menunggu orang beranak, perasaan dia tak sama dgn yang tengah beranak. yang tengah beranak, fikir camne nak over calm contraction yang datang dan fikirkan camne nak harung kesakitan nak beranak tuh. unlike kita sebagai kawan or family member yang menunggu kawan / family member kita nak bersalin, perasaan suspen tu sama banyak jugak dgn perasaan orang nak beranak ni.
macam- macam spekulasi lah kalau tak dapat kabar berita. yang easy access mcm kalau bersalin kat private, bole bawak hp dalam LR bole la kot, live telecast, 1cm...2cm...sedang menahan sakit yang amat...and so on... update status kat twitter / fb. yg tak easy access tu yg kita lemah sikit tuh. dah ke? belum ke? selamat dah ke?
time tu lah rasa, kan bagus kalau aku ada no laki dia, bole call laki dia terus. hahahaha.. most of my best friend mmg dah kenal lah laki diorg. yang tak bape rapat tu melangut lah tgk fb / twitter status. or tunggu sms je. hehehe...
macam tu lah jugak sessi berdebar menunggu nome nak deliver. dari 1st induce, masuk 2nd induce, dari tak sakit, sampai sakit. dari 2cm, masuk 4cm. lepas tu dah senyap terus. mulalah gundah gulana. bukan family member ni. kalau akak aku besalin esok, harus aku video call dgn dia. hahahah...
dok lah kelek hp, sampai wan cakap, "apa masalah nya, bia je lah org tu nak beranak." hahahah.. diorg mana ada rasa eager nak tau kan. kalau ada member beranak, bagi tau "wife momok (sekadar contoh ye kak iela. ;)) dah bersalin baby girl / boy" soalan seterusnya confirm takde jawapan. bape kilo? besalin kat mana? normal ke operate? jangan harap lah akan ada jawapan. dah bersalin tu kira dah cukup lah bagi kaum lelaki.
kita ni, bila dpt SMS, alhamdulillah... dah selamat melahirkan bayi.... haaaa.. tunggu je lah kita punya reply kat orang tu. mcm polis pencen lah. bape jam sakit, koyak tak? jahit banyak tak. sampai tahap mcm tu lah bertanya. hahahaha...
alhamdulillah, nome selamat melahirkan baby boy yang diberi nama ARYAN AFEEF. dari sebelum aryan keluar, kitorg (aku and aieza) dah pay visit kat nome. dia kena admitted due to high BP. so cukup 36weeks, kena induced. dah selamat deliver, mmg tak dapat further info perihal peristiwa melahirkan aryan, sampai lah kitorg (aku & aieza again) pay visit nome kat hospital tadi. kitorg masih tak dapat tgk baby aryan, sebab aryan lahir dengan berat 1.9kg. so kena tahan dalam NICU.
so tadi dapat tgk pintu NICU je sebab parents baby je boleh masuk tgk baby. aryan pun sihat. cuma nak kena gain weight je before bole discharge. nome pun nampak dah boleh bangun. tak lama lagi boleh discharge. congratulations nome, faizal & kakak aleesya atas kehadiran aryan afeef. sepasang dah anak korang ye.
teringin jugak. tapi tadi, bila buat sessi lawatan kat ward bersalin, lemas perut, nervous pun ada. camni aku sakit tak tentu arah dulu eh masa beranak. kira terror gak lah aku tahan sakit. hahaha.. tapi aku tgk orang sakit nak beranak, jalan besepah aku yang cuak rasa cukup lah 2. mng terbayang lah bila aieza tunjuk, ni bilik induce, ada sorang ni baru lepas kena seluk buat VE. eiii, serem aku! tak leh jalan2 kat wad bersalin dah. pas ni, nak visit orang, terus pegi bilik diorang. lemas perut dibuat nya. hahahaha...
again, congratulations nome! ok, next giliran sape? sila amik nombor... ;)
ni masa melawat nome sebelum dia deliver. bila cakap je nak datang, laju je dia makeup. ya ampun, nak beranak, selain barang mak dan baby, barang makeup tak tinggal ye! sabojelah..
ni masa visit tadi. kenapa aku greyscale kan? menghormati ibu yang baru lepas bersalin. hehehe...
jenguk NICU. tgk dari luar je lah. nak amik gambar pun tak boleh. even ibu dia pun belum dapat tgk muka baby. masa lepas operation tu je dapat tgk. tu pun dalam keadaan mamai.
partner in crime. kalau seposkod, insyaAllah kitorg sampai. hahahah... ha tu nak cakap muka aku tembam la tuh. jangan salahkan aku ye, salah kan tudung. :p
updated : dapat MMS dari nome. inilah dia gerangan nya aryan afeef. agree with bed, hidung terletak. comel sangat. macam kakak dia masa baby dulu. membesar dengan sihat ye sayang. boleh cepat balik rumah.
updated : dapat MMS dari nome. inilah dia gerangan nya aryan afeef. agree with bed, hidung terletak. comel sangat. macam kakak dia masa baby dulu. membesar dengan sihat ye sayang. boleh cepat balik rumah.
Comments
anyway, congrats again nome! Selamat berpantang...!
Bila laa dpt jumpa baby aryan agaknya..
sedap nama baby boy aryan afeef :)