Skip to main content

suka kerja sekarang, tapi...

korang tau tak aku tak penah lompat kerja? sekali interview lepas grad then terus dpt kerja. tak fikir panjang terus grab. dah la masa tu tgh bercinta. so gedik la nak keluar perak kan. mastautin kat KL, freedom skit. :p ok, merapu sudah. ok, jom cerita kenapa...

kenapa aku choose accounting? senang je, kat mana2 company mesti kena buat account, so kena la ada org account. bila semua tempat ada, maka market pun luas la utk accounting students ni. sebab lain aku suka, well actually dulu tak de la suka pun. masa sekolah dulu takde interest kat apa2 course la. so go with the flow je. result PMR tak best masa tu, takde la dpt masuk science stream. alhamdulillah lah, i made a right choice bila accounting serasi dengan jiwa. bila buat benda kita minat ni kita tak merungut. tapi kalau dah betimbun kerja, ada gak merungut disitu. :p

distance. office dgn rumah mmg dekat. so tu main criteria la. senang nak pegi tgk anak2 kalau ada apa2 urgent. pada aku, bia aku yg dkt dgn umah, wan takpe dia nak keja luar daerah.

sebab lain lagi, company aku ni flexible. takde punch in punch out. mmg lemak ber krim la memasing. termasuk lah aku. tp aku rasa tak kisah kot sebab janji kerja yg kerna buat tu, dibuat. kalau niadel sakit ke, bole aku pegi keluar2 kejap.

sebab lain semestinya aku tak perlu kemana- mana. i mean, duduk je kat meja ko buat kerja. kalau perlu keluar pun within klang valley je. kalau keje govt servant merata kena kerja and kursus ye tak? kalau aku ada training pun within kl je. 

tapi..........

bila jawatan dah tinggi sikit, mula la bos nak suruh ke luar. ke branch office la pulak. kalau kat semenanjung, harus aku angkut wan dgn niadel. tapi ni kat bintulu la pulak. for the record, tak penah la outstation lagi. but this time, mmg kena pegi. mungkin lepas ni, ada lagi beberapa siri jelajah ke bintulu office. 

hati ni tak la gundah gulana mana, sebab niadel dah besar sikit kan. tp aku rasa wan yg gundah gulana. memula dia tak bagi pegi. tapi mana boleh, kerja kot kan. mcm mana la dia nak kena handle niadel 2 hari eh. especially malam la. tp lately, niadel quite bonding la dgn papa diorg. tp bila part cranky tu cari mama gak. hopefully papa tak bagi niadel cranky so niadel pun happy2 je duduk dgn papa. cuma risau kat adel la. adel ni, mmg jenis besidai je dekat kaki aku even kat umah. tapi kadang bila tgk papa takde mesti dia papa ane? mama, mama..papa ane? comel eh? 

dah dpt itinerary. will fly on next thursday, balik pulak jumaat lewat petang. setakat ni, takde perasaan risau ke sedih ke. ok2 je. ok punya lah kan, insyaAllah.. ala 1 malam je pun. abis apsal aku membebel panjang kat entry ni? risau la ni kan. ye lah, belum penah sekali pun tak tido dgn niadel. hopefully papa ada kesabaran yg extra masa mama takde so bole handle anak2 dgn penuh sabar. agak2, kalau rasa nak marah tuh, papa bole tgk fb mama, cerita anak main lipstick mak tu eh? bole? :p

pada survey yg aku buat hasil perbincangan dgn kelab mak2 sedunia, orang lelaki ni pada nature nye kurang alert. contoh senang kalau tgk tv, kita mintak tolong tgk anak, dia toleh sekali then sambung tgk tv. banyak tgk tv dari tgk anak. kalau anak jatuh ke apa, baru nak pegi tgk. sekadar contoh ye bang :p

beza dgn kita- kita ni, kita boleh buat banyak benda dlm 1 masa. kalau tgh bagi makan anak sorg ni, mata tu tak lepas jugak tgk anak sorg lagi. kot melompat ke apa ke. tangan bole buat kerja, mata pun alert jugak. kira kalau nak fokus tgk soffiya tu takde lah, sebab yg penting anak2. sekadar contoh jugak :p

mungkin sebab sisuami tau, siisteri ada bole handle semua. so sisuami ni so- so je lah. so kali ni, the father will full incharge on their kids. looking forward jugak nak tau apa jadi. :p

Comments

Anonymous said…
betul, setuju sangat, kaum bapa ni kurang prihatin sikit huhu
Salina@IbuAqil said…
betul sis, ina setuju.. ibu ni lain skit.. bapa ni mungkin fungsinya melindungi bila saat kes yg besar2 je kot.. yg kecik2 remeh temeh ni dia tau wife bleh handle kot.. hi3!! contoh anak demam.. kelompok mana yg selalunya x tdo malam?! omak2 jgk.. :D
r|nA @ ja|j|na said…
camne eh kalau kene outstation jejauh? mesti tak best sbb tak dapat pelok ciom anak² time nak tido..tp dah kerjakan, terpaksa walaupon berat hati..hope papa success with flying color jage niadel, hehe..
mostly kaum bapa cam tue kan..? but, paper pun bak kata mak jue.. bapa2 zaman sekarang lagi bagusd ari dulu yang mana boleh handle juga even bila ibunya xderr.. sebab org dulu2 mmg harapkan ibu2 jer yg jaga anaknya...
nome said…
insyAllah wan pasti boleh! kena bg moral support kat wan nih...

anak2 adalah permata hati...maka kalau kita nak marah or pukul...kena baca balik artikel pasal lipstik tuh...huhuhu
Iela Fazielah said…
jgn risau la alya..1sti time mmg risau mcmanala laki kita handle anak.. tp insyaallah..diaorg boleh... malahan lebih elert dr kita cuma jgn harapkan balik rmh berkemas or katil n pinggan mangkuk tercuci bersih.. dijamin balik dr O/S rmh tungganglanggang... tp anak... sihat malahan bertambah tembam...hehe..percayalah
Anis said…
amboi, nk kena travel je terus x suka keje ye? mana bleh. nama pun keje. gaji besar so kena la sacrifice. lain la mcm aku... aku la org plg bawah. xde staff under aku. travel pun x perlu. tp masa closing sama mcm travel gak. balik rumah anak dh di alam mimpi dh. nasib la duduk dgn mak lg. hehehehe
Elyn Sani said…
Nak je aku bebel kat komen box ko ni, tp kang ko sound suh buat entry kat blog sendirik ekkeke.

Haah bapak2 ni kalau mata dh melekat kat tv, suh tgk anak, die toleh je. Aku selalu angin bab ni!
Ztee_Azwanis said…
contoh2 yg baik..... hihi...


sebab tu lah isteri, wanita, mak ni memang dh dilahirkan mcmni.. ai.. nk ckp pun susah lah..... bila dh jd mak ni, kite tahu sndiri lah...


so kt bintulu lah ni yer.... :)
take care alya... hope niaadel oklah tu ngn papa dia..... insya allah... nasib baik adel dh baik spenuhnya...

Popular posts from this blog

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...

Tips ke MAHA 2010

semua sedia maklum, sekarang sedang berlangsungnya pameran MAHA 2010 peringkt antarabangsa. oleh sebab tapak pameran dia belakang rumah aku je, hari- hari pergi keje mesti lalu, maka kitorg pun tak lepaskan peluang kesana. tapi, entry ke sana akan menyusul lepas ni. sebab ianya masih lagi berlangsung, dan aku rasa ramai yang berminat nak pergi, aku nak share tips ke MAHA 2010 base on our own experience yesterday. ok, lihat dibawah mana tau boleh membantu. sebab masih ada seminggu lagi pameran ni. datang seawal mungkin. jangan ingat rumah ko belakang tapak pameran korang bole expect bole dapat parking dengan mudah. kitorg kua pukul 9 lebih pun, hampir sejam dapat parking. eksyen ye, konon belakang rumah je. kahhhhhhh... kitorg keluar dari MAHA, tgk org parking kereta, sejauh- jauh nya pun ada. sanggup ye diorg. pakai kasut yang sesuai. aku tak recommend la korang ber heels mahupun ber wadges. pakai kasut  / sandal yang sesuai untuk korang berjalan jauh, turun naik bukit. sebab aku...