Skip to main content

bila adel nak jadi kakak?

wah wah wah wah wah.... kemain lagi korang ye. aku mmg teringin nak ada baby lagi. tapi aku tak nak lalu pantang, kena jaga malam, jadi zombie. nak pregnant best, nak beranak pun ok, tapi nak harung pantang tu masyaAllah.....

aku enjoy jaga baby aufa walupun dapat 2 hari je. 2 full day. dari kat hospital sampai lah aku nak balik KL dah. mmg enjoy. sebab apa? time bagi susu bukan aku, time jaga malam bukan aku. so mmg tak de rasa stress lah kan dan yang paling penting, takde rasa sakit bersalin tu.

yang aku lemah bila bab bersalin ni, dah lah kita sakit, dah tu nak jaga baby lagi, movement sangat sangat sangat limited. kalau boleh mmg kita nak buat sendiri. tapi tu lah, semua terbatas. mmg seksa. tu belum campur nak mengirakan anak2 yang dah lama keluar dari perut.

tapi aku tgk, ramai je yang sekapal dengan aku dah bukak kilang untuk no. 3. ramai jugak yang pregnant for 3rd baby. bila dapat tau tu, ish masing- masing dah menambah, kitorg bila? but then again, macam aku cakap tadi, kalau untuk 3rd ni banyak faktor kena amik kira.

bila nak conceive? - bila cakap pasal conceive nak kena tgk pulak soalan seterusnya..
bila nak deliver? - target dia mesti cuti sekolah. dalam bulan 11 ke 12. kalau beranak, anak2 cuti sekolah, boleh duduk dgn mama kat kampung. so kalau nak beranak bulan 11 bila nak conceive?
nak pantang kat mana? - biasanya rumah mak lah kan. tapi bila dah ada anak 3 ni mcm afdal pantang kat rumah sendiri. tapi macam kes aku, kalau dpt beranak bulan 11 ke 12 ok lagi nak pantang kat perak
sape nak jaga ? - ni kena amik kira sebab anak sedia ada dah ada 2 orang. kalau kata mak aku yg jaga, ye lah, kudrat mak ni takat mana kan. better cari 1 confinement lady yang boleh jaga kita dgn anak- anak kita.
.
basically these are the major things yang aku akan look into. sebab time nia dgn adel, mmg tak plan, Allah bagi rezeki mengejut. so ada first two ni kira bole handle lagi. kira 1 : 1 (1 adult, 1 child) nisbah lah sangat kan. nak segregate kerja pun senang. tp when it comes to no. 3 kena plan dari A - Z

so am i ready to get pregnant again?? moh tgk video kat bawah ni.

haaa tu ada 4-5 tangan yang menolong. dalam pantang walaupun ada ramai assistant, tp seboleh boleh bia kita buat sendiri. kalau dapat focus kat sorang je ok lagi, ni ada 2 anak lain yang perlu diberikan perhatian. time ni pulak kat kampung ada extra hand, esok kalau balik kat rumah sendiri, ada 2 orang je nak handle. uish, tak tercapai akalku macam mana kekdahnye nanti.

apa pun, kita ada hak untuk merancang, kot nanti aku post entry pasal ni harini, bulan depan keluar UPT test kata positif pregnant, tu bukan kuasa kita, tu Allah nak bagi rezeki. 

haaa begini kekdahnye kalau dah anak 3. semua mengurung kat mama. tgk papa pulak? :p

asalnya nak cite pasal aufa's birth. dah melalut cite pasal benda lain. layan kan aje. last but not least, mak ngah rindu aufa, niadel pun rindu baby ofa!

lesson learned : Allah takkan bagi sesuatu diluar kemampuan kita. bila Allah dah bagi rezeki tu, maknany kita tau camne nak manage / handle. :)

Comments

Salina@IbuAqil said…
Amboi!!
Papa rilekssss erkkkkk..
Hi3!!!
wanie md zain said…
alya..sama la kita..semua2 menda tu la yg penat nak ahrung..masa pantang anak 1 un pening..lagi la dgn anak 2 ni...iris mcm tak layak lagi kot nak jg kakak..dia pun mcm baby lagi..huhuhuhu...next kena plan betoi2..kan alya..yg second rezeki mengejut...
Iela Fazielah said…
betul tu alya..tuhan bg rezki sbb dia tau kita boleh... tpkan... akak xmau baby lagi....huhuh....cukup la dah 3 ni..selamat join the group..... fenat weh!!!
Ztee_Azwanis said…
lesson learned dr alya yg best tu sedapppp dibaca :))


btul tu.. aduhai.. byk pk tentang nak beranak lagi. dah lah coti- coti list berderet ni, bila haaa nk start conceive huksss ! apa2 pn, dok rncang sana rancang sini, plan sana plan sni, klo Allah kata kunfayakun... jadi jugek kan ? terima sajalah...


hmmmm... kite yg sorg ni pun pk pnjang, sahkan alya yg ada 2 siap bekerja lg tu..... jom baby 2013 alya !! :))
nad said…
saya pulak no3 biar la baby nayli beso dulu..biar jarak2 cam dgn abangnye, huhu!

tp rezki tu Allah bagi, kalu cepat takkan nak tolak plak kan?

niadel seronok ada baby kecik ye, hihi
sweet jek dorang!
Elyn Sani said…
at least ko dh ade 2 dr aku yg masih setia dgn satu ni! jenuh nk menjawab smp dikata aku mandul lak. haih mulut org mmg x le nk budget kan. sebaik la aku ni hati kering so buat derk je la. bkn takmau, tapi Dia lai tahu tahap kemampuan aku cemana. .. . . .
nome said…
lalink...tak bleh view plak video kamooo...but its ok...tgk gambo pun dah menceritakan segalanya...

aku sokong statement kamoo...mengandung heaven! banak pun ok...time pantang..sendiri mau ingat la yer..byk faktor kena pikir...

but paling suker bile kamoo tulis "Allah takkan bagi sesuatu diluar kemampuan kita" SUPER BEST STATEMENT NIH...betul sgt2...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber