for the record, last sekali kitorg ke pantai timur, masa family day office aku which was held at cherating. mmg best la masa tu, rasa nak bercuti kat sana je lagi. tp sampai sekarang tak kesampaian. so, bila dapat undangan dari officemate aku menjemput ke majlis perkahwinan dia, susah nak kata tak, sebab officemate kan. kitorg lak rapat.
kalau ikut badan ni, mmg tak daya nak pegi. ye lah, malam kamis tu baru je balik dari bintulu, esok (jumaat) pagi2 diorg dah plan nak ke Kelantan. sapa yg pegi ke kelantan, x yah masuk office. wan tanya 'larat ke nak pegi ni?' kalau tanya mmg tak larat. tp malam tu, tgh layan bola malaysia vs indon, pengantin (masa tu dia baru lepas nikah) bbm aku, tanya gerak esok pukul bape. dia dah book kan chalet. alahai, berat nak kata tak. ckp kat wan, pegi je lah. lagi pun dia yg drive. aku tido je lah :p. so, terus unpack barang aku, and pack barang kitorg.
tapi, pagi tu aku kena masuk office dulu nak settlekan kerja. so pagi tu, hantar nia ke sekolah sebab 2 hari (kamis & jumaat) diorg ada full rehearsal utk konsert dia. adel hantar ke nursery jap. dah alang aku kerja, wan masuk office dulu. settle dah kerja aku, kul 11 tuh singgah jusco jap beli pantyhose putih nia. dah kena pakai pantyhose lak nak konsert. then beli hadiah utk pengantin. then amik nia. wan lak aku mintak tolong singgah jumpa adik aku asyran kat UTM, amik DSLR aku. ye la, nia nak konsert kan.
amik niadel, terus siap2 kan diorg, tunggu wan balik kerja hen kitorg gerak. janji dgn officemate aku kat BHP lps toll gombak. and kitorg mulakan perjalanan. kitorg ikut teregganu. the journey took about 8hrs kot. 8 kali tido tak gak sampai2. mujur lah niadel tido je dalam kereta. aku pun tido je lah. wan yg drive all the way.
dipendekkan cerita yg makin panjang ni, ada isu on chalet yg officemate aku book, kitorg bermalam di primula beach hotel, besut. tempat tu ok, not bad. luas gila bilik dia for standard room. sampai je, mandikan niadel terus keluar balik gi makan. makan kat restoran ni sedap sgt. nia makan banyak.
sampai bilik terus pengsan! esok pagi, breakfast kat hotel. lps breakfast, lepak2 kat lobi sementara nak tunggu tengah hari nak gi wedding. dalam pada tuh, wan suggest nak stay 1 malam lg sebab nak tgk bola! semata mata ye! tp bila fikir balik kang balik lewat petang, bawak ke malam bahaya pulak. tambah jalan kat pantai timur tak macam PLUS highway. so kitorg decided to stay for 1 more night.
tgh hari sabtu, off to pasir putih. memula sesat. dpt coordinate gps yg salah ke aku silap type? ini menimbulkan keberbuluan encik driver. rupanya terlajak sikit je. dan sampai la kami ke majlis perkahwinan amri dgn wife dia. officemate aku ni mmg sempoi gila. masa kitorg sampai dia tak tukar baju lagi. bila tgk dia bersanding, mak oi, aku dtg jauh2 ko pakai gini je? belasah je la am! tapi lauk pauk dia best. tumbang 2 ekor lembu gak. masak gulai kawah. then ada kerabu apa ke nama nya. kerabu sare kot. aku rasa sikit, tp tak leh pegi. siap ada donut utk budak2 makan. lepas sejam 2, sebab dah terik and takut lambat nak tgk bola, kitorg pun mintak diri.
puing2 kat pantai ayer tawar tu kejap then masuk bilik tgk bola. aku tertido masa tgk game tuh. tp masa goal aku dah terjaga la. nasib menang, kalau tak rugi 1 malam lagi kat sini. hehehe.. esok pagi2, lps breakfast terus balik. kali ni ikut gua musang. aku start drive dari raub sampai ke rumah. sampai rumah kul 4 petang and kitorg nak kena bersiap ke Summit USJ pulak malam nya. phewww!!!!
mileage yg cantik masa nak gerak :)
bangun, tido, bangun, tido je lah keje diorg ni..
mmg luas la bilik dia. katil king size, cukup 4 org nak tido. :D
keluar balik, dinner kat restoran berhampiran hotel. sedap lauk pauk. habis licin kitorg makan. tgk je lah muka aku yg lemau itu...
breakfast pagi kat cafe hotel. dpn cafe ada stage. ada carpet, anakanda hamba buat macam rumah sendiri pegi landing kat atas karpet tuh!
pusing2 kat lobi. apekehey nia menonggek mcm ifa raziah tuh?
kat wedding amri. papa dah settle makan, mama pun makan. sekali bos aku tuang selambak gulai kawah kat pinggan aku, sabojelah. semput nak abis kan.. tapi mmg sedap..
donut menjadi rebutan niadel. habis bergula muka, baju dan kawasan yg sewaktu dengannya....
kul 3, pengantin sampai. kat sini kenduri sampai ke malam. kul 3, still penuh lagi org. tgk la pengantinnya, songkok ke tengkolok ke takde. sabajelah..
cantik wife dia, raja nuru namanya...
amik gambar sama2 sebelum balik..
tumpang amik gambar sebelum balik. congrats am and wife!
then kitorg singgah jalan2 kat tepi pantai jap. almaklum, kat KL tak jumpa beach, sekali niadel mintak mandi beach la pulak. nia siap kata nak pakai baju kat biru ada zip (swimwear dia)
seronok budak be2 ni bila dapat berjalan..
malam makan kat restoran seafood berhampiran then lepak bilik je. baju tido niadel baju yg sama masa malam yg pertama sampai kat sini ye, sbb last minit stay lagi 1 malam.
pagi sebelum checkout. hiasan pun dah bertukar ke merry christmas punya theme.
note : mmg respect kat korang2 yg dok pantai timur bole drive balik kampung sejauh ni. dan utk officemate aku yg ulang alik every week KL - kerteh demi kerja. uish, kitorg ni nak pegi lagi, via invitation je la kot.. :)
Comments
adik stay kat tganu rupanya.kalau tau wan blh la bagi cadangan nak stay mana.dekat je ngan umah cousin wan hotel primula tu.kat situ pun not bad.bapak saudara keja kat situ.ada taman permainan yg tsgt la besar kat beach tu.nak cari mkn pun mmg senang.mahal tak satu mlm?