hari ke-3 di sabah rasa teruja nak keluar dari bilik sebab nak tgk mount kinabalu. kat sini ada sedia kan tempat nak lepak / amik gambar berlatar belakang kan gunung kinabalu. kita sarapan dulu. sarapan kat sini, buffet style. very limited choice tp boleh lah. aku pagi tu, tah rasa tak sedap badan. rasa macam masuk angin je. so jamah bubur sahaja dgn 2 cawan sabah tea. lepas tu baru rasa segar sikit. risau gak kalau tak sihat, camne nak teruskan jalan- jalan..
ada beranda kat setiap bilik. kalau hadap gunung, boleh nampak dah ni. niadel tgh tunggu mama bersiap. sebab mama time rasa tak sedap badan. so slowmo la besiap nya
lagi view dari luar bilik..
sebab mama tak lalu nak makan, nia lah tolong makan kan sarapan tu..
yeay, finally dapat amik gambar belakang gunung kinabalu..oh, ada komen tanya bila amik family photo, pakai tripod ke? tak bawak tripod pun. ber tripod kan tiang- tiang yg ada. kalau takde tiang, mintak tolong orang amikkan gambar. kalau tak, wan suruh tinggal je DSLR ni soh pakai compact camera sebab nanti leceh nak bawak. mana boleh, sabah kot! kalau bawak tripod mau kena ceramah 3 hari 3 malam!
lawa, lawa, dan sangat lawa scenery dia.
lagi! time ni dah panas tp tak rasa panas pun.
ada rabbit house. gemuk2 rabbit dia..
ada fish pond jugak
bilik kitorg terletak disebelah playground. mmg terbaik lah. dari semalam mintak nak main, tp sebab dah malam and nak hujan tak boleh la. ni bagi main kejap sebelum nak check out.
then masuk bilik, kemas2 barang, tukakan baju niadel. sebab nak gi KK kalau pakai long sleeve mmg mencari nahas lah sebab cuaca kat KK sangat2 panas. kalau ikut kan itinerary nye nak ke pulau. lepas tu tak jadi ke pulau sebab tak nak aktiviti melibatkan air ni. then ingat nak ke kundasang war memorial. kat situ pun banyak scenery yg cantik2. tapi, sebab dah lewat terus je lah pegi KK. korang kalau ada kesempatan, sehari slot in jalan ke pulau. sebab pulau2 kat sini dikabarkan cantik2. air nye crystal clear gitu. and kalau masih lagi kat kundasang area, pegi kundasang war memorial eh. aku tak lah rasa regret sangat tak pegi sebab tah, penat kot.
sepanjang jalan nak balik ke KK, asal nampak gunung kinabalu je mesti berenti amik gambar. entah kenapa tp mmg jakun la dapat tgk gunung kinabalu secara dekat.
sampai ke KK, terus pegi pasar kraftangan a.k.a pasar filipino terletak dihadapan LeMeredian Hotel. membeli serba sedikit souvenir. ada banyak kedai dalam ni. bersedia rambang mata dan sediakan ongkosnya. oh sebelum ke pasar kraftangan, kitorg lunch kat burger king. then baru shopping. banyak jual pearl kat sini. tapi aku tak minat pearl2 thing ni. bukan pakai pun. so beli benda lain.
the entrance. nak cari parking mmg jenuh. KK town mmg pack. pusing beberapa kali, at last dapat parking betul2 dpn entrance dia.
nia membelek hasil tangkapan. tak beli banyak pun kat sini. sebab malam ada bukak pasar kat belakang LeMeridian hotel. so bole beli lagi souvenir kat situ. lepas ke pasar kraftangan ni, kitorg terus check in hotel. malam terakhir ni kitorg stay kat promenade hotel. 1 row dgn LeMeridian. hujung sekali kat Jalan Tun Fuad Stephen.
kitorg decide terus check in sebab cuaca makin terik. sian kat niadel. plus nak rest kejap sebelum berjalan- jalan lagi. rate kat sini RM190 per nite.
tapi niadel langsung tak tido sebab dah tido sepanjang jalan dari kundasang ke KK. layan diorg berendam dalam bath tub lepas tu siap2 nak keluar balik.
kalau nak pegi pulau pegi sini ye. Jesselton point. tak jauh dari hotel2 yg ada kat KK area ni.
ini penting kalau travel sendiri takde tourist guide ye.
kitorg ke tanjung aru. satu lagi tarikan kat sini. dalam 10 minit perjalanan. jadi tambah jem bila kat sini ada pulak event. dengar kat hitz.fm. so mmg pack la. tapi kitorg pegi area pantai yg hujung sekali. dpt tgk sunset. cantik!
another beautiful view kat sabah ni. nia time ni dah terlentok lentok mengantuk. adel masih maintain.
kat sini, 6.30 dah gelap. time ni baru pukul 6 kot
lepas tu, kitorg terus menuju ke pasar filipino balik. membeli souvenir lagi. then kitorg dinner kat situ. org cakap kalau nak makan seafood best pegi kat 1 borneo mall area, situ ada tempat makan seafood yg best. tapi memandangkan papa ada berjanji dgn ex-band mate dia (aku tak tau pun agenda diorg ni) so tak dapat la nak pegi situ. makan kat pasar filipino je. banyak choice gerai makan. macam2 seafood ada. sedap semua seafood bakar dia.
tgh memilih2 seafood
seafood yg nia suka ialah sotong! aku try jugak rumpai laut yg korang kata sedap tuh. not bad tp tak mampu nak habiskan.
kitorg tak amik banyak. ater makan ber2. perut pun tak besar mana. makan kat kedai ni sebab saiz ikan dia ada yg kecik2...
pekerja part time gerai seafood makcik nih..
ni yg paling menarik. lobster size XXXXXL. semua pakat amik gambar kat lobster ni. bape hengget la agaknya ye..
bape hari la agaknya ko dah duduk situ ye wahai lobster.
sekian hari ketiga kami disabah. niadel masa pegi pasar filipino, sibuk nak monkey ni. so beli la kan untuk diorg. siap ada bunyi mengilai lagi. entry terkahir di sabah menyusul..
Comments
**heehe.. tu la.. igtkn bwk tripod k...
gambar kamoo nak banak di tepi matahari terbenam pun cantek...haih! mmg cantek sungguh ciptaan Allah nih...
sekiranya aku ke sana, wajib mintak pendapat ko ye beb :D
pst: bapak beso lobster tu.. nk mkn pun rasa ngeri.. hehehe