hari ni aku cuti. replacement leave keje on weekend haritu. plan asalnya nak ke PWTC nak ke MATTA fair. tapi sebenarnye tak confident nak pergi sorang. tapi teringin nak pegi. tapi tak jadi pergi. divert ke program lain. so aktiviti yang dapat dilaksanakan pada hari ini adalah seperti berikut :
pagi keluar macam biasa macam pergi kerja, ke kids clinic. adel selsema, batuk. again. top up stock ubat. semua under control. biasalah adel, senang sangat berjangkit kalau ada budak selsema. kuat sikit antibodi tu adel!
settle kat klinik, terus hantar niadel ke taska. nia nak keluar rumah tadi, mintak nak bawak cookies. katanya nak bagi kawan2. habis cookies mama dia sedekah ke kawan2 dia. ada potluck gamaknya harini ye. tu setong cips ahoy cookies untuk kawan2 dia..
lokasi seterusnya, ke bangi. harini fareeda ada crazy purple day. wear purple and we can get discount for every purchase. mmg harga menjunam la. tu bila sampai, keadaan dah huru hara. ramai betul orang. tak nak lepas peluang. alang dah cuti tak boleh lah kalau tak singgah ye tak?
aku tak pernah pegi fareeda sale ni. so tak tau camne prosedur dia. rupanya kena amik no giliran. and masuk ikut group. each group diberi 20minit untuk membeli. kisahnya ye. penangan betul. nasib lah tak menunggu lama. tapi 20 minit tu rasa laju je bila nak memilih. sementara aku menunggu tuh sembang2 lah dengan orang sebelah. ada yang dari lembah pantai, dari shah alam. yang paling aku tekujat makcik tu dari kuantan. pergh, dasat betul! lepas tu ada pulak sorang ni tergur tanya aku ni dealer fareeda ke. aku eh kenapakah? rupanya dia nak beli tudung yg aku tengah pakai tuh. kalau aku nak jual, dia nak beli. sebab dia mmg nak sangat kaler tuh. aku tergamam kejap. gitu sekali ye? hahaha
live telecast dengan member yang mengirim. gigih!
selesey di fareeda, roger dgn gang aku, janji nak lunch sama kat sunway. so terus je ke sunway ikut kesas. kejap je sampai. tak jem. kul 12 dah sampai. so terus buat reservation kat shogun. best makan kat sini, buffet style, lots of choices, harga murah, siap ada 30% discount lagi tadi. abang, makan kat chillis 1 meal je dah RM60. sini buffet RM60. tak ke lagi best? ;) tu pinggan aku. macam- macam ada. ketam, kupang, lala, oyster, pasta, nasi, sutun. macam- macam lah. makanan2 yg menambahkan kolestrol.
round seterusnya. tak banyak makan kali ni. huhuhu...
aktiviti seterusnya mencari prep&prime untuk lips. aku nye dah habis. itujelah makeup yg cepat habis. so singgah MAC membeli dan mencuba lipstick2 yang ada. kakak aieza membeli juga.
kebetulan ada lucky draw, pilih 1 bola ping pong dapat ini. glove MAC? buat basuh jamban? apa relevan nya dengan MAC? tak paham. tapi amik aje.
aktiviti terakhir pada harini adalah site-house visit. mmg cepat diorg ni buat keje. lompong dah bilik niadel kat atas. dapur dah letak brick.
family area kat tingkat atas pun dah nampak. bakal jadi tempat berkubang esok ni. maka, kepada badang2 sekalian, terdiri daripada badang ainal, badang akmal, badang asyran, dan badang amalina, bersiap sedia lah korang end of april or early may ye untuk jadi movers kitorg. mana nak start pack pun tak tau ni.
aktiviti terakhir semestinya aktiviti sepanjang hayat, jadi mak lah. amik niadel kul 5 tadi. nia teruja betul. dia cakap 'mama amik nia siang ke? bukan malam' ater, selalu amik diorg dah gelap gelita kat luar.
sekian aktiviti santai harini. walaupun kena kehulu hilir, kesana sini, tapi tak rasa penat dan stress berbanding dengan duduk kat ofis 8 jam tak bergerak kemana. sebab duduk ofis pakai otak. bila otak berkerja lagi penat. dan jugak stress.
Comments
ehem hndbag beli kt hk ke tu llalallaa
1 lg.. rmh reno atas bawah depan blkg ek?? cayalah...mmg besor giler la rmh korang
ha'ah kak. saya tak cakap eh? igt wan ada cite kat momok masa jumpa tuh. takde lah besar kak. saya rumah akak besar lg. :)
sis nak tanya la..shogun tu pkl bape lunch hour utk buffet?sbb tgk kt website diorg mcm xde je..
pastu dia mmg ada tampal logo halal ke?sbb my fren kata mcm x halal..kitaorg ingt nk g... :)
thanks