Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

adel nak pegi tulah (sekolah)

pagi tadi drama kat depan taska bila adel tak nak turun. dia nak pegi sekolah (SRK). cite nye dari sebelum cuti raya dok ulang alik ke situ uruskan pasal pendaftaran adel. semalam pun sama gak. ke SRK dulu sebelum ke taska. punya teruja dia. naik tangga kat dinding tangga kan ada hiasan mural ABC dengan 123. sambil naik tangga dok baca ABC. menunjukkan keterujaan dia. yang kakak nye pulak, tertarik tarik tak nak pegi sekolah. seronok cuti lama. kalau tanya dia bape lama nia cuti? dia akan jawab ribu hari dengan gembira nya. nia bukan tak suka sekolah cuma dia takut dengan teacher- teacher kat situ. bila takut maka dengar arahan. bila dengar arahan maka akan buat. contoh kat rumah, dia akan ingat semua benda yang teacher dia suruh dia buat, kalau tak buat dia cakap nanti teacher marah. contoh nya kalau dengar dia eja fourteen haritu dia cakap teacher shanta suruh eja sampai 10 kali. dia pun dok lah eja sampai 10 kali so cepat hafal. kira kat rumah bukan depan teacher pun dia bua...

cobaan mengambil family photo

7 Syawal, baru lah berkesempatan amik gambar the whole family belah family aku. kebetulan semua ada. aku rasa ni je lah kot kitorg berkesempatan berjumpa semua time raya. next year, yg dah kawen akan rotate balik. so lepas makan tengah hari, semua dikerah salin baju raya semata- mata nak photoshoot. panas- panas rembang. placing dulu tetibe aufa mengamuk hantar aufa kat babah nye pulak. aufa mengamuk lagi.  aufa dah bertenang. photographer tak sudah- sudah lagi setting nya. dasar speedlight cap ayam betul and finally! tu pun aufa mengamuk dah. kesian aufa. bukan senang kita nak gather gini tau. mmg cabaran nak photoshoot ni. akhirnya berjaya capture semua. tah bila tahun lagi nak gather semua. tunggu kalau adik aku kahwin je nanti. abang daing bawak bersabar je lah melayan pe'el kami ni. laki aku dah masak. maka layankan aje. hahahah...  yang penting..... apak den maintain je dari gambar 1 sampai last. pedulik keadaan sekeliling janji ...

yang lucu di pagi raya

dah berjaya view semua photo dari 1 syawal sampai 8 syawal sepanjang berada di kampung halaman. antara yang lucu untuk dikongsikan adalah insiden pagi raya masa kat kampung belah apak mertua aku. apa yang berlaku? langkah kanan sesampai sahaja di rumah tok embun, 1 tong nasi tomato terhidang. yang lucu nya bila adel nak makan nasi, dia mintak sudu takde. sudu tak sampai lagi. dia pegi amik senduk nasi makan nasi. haa gitu sekali tau! lapar sangat ke adel? anak dara sapa la ni??? senduk nak sama besar dengan piring tu ha.

hanya kerana tabung

semalam ada urusan kat RHB bank, tgh dok kat counter tuh, officer tu approach aku taknak bukak rhb junior saving untuk anak2 ke? aku tanya, apa benefit dia kak? dia kata jap eh! dia masuk dalam keluar balik tunjuk tabung comel ni. comel kan? dapat giraffe teddy kecik dgn tabung. tabung pun ergonomik. tempat bukak dia pun senang nak handle unlike tabung- tabung yang lain. tak fikir panjang terus sign up. hahahah... mmg hanya kerana tabung. nak daftar akaun letak sehengget je. mmg aku letak seringgit je. hahaaha... wan geleng kepala je lah. miang nak bukak akaun anak banyak- banyak.  gambar selingan yang sempat di insta kan malam tadi. nak bagitau yang aku suka gila meja kecik tu. meja laptop. nia nak guna buat homework pun boleh. portable. sape yang berminat boleh dapatkan di ikea dengan harga RM59. kalau tak silap lah. gambar selingan lagi. molek na si adel tgk upin ipin lagu tuh. gitu sekali menengok nya. big bean idaman dah ada dalam rumah. mmg duduk / tido tak...

how my kids enjoy their raya

assalamualaikum readers. alhamdulillah, dah seminggu kita berada dibulan Syawal. kitorg selamat sampai rumah pagi tadi jam 2 pagi. semuanya selamat dan sihat walafiat. honeymoon is over. now back to normal routine. kitorang dah ada sini, roger aku kalau nak datang beraya okeh! raya tahun ni kitorg dapat gather 1 family. baik di kedah mahupun diperak. perak lah yg susahnya nak gather. so mmg seronok. sederhana tapi meriah. nak jugak quote tu kan. :p nia dgn adel lah yang paling enjoy raya tahun ni. sebab masing- masing dah faham apa tu raya. asal orang keluar rumah je nak ikut. uncle2 diorang keluar pegi raya rumah member diorg pun diorg ikut. mmg semangat raya betul. opah keluar pegi pasar pun nak ikut sebab ingat nak pegi beraya. ye lah, raya is all about mengeratkan selaturrahim. masa raya ni lah jugak kita nak menjenguk saudara mara dengan sahabat handai. so mmg anak- anak aku paham lah apa itu raya, selain dari berbaju baru. bukan kata keluar je nak pakai baju raya, du...

menjelang aidilfitri

ASSALAMUALAIKUM.... tadi kat maybank i was approached by 1 officer. dia kata 'eh, hi! kenapa dah lama tak update blog?' keranamu i update ni ye. dari sehari ke sehari nak update tak terupdate. apa kau sibuk kan ha? aku rasa sejak niadel ni besar, aku jadi makin penat. 2-2 dah berakal, so macam- macam kerenah nak kena hadap. kat office, cam biasa lah, kerja. kat rumah pulak, time tido pun aku kena lanyak dgn anak- anak aku. especially adel. korang tau tak adel suka duduk atas mama dia? purposely. baring mesti nak berbantalkan mama dia. kalau duduk bontot tu mesti nak beralaskan mama dia jugak. nia pulak, bila tgk adik dia menyendeng kat mama, dia pun join sekaki melenyek mama dia. up to the extend aku kena berdiri tgk tv kalau nak focus 1-1 cerita tu. tapi takpelah, atleast mama tau, anak2 mama sayang mama. :) so, pejam celik, Ramadhan dah towards the end dah. aku rasa bulan Ramadhan tahun ni memberi banyak benefit kat aku. terutama dari segi pengurusan masa. by hook or by...