Skip to main content

nia's field trip cum sports day

balik dari kedah hari ahad. isnin aku cuti. apa lagi, skodeng mode on. nia ada hari sukan cum field trip. lokasi sukan kali ni kat megakidz kat midvalley. aku perasaan ni dah kali ke2 nia join hari sukan, principal diorg suka buat kat funland. macam last year kat critterland. ok lah, budak pun seronok. mak pak pun beronok ronok tak berpanas. principal kata arrangement much more easier. contoh bila budak nak ke toilet. awal pagi, dah bangun. kena ada kat sekolah kul 9 pagi. ok lah, mmg time keluar rumah pun.

excited dia nak pegi sports day.

masa ni dah nak naik bus. masa dalam message book they allow parents to follow. kena bayar extra RM10. tapi masa aku hantar teacher kata tak boleh join pulak. pulak dah. sebab kalau field trip, students wajib naik bus. yang nak skodeng tu naik lah kereta sendiri. 

nak naik bus dah.

alahai, tenggelam nia tak dapat nak tgk luar. tapi dia notice mama dia. jenuh melambai. then aku tanya dgn teacher boleh tak nak fetch nia kat midvalley. diorg bagi. 

memandangkan tak boleh nak masuk ke megakidz tuh, aku pun terus amik adel kat taska bawak dia ke kids clinic. cam biasa, batuk + selsema. sebab dah drag seminggu, kena lah bawak jumpa paed. dah settle kat klinik hantar balik adel depan taska dia tak nak turun. aku tanya adel nak apa? dia cakap nak makan pancake. sebab lalu mcD tadi, dia dah mintak. pegi bawak balik, entertain kejap then hantar balik ke taska.

then terus ke midvalley. masa tu dah pukul 11. principal kata kul 12 should be settle. aku try call tak berjawab. takpe lah terus je pegi. 

sampai sudah. dah penah dgr dari member kalau nak kesini, tunggu anak besar sikit. dalam tadika ke atas gitu lah. sebab mmg extreme dia nye game dalam ni. kena memanjat bagai. mmg ye lah. so insiden di entrance, aku nampak ada few parents dapat je masuk. hmmmmmmmmmmm..... then teacher nampak aku, dia tanya aku puan nak masuk ke? mesti la nak. then kena bayar RM10 baru bole masuk. if only i knew that parents can enter at the first place, i would follow the bus. tapi...... tapi..... then the principal approach aku explained what was actually going on. sebenarnye mmg dia tak advise parents to come. if let say dia bagitau all parents bole datang ada 80 students, 80 family datang, tak de ruang dalam megakidz. yang insist to follow termasuk aku ni, kira bangsa tak reti bahasa lah. ok lah, reason accepted. kenapalah aku tak terus skodeng ye. sebab aku fikir kan adel's condition pulak. takpe2, its okay, its alrite!

aku sampai diorang dah settle sports. serious aku frust sebab last year dia tak join dok atas dukung mama dia. this year teacher kata dia join. ah damn damn! struggle okay nak cari nia. ada lah dalam 5 minit aku mencari. then ada parents tunjukkan. ok, dia join nyanyi2, nari2. tak lah pasif. mak happy.

dah selesai sukan, kids terus proceed dalam bilik ni untuk lunch. nampak tak nia? time ni dia tak notice mama dia lagi.

then baru dia nampak mama dia. punya lah happy. apa yang dia nak suap dalam mulut dia dia tunjuk kat mama dia. ok, dia enjoy. habis 1 pack dia makan. roti, sosej and fries. and ada kek.

the protective parents or the stubborn parents? kahhhhhhhhh... termasuk lah aku kan. semua tgh ngadap anak makan. so mmg tak ramai lah parents yg ada. ada dalam 10 parents kot. datang kena beli stokin pulak. tapi aku mmg bawak stokin dalam bag all the time.

parents pun dapat treats jugak.

selesai makan, students beratur balik untuk prize giving. discipline nye lah diorg ni...

tangan semua kat mulut suruh senyap. kenapa kat rumah tak begini?

yeah nia dapat medal. semua dapat medal yang sama ye. takde no 1 ke 2 ke 3.

lepas tu apa lagi, fun time lah. uish mmg seriau lah tgk budak2 ni memanjat. jenuh nak cari nia.

nak turun 1 slide ni bersimpang siur nak memanjat.

nia main tak lama. lepas tu, dia ajak balik sebab mata dia dah layu je aku tgk. ye lah, penat balik kampung tak habis lagi kot.

keluar megakidz nampak benda ni nak naik ni pulak. layan kan.

she's happy

lepas tu stop makan lagi. hari pancake sedunia ye. makan pancake lagi kat the pancake house.

 tuang jangan tak tuang nia. dia kalau makan pancake mmg segantang madu.

lesson learned : follow the instinct. :)

Comments

Marlina Mohtar said…
eii..geramnya tengok nia yg comel ni :) best jugak buat kat situ ek....
nad said…
sticker huruf B kat baju alya tu apa?
ke lupa bukak?
(eh, ke situ plak! =p)

nia, bestnye ciknad tgk nia ni
taks abar nk tggu zakwan plak bersukan ;)
Iela Fazielah said…
bestnyer msk smartreader ni...xkesampaian hajat kami nak masukkan anak ke sini...budget xcukup weh!..huhuh

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber