Skip to main content

afad & faris wedding

sabtu tengah hari, terus gerak pegi kuala selangor. wedding sepupu. so far, kalau wedding sepupu- sepapat ni tak pernah miss lagi lah. cuba sehabis baik utk attend. nanti kalau tak datang, dengar dialog cikgu rokiah "ko kawen haritu, diorg datang tau dik" hah begitu lah. bukan lah indicator nya kalau diorg dtg wedding aku baru aku pegi wedding diorg. aku ok je. lagi pulak family kan. wajib lah datang.

rasa nya aku yang paling lambat sekali kategori family member yang sampai. sengih2 sumbing sikit, sembang- sembang sikit, ok dah la. hehehe.. sebab ada 2 pengantin, 2 beradik naik pelamin, mmg happening lah majlis. orang ramai sampai ke petang. meriah sangat. elok macam ni kalau ramai adik beradik. kalau sorang pakcik tu ada 6 anak, jenuh 6 kali repeat. so better combine. adik kembar aku tu paham- paham lah ye. molek jugak naik pelamin serentak. cut cost namanya. 

gitu gini, kul 6.30 petang kitorg pun mintak diri dulu. nak balik awal takut, dah la datang lambat, nak balik awal. sedar diri ye. :) terus je balik rumah sebab migraine datang menyerang. lately kerap pulak kena. tekanan perasaan gamaknya. kerja dgn stress dgn niadel. apa pun, kena belajar kawal stress. to afad & baby, congrats on your wedding. moga kekal bahagia hingga hujung nyawa. adat berumah tangga ada pasang surutnya. tapi tu yang buatkan ikatan suami isteri makin kuat. ewah! dengar lah org yg berpengalaman sangat ni. padahal baru nak masuk 5 tahun. :)

ini wife nye baby, aimie namanya. aku rasa janggal panggil baby dgn namanya. tapi aku rasa janggal jugak menulis baby kat sini. kahhhhhhhh... nama 'baby' itu faris. kapeten faris. tak sempat tgk diorg lalu bawah pedang. tu lah, sape suruh datang lambat?

nia kalau orang ramai, nak melekap ajelah dgn mama. lepas tu mesti kena buli dgn sedara- mara. tu 2 pupu nia nak mintak kerepek pisang yang bawah ketiak nia. dia kata tu dia punya. suka hati je, rembat se tupperware.

dah habis tayang muka kat luar, duduk dalam rumah pulak. niadel mengacau baby irdina. dua pupu diorg gak ni. macam ni korang nak beradik ye? dihenjut nye buai nyaris buntut irdina nak kena lantai. kuuusss semangat!

mak nye irdina. kakak pengantin. apaknye pesan, letak gambar irdina dalam blog nayville. aku letak gambar maknye sekali. :)

bila tetamu dah reda, kul 5 lebih tu, baru bergambar dengan pengantin atas pelamin.

dengan keluarga pengantin

kitorg pun tumpang amik gambar dengan pengantin. makyong aku tanya "ko dah takde baju kurung ke dik?"  errmmmmmm :)

to ita & aimie, welcome to our family!

Comments

Ztee_Azwanis said…
haha tkleh blah ayat ''tekanan perasaan gamaknyer'' kihkih..


wedding ni bt kt mne alya? dewan ke.. besorrr pelamin nyer mcm luas sgt tmpt tu eh tp tk tggi mcm atas stage ? :)
izzahazfar said…
stress eh kak anak nak membesor?

zah pun lately gastrik dan magrain mai sekali..susah hati betul.
Iela Fazielah said…
cantiknyer.... besar pelamin dia... dan..kombinasi warna yg sgt2 menarik
pyan&izma said…
wah2..dah masuk blog yang famous ni...if ramai lagi kan best..kasi runtuh stage tu...
Mrs. Simplicity said…
mama likha : nasib tak tulis tekanan hidup. over sikit. :p pelamin dgn tempat makan vip buat kat dewan. dewan tu opposite dengan rumah pengantin je. so senang kan. rumah tak kacau. :)

izzah : itu lah dia zah, stress nak handle niadel. sabar tu tak cukup tinggi. tu stress tuh. huhu..

k.iela : door gift dia yaasin kak, pun combination ijau dgn pink. sweet gitu :)

pyan : tu org sikit dah ada insiden, kalau ramai lagi, mau pelamin anganku musnah. kahhhhhhhhh
Anis said…
sama la kite. dh x reti nk pakai baju kurung gi wedding. hahaha. xpe...modern! hehehehe
Mrs. Simplicity said…
anis : aku rasa nanti raya wan mesti suruh aku beli sepasang je baju. sebab pakai sekali tu je time raya. hehehe...
shark said…
syok pi kenuri..leh makan nasik minyak sama ayam masak merah :)
Iryani Noor said…
suke la baju pink penganting tu..
congratss to both of them..
selamat pengantin baru..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...