hari isnin tu aku dok busy dgn nia punya sports day, same goes with my family. satu lagi peristiwa penting bakal berlaku. previous entry yg aku cerita pasal adik aku ainal warded tuh. dia kena refer kat IJN dan doktor menasihatkan supaya trreatment dilakukan segera. so tarikh nya pada 17july, selasa. isnin ainal check in. aku tak pegi IJN haritu sebab cam dah lewat petang. sebab masa tu aku ke setiawangsa. ada apa dengan setiawangsa? later mak jemah cerita ye.
malam tu, ayah tunggu ainal. meanwhile akmal bawak mak dgn along aku balik rumah aku. so double risks disini. banyak kerisauan yang bersarang dalam kepala otak kitorg. ainal yang nak go for surgery and mak buyung yang sarat mengandung. fuh! tapi aku lebih risaukan along aku ni. sebab dia dibawah pengawasan aku. mak pak aku sah2 risau ke ainal. kitorang ni kalau nak beranak mak nak kena ada disisi selain laki. :D daing of course la kerja kat kedah nun. bila tiba masa zass balik. same method mcm wan jugak la. risau jugak lah kot baby AA nak dapat IC KL kan.
malam tu tido2 ayam kami2 ni. ainal 1st patient yang akan di operate. so mak aku kena ada kat sana awal. pukul 4 pagi mak dah bangun. mak aku pegi dgn akmal dulu pukul 5 pagi sebab nak elakkan hazab jem tu. aku lak gerak kul 7.30pagi. hantar niadel, bawak akak aku makan pagi then off to the hospital. sampai dalam kul 9.30 pagi. jem lah kan.masa ni ainal dah masuk..
dah dapat label puasa since malam tuh.
kerisauan seorang mak..
ok, time to change. nasib baju bukan kaler hijau ye nal..
dalam ni lah ainal punya procedure dijalankan. makmal invasif kardiak. sebab dia bukan operation. masuk camera kat both peha and doktor akan potong saraf yang terlebih tuh. mak ayah aku suspen menunggu.
di ruang menunggu. level ni ada makmal yang ainal masuk tuh and cardiac care unit (CCU).
quote written at the waiting area.
doktor kata prosedur ni amik masa sejam je. tapi cam drag lebih 2 jam. maka ada rasa suspen lebih la. ada problem ke? kejap2 kitorg jenguk kat dalam ni. then dengar mcm ada bunyi stretcher, tu mak ayah aku jenguk. nampak ainal dah keluar.
lega gila bila nampak dia dah keluar. aik, sedar? baru nak dramatic sikit kot bius full body ke kan. rupanya dia sedar all the way.
alhamdulillah selesai, selamat, cured. siap boleh buat peace bagai. ni nak tolak ke wad dah.
6 jam tak boleh bangun. nak melepas hajat kat situ gak. ni masa ayah aku baca doa selesai semua. risau kan post-op pulak.
antara yang paling happy of course lah his twin bro. masa sebelum surgery tuh, menangis dia weh.
kitorg keluar lunch jap then datang balik ngam2 6 jam after, nurse cek terus dia bangun. lepas 24jam tak makan terus makan apa yang ada. ainal selesai, yang atas katil tu pulak dirisaukan.
malam tu ayah aku gak tunggu, aku bawak balik mak dgn along aku. akmal dah kena balik perak sebab kerja esok nya. esok nya rabu aku apply half day lagi sebab nak tunggu sampai adik aku discharge. and nak hantar along dgn mak aku. ni masa nak discharge. sepatutnya discharge kul 2. tapi mmg efisyen IJN ni, kul 11 nurse dah datang bagi release letter. terus je patient yang bangun dulu sebab penat tido katanya.
lesson learned. 2 hari berada di IJN rasa terbukak mata. sedar diri. kebanyakan patient yang ada kat sini selain dari jantung diorg mmg problem sejak lahir, punca utama yang mendorong kepada sakit jantung adalam faktor pemakanan. kat sini ada rakan IJN. maknanya ex-patient yang penah dapatkan rawatan jantung akan datang dari katil ke katil bagi nasihat and cerita pengalaman dia. mmg seram dengar nya. so, mari lah kita kawal pemakanan kita. amalkan pemakanan yg sihat. :)
alhamdulillah selesai another episode.
kitorang belum pernah experience this kind of situation antara adik
beradik. so bila benda ni jadi ikatan adik beradik tu jadi lagi kuat.
susah senang bersama. syukur ainal dah fully cured.
Comments
semoga adik akak sihat ye
Mmg membangkitkan keinsafan bila berada kt wad..ritu membe ku ms zaman kanak2 kt CCU..alhamdulillah dh selamat di operate..:-)