nia agaknya cam absorb apa yang teacher zai tu cakap, malam tadi lepas amik diorg kat taska, nia mintak sekolah pagi tak nak sekolah petang sama adel. bole gitu? gitu sekali tak mau bagi adel pegi sekolah.
yang adel pulak, sangatlah excited nak pegi school. sampai pagi tadi meraung tak nak turun. mama kena ayat bagitau 'mama kena amik baju adel kat school dulu. nanti adel pakai baju sekolah ok baru boleh pegi school'. baru dia kesat air mata nak turun kereta.
drama betul anak- anak den ni. sorang teruja nak pegi sekolah. sorang lagi tak nak bagi adik dia pegi sekolah. kita tengok hari isnin ni macam mana rupanya nanti. aku time off kejap nak hantar adel and tengok keadaan nya. aku tak risau bab menangis. sebab nampak dia teruja. but who knows kan. nantikan laporan penuh hari pertama adel ke sekolah pada hari isnin depan. adakah akan macam kakak dia? for the record, nia dulu amik masa 6 bulan nak settle down. 6 bulan banjir bila pegi sekolah. sikit- sikit nangis. sikit- sikit nangis. that is why we decided to send adel early. takut sejarah berulang.
dan faktor lain hantar adel awal bila kitorg nampak dia dah ready. bila kakak dia tgh buat homework dia pun nak amik buku dgn pencil color. then verangan konon tulis A for apple katanya. C ke cat. lepas tu puji diri sendiri 'adel pandai!' gitu. kalau dah siap color / tulis, konon siap lah kan. mesti dia pun cakap 'mama, adel finish' ikut mentor nya jugak. ni gambar malam tadi. tapi masa ni bukan tgh tgk kakak dia buat homework. dia cari buku sendiri. mentor dia tgh buat apa?
mentor dia dah lena. pelajaran makin tough ye nia. hahahaha...
Comments
adoi, zakwan nnt mauk skool cemane la pulak perangai nye
dah la tak pernah berpisah..(sbb takdok taska/nursery)
hmmm...
tggu jugak la nnt cemane ;)
ksian nia..penat btul tu ;)
jd kalo smart reader, dgr kata 3thn lebih bru terima, klo below 3 thn boleh terima if dah free diaper.
cmne tu ? Likha masih berdiaper mlm ari, tkthu mcmne cara nak tdur tnpa pampers huuu banjir katil !
Yang nak pegi sekolah tu ok sikit, tang yang tak nak pegi tu kena sabar sikit... pujuk2 dan suruh pegi gak ;)