start dengan ahad lepas, wan yg demam. teruk gak tengok rupanya. so, mmg dia melepek je lah 2,3, 4,5 hari ni. ahad tu gi az-zahrah nak amik ubat. alang tu, niadel pun jumpa doktor sekali sebab batuk diorg tak settle2 lg. tapi doktor kata ventolin takde stok pulak. yg ada ubat batuk biasa, yg kalau diorg makan, mmg batuk akan jadi lagi teruk. mmg aku kenal lah ubat2 yg diorg serasi dgn tak ni. sebab free, belasah je lah.
ondway ke klinik. sbb kat rumah dok main je, masuk kereta tidur terus sampai lah jumpa doktor.
balik rumah diorg ok2 je lagi.
isnin aku pegi kerja cam biasa, aku hantar niadel. wan on MC lagi. balik keje malam tu, aku lah entertain budak2 since papanya demam. sudahnya kitorg 3 beranak tido kat depan tv. then aku terjaga pukul 5 pagi, aku dah rasa mcm aku lak nak demam. so bangun, cepat2 makan actifast. then tak boleh nak tido dah. rasa badan menggigil sejuk. then saja lah pegang niadel. aku rasa diorg nye badan pun panas. aduhai, serentak kitorg ber3 demam. so pagi tu, sebelum masuk ofis, bawak niadel ke kids clinic.
surprisingly, diorg nye suhu agak tinggi. adel nye suhu 38.7, nia lak 39.1. maka 2-2 kena masuk ubat insert time tuh gak. for the record, nia mmg dah lama gila tak demam. last sekali demam masa raya tahun 2010. so mmg nak kena lah kan. serentak pulak dgn adel. ni mmg 1st experince aku lah, handle anak sakit serentak. 1st experience jugak, dengan aku2 sekali sakit. so, tak jadi hantar diorg ke nursery. balik rumah dulu. bagi diorg makan ubat dulu. ingat aku nak masuk ofis lps lunch. dalam kul 11.30 tuh hantar diorg ke nursery sebab aku lak nak gi klinik. nak gi klinik bawak diorg yg mmg tgh lembik, mmg tak daya lah. sebab aku pun mmg tak daya masa tuh.
bila aku jumpa doktor, terus dapat MC. mmg dah gigil2 masa tuh. tak tahan dah rasanya. tp pegi jugak ofis sebab ada keje kena buat. tapi masuk ofis dah mcm hape je aku. ofis sejuk kan. so nak menaip pun mmg tak larat. aku pass keje kat assistant aku, mintak tolong dia settlekan. aku terus balik rehat. nak amik niadel mmg tak daya. then dlm kul 5 tuh, aku call nursery tanya niadel camne? ain kata adel ok kak, nia lah demam. adeh.
terus bangun amik niadel. diorg kena makan ubat every 4hrs. kalau tak makan, alamatnya badan panaslah balik. so malam tu, aku tak tido lah. dok monitor suhu diorg be2. ikut badan mmg tak daya sgt. tp anak demam lagi aku risau.
semalam, aku MC lagi sehari. aku tak hantar niadel kat nursery. duduk dengan aku. demam diorg pun on off lg. nia lah paling teruk. tak jumpa suhu 37 pun. dok kat 38 je. aku pun sama gak. every 4hrs kena makan ubat.
bila dah makan ubat, suhu diorg turun lah sikit. adel ok lagi dari nia. adel aku bagi ubat setiap 6jam dah. lepas tu apa lagi, sesi buli mama lah. mintak macam2. aku melepek je lah tgk diorg nye pe'el janji tak gaduh tak nangis.
malam tadi, baru lah suhu badan aku turun ke 37.8. kalau tak, 38 saja. tekak ni dah payau nak makan ubat. rasa nak termuntah je.
nia malam tadi, badan panas balik. tgk mata pun dah merah. tapi aku tak masuk ubat bontot pun. bagi ubat makan cam biasa. sebab dia senang nak bagi ubat. malam tadi pun tido2 ayam kat ruang tamu monitor suhu diorg. sempat jugak aku bangun makan ubat sbb esok (harini) nak masuk ofis. then bangun pukul 2 bagi nia makan ubat demam. adel aku tak bg sebab suhu badan dia 36.8. means ok lah.
pagi tadi, bangun tido, nia nye suhu 36.4, adel lak panas 38.1. tak terhandle pulak rasanya bila kena betul2 monitor 2-2 anak yg tak sihat ni. so bagi adel ubat sebelum hantar gi nursery tadi. masa hantar nia aku pesan kat nursery tolong bg ubat kat niadel kul 12.30 dgn 4.30. sat gi nak remind diorg. kalau lewat bg ubat takut badan panas.
sakit tuh menghapus dosa. hope aku bole kuatkan badan untuk jaga anak2 aku so that diorg cepat sembuh. mmg aku restless la sekarang ni. badan sakit2. tido pun tak menentu. badan pun lemah lagi. esok, follow up balik kat kids clinic tuh. oh, btw, even badan rasa lemah lagi, tp hati tak sabar sangat nak balik kampung esok. kali ni turn balik perak. bila balik kampung, ada extra hands yg bole tolong aku jaga niadel. ada proper foods yg mak masak. tak sabar! korang doakanlah aku, nia and adel cepat sembuh ye. thanks..
Comments
moga cepat sembuh ye
hati2 bile balik kampung yer...sure ko tak sabar kan? :D
papa die dh oke blum ?