ahad lepas tekak dah mula rasa lain macam. kebetulan wan nak ke hospital, aku pun join sekali pegi jumpa doktor kat az-zahrah. jumpa doktor, nganga mulut je mmg dah tau lah. tonsil dah bengkak dah kua putih2 (infection). so amik ubat demam & antibiotik siap- siap.
tak yah tunggu lama, ahad malam dah demam. tapi mampu bangun lagi lah. isnin dengan selasa tu kira peak time lah. kalau dapat MC, kalau betul doktor nak bagi aku MC sehari mmg lah tak cukup. kurang- kurang 2-3 hari baru boleh settle.
demam tonsil mmg sedia maklum lah mmg stok high temp punya demam. tahap menggigil lah kan. setiap 4 jam kena makan ubat. kadang tu 3 jam je suhu badan dah 39 balik. so terpaksa telan ubat sebiji. mmg ubat doktor bagi tu, sehari boleh settle. topup dengan actifast. 3 papan actifast settle 4 hari. gila tak overdose punya drug aku amik?
tu mmg rutin lah bila dia datang serang. tapi kali ni lagi horrible. siap dgn sakit tekak yg amat. sampai tak boleh nak makan. makan je muntah. kadang tak makan pun muntah. kalau kena tonsil mmg seminggu tuh boleh kurus lah aku. sebab tak lalu jamah makanan. dok muntah je keje. muntah macam orang mengandung. sikit2 muntah, sikit2 muntah. mmg sakit. telan air pun sakit apa lagi makanan. bila dah tak makan tu, dah sakit lain pulak. gastrik la pulak. dah la ada gastrik. mmg pakej kan?
still datang ofis. tapi mmg totally flat lah. hari selasa siap pegi low yatt kejap time lunch hour collect laptop sebab mau buat kerja kat rumah. tapi blik ofis dah shaking muka biru bagai. baring kat sofa makan ubat, settle sikit terus balik rumah gi klinik fadzliyana top up ubat. cek suhu badan 39.7 lagi. padahal dah makan ubat tuh.
itu lah dia bila dah kena serangan tonsil. dan ni aku rasa serangan terburuk lah dalam rekod. anak- anak, rumah toksah ditanya lah. tunggang langgang. kadang tak mampu nak salinkan pampers pun. pagi2 tak mampu nak mandikan diorang. semua kerja rumah wan buat. aku balik keje tido aje.
bila kena tonsil ni kualiti hidup sangat lah terjejas. bukan kata tak try supplement. ramai je member aku suruh try and mmg aku cuba. tak kecik2 pun tonsil ni. demam datang jugak consistently. so tak guna lagi lah dibela tonsil ni. its time to remove. next week pegi balik az-zahrah mintak referral letter untuk refer to ENT. buat kat situ je. bila terasa tekak dah sakit tuh takut lah sangat. be prepare lah nak flat for at least 4 days.
tu lah sebab nya aku looking forward for this weekend. nak rehat je. rasa dah sihat baru boleh melayan niadel. mula lah mama mengganas balik. nia masa mama dia demam siap bagitau kat cikgu dia, bgtau mama demam, mama muntah. dah lah cikgu deme ingat aku pregnant. pulak dah. tidak lah dik oi.
ni lah stok ubat untuk seminggu. kalau sakit wan buat setong air manis untuk aku makan ubat. sebab kalau tolak dgn air kosong je, mmg keluar baliklah jawabya.
ni pun wajib ada. isotonic drink mmg aku minum kalau aku demam.
Comments
gie : thanks babe. aku ni kuat je minum air. tp selalu gak kena. huhu.
mama likha : tak update. nak menaip kat hp pun tak larat. tu yg x membebel kat sana. tidak kalu, ade je ye. hehehe... thanks :)
Jangan tangguh-tangguh tau. Kesihatan adalah salah satu perkara yang paling penting dalam hidup kita.
Semogo lekas sembuh dan pulih seperti sedia kala.
Jaga diri....