haish, takde mood nak update blog. adel demam pulak lepas potong kek malam tadi. patut masuk ofis harini, tak pergi la nampaknya. kot malam kang nak pegi ke tgk la dulu. berbelah bahagi. kerja kat ofis dengan anak demam. haish... panjang mengeluh kali ni. esok confirm kena berkampung kat ofis.
so, this year punya kek aku order dgn Special Sugar. camne dapat contact? owner dia add aku kat instagram dari situ nampak semua hasil kerja dia. saja tanya lokasi kat mana. sekali dia cakap belakang minlon / macy serdang. alahai, 5 minit je dari ofis. so terus booked order dgn dia. kali ni aku order rainbow cake. buttercake. kalau cream cheese sure lagi sedap. dan of course lagi pricey. ikutkan nak order red velvet cake, tapi takut niadel tak makan. and size RV cake besar compare to rainbow cake. rainbow cake ni 6inci je.
jumaat lepas (semalam) ada lunch date dengan lin. patut elyn join, tapi anak dia demam. musim anak demam lah sekarang ni. risau2. dah settle lunch sama2 tuh bole pulak makcik leen ni belikan present utk adel. aku rasa mcm dah celebrate bday adel je tapi adel nye takde. heheh.. onbehalf of adel, thanks so much weh.
masuk ofis kul 2.30, kul 4 cabut keluar balik amik cake kat rumah akak tuh. simpan dalam fridge office then kul 7 balik rumah. masa nak tapau ayamas, nampak sebelah tu ada kedai bunga, terbayang pulak muka aunty noran niadel ni, adik bagi apa kat adel? memula takde la rasa nak beli apa2. tapi mcm alahai, beli lah bear dengan coklat. hehehe..
so malam tadi, sessi potong kek. malam nya tido2 ayam sebab monitor adel. masih ada demam lagi. tapi suhu tak cecah 38. tak bawak ke klinik pun sebab paracetamol melambak lagi. hope mmg demam saja lah. takmmo drag. mama super busy next week. tak boleh tak datang kerja. adel demam beralih tahun kot. then nampak ada gigi besar nak keluar.
dah lama nak ber johnnys dgn lin ni, baru semalam dapat jumpa.
nak keluar dgn cik nayville, pakai comey2 eh, cik nayville ni akan snap apa saja. kena standby mode sentiasa. :p
next time kena take note, kalau keluar dgn dia ni, kena pakai heels or wedges yg paling tinggi. rasa ketot benar aku bila jalan dgn dia. thanks lin, next outing, on aku pulak eh.
present utk adel from aunty lin
kek diorder disini...
comel kan kek dia simple je.. perasaan butter cake. nanti tgk rupa dalam pulak.
birthday girl candle ni aku beli kat living cabin jusco balakong masa date dgn lin tu. sebab tau, cake dia simple, so saja beli lilin tuh. maka bole pakai 7 keturunan.
ready to blow the candle...
nia kalau suruh buat homework monyok. kalau bab happy birthday ni dia yg over excited. tgh nyanyi lagu birthday. adel dah dedar2 dah time ni.
present from mama, papa dgn kakak nia. boleh la kan adel dari takde. hehehe.. eh, kan dah bawak jumpa mickey mouse itu hari :)
bear yg bernama ciki. present from aunty leen. ha dah berebut. nia pun adelah. aunty ryn bagi kan yg mama beli? nan ado!
the cake. aku order rainbow cake.
the colorful cake. suka2. rasa pun sedap. nia kiss adel.
get well soon adel!
i love Hong Kong giveaway dah pun berakhir semalam. thanks so much utk korang yg sudi join, will announce the winner very soon. juri tgh review comment lagi. yang bertuah pun akan dicabut undinya dalam masa terekat. sekian, terima kasih :)
Comments
Alya demam beralih umur dan tumbuh gigi la tu...
Get well soon adel...
moga demam adel tk bpanjangan yer.. selalu updet kt twitter yer mamanyer adel !
bestnye kek..colourful!confem sedap!
amboi, nia...kemain pakai jam kat siku, haha!hebat! =p
sue zainun : itu lah dia. hati ni terus rasa tak best. amin, mudah2an adel demam biasa je. thanks.
jue : thanks jue. tu lah dia, bole pulak lupa nak pakai wedges. cis! :p
mama likha : haish, jgn sebut pasal HK kek likha tuh. ralat kempunan sampai sekarang! huhu.. orait, roger! *seharian tak twitter bukan kita lah* ;)
nad : hahahaha.. lupa nak caption pasal jam kat siku tuh. nad dah nampak eh. tu lah, apa gaya tak tau lah. terlebih teruja gamaknya. :p
suke tgk kaler die..
boleh la nak menempah utk anak dara ku esok...lagipun betol2 dekat ngan umah mak :)
wah meriah betul kek :)
leen : aku skang kena freeze nak beli kehendak2. bila nak beli tuh, terbayang langsir rumah, kitchen cabinet. terus terbantut. so try kat situ je lah. hahahaha
ina : bole lah. rasa kek biasa. smlm aku paksa mak ayah dgn yan makan. tp tak habis2 jugek! huhuh
nome : mmg dekat je umah akak tu mie. kat bayu court yard home lepas petronas itu. :D
anisalya : yeke? happy bithday to your daughter or son nih? :)
tinie : tu lah dia, colorful gitu. thanks beb!
masya : not bad rasa dia :)
cake yang cun .... aku teringin weiii