masalah dari apartment ke double storey ni adalah letih turun naik tangga. minggu pertama pindah mmg tak boleh terima hakikat lagi. becinta nak turun naik. rasa macam, kenapala aku beli rumah 2 tingkat. tapi itu hanyalah kejutan budaya.
sekarang ni dah biasa. dah boleh plan bila turun nak bawak apa bila naik kena amik apa supaya tidak berlaku turun naik tangga dalam masa selang 5 minit. niadel pun so far tak jakun dengan tangga lagi. orang dok risau bab tu. siap suruh beli safety gate. tapi so far diorang ok je.
kalau kitorg kat bawah tgh tgk tv, nia ok je bole duduk bilik dia buat ulangkaji ke memunggah ke main ke. takde la all the time diorang kena ada depan mata. macam semalam aku dengan wan sibuk DIY pasang cabinet diorang, dia elok je duduk bawah minum susu bila aku turun, eh tidur sudah.
kalau adel toksah cakap la, 24/7 nak duduk kat mama. kalau bole nak masuk dalam perut balik. berbalik kepada tajuk entry, aku sekarang tgh nak puasa ganti. sepatutnya hari isnin dah start tapi tak terbabangun. hari selasa sedar pukul 5 tapi takut pulak nak turun bawak sorang2.
untuk sape yang tak tau, aku punya tahap penakut ni boleh tahan jugak la. dah jem camne la aku nak sahur minggu ni dengan minggu depan. nak jadi cite malam tadi nia tido awal while aku settlekan bilik nia bila papa dah siap pasang kabinet. dalam pukul 1 gitu ingat nak turun bawah buat air nak sahur. tak terturun ko. takut.
aku pun continue bukak kotak kat bilik 1 lagi. sekali tgk nia bangun! elok je bejalan pegi dekat mama. dia mintak susu. cantik lah ada gang. ajak nia turun bawah. bukak tv suruh dia minum susu kat bawah. tetiba tengah aku makan biskut cecah nigella tu, nampak nia tuju ke tangga.
mama : nia nak pegi mana?
nia : nak tido kat atas
mama : kejap la nia teman mama minum kejap
nia : nia ngantuk lah
mama : japgi mama dukung naik atas..
nia : (tak becakap terus buat muka monyok baring kat sofa)
heheheheh... teruk tak? maka harini berpuasa la aku. malam kang sape lak nak teman sahur? adeh....
basically settle dah bilik niadel. tunggu katil sampai je minggu ni then complete.
ni lah item yang aku beli kat ikea tuh. cabinet letak baju. cabinet letak buku and toy storage. aku rasa macam banyak je buku aku beli untuk nia. sekali 1 shelf pun tak sampai. hahahah... almari lama transfer kat bilik 1 lagi.
sediakan ruang nak letak katil. nak letak katil queen size mmg tak muat lah. so kitorg beli single bed yang bole pull out kat bawah. senang nanti nia tido, kalau jatuh, jatuh atas adel. adel tido, kalau jatuh, jatuh atas lantai. hahahaha. kot mau tido bilik sendiri. oh btw, k.iela, rumah kitorg mmg takde aircond sejak duduk menyewa so bebudak dah biasa tido berkipas je. :) so rumah baru ni sebijik aircond pun belum ada lagi. plug point je ada. hehehe
kalau bilik niadel konsep furniture putih. katil nanti pun putih. bilik 1 lagi konsep nye coklat. padahal semua almari lama campak ke sini. haahah.. kotak yang ada tu ada baju untuk didermakan and tudung aku yang aku tak tau nak simpan macam mana. kena beli penyangkut baju baru la nampaknya.
dalam nak mencari kekuatan turun bawah nak bersahur, hampir selesai unpack barang. lega...
Comments
oh, bilik niadel manjang jer... simple je kan... mcm tk byk brg jer.. bilik Likha byk dgn box2 ikea tu sorok celah wardrobe, box2 tu penuh baju2 baby die dulu.. hurmmm tkthu nak simpan smpi bila hehehe...
slmt berpuasa !! zte lg 1.5 hari tinggal.... hiksss
weh..brg2 ikea ko tue taruk dlm keta muat kan?
zte : hahaha mmg teruk punya tahap penakut ni zte. mmg tak banyak barang pun. cuma wardrobe lama letak kat bilik sebelah nanti dah tak sama tema pulak. ewah. baju2 baby semua dah donate zte. tak kuasa nak simpan dah.
huuu best2, kalau pass yg ni, ada 5 hari lg.
super like!!
aku beli tilam Queen je utk 2 org tu tido.. Klu jatuh xde la rasa brsalah sgt..
Mula2 mmg susah pisahkn tmpt tido.. Hmpir sbulan lebih gak la baru berjaya..
Gud luck untuk ko! ..
huhu.. farah pula, dl rumah ibu tarrace 3 tingkat.. tak daya nak mgemas.. tp, now umah sndr apartment jee. rase senang sikit nak ngemas dear. kecik sikit kan..
X per..nnt ko jemu ko leh adjust mn yg patut kan..lgpon ko still xabis kemas ag..:-)
mula2 bace tajuk, igtkan anak2 yg penakut!
rupe2nya mak nye ke..?
sabo je la...
cer pasang 1 lampu kat bawah 1
takde la bergelap masa sahur
takpun dh turun tu bukak tv skali
ada la dgr org ckp2 =p
rumah cantek! house warming nnt, ajak ek :)
combination color and perabot mmg kena...adore la dgn meja study tuh...
ehehe mama penakut?? =p