my last entry on sabah. hari terakhir di sabah, mmg tak boleh nak kemana sebab flight pukul 10.55 pagi. kitorg bangun awal, menikmati breakfast kat cafe promenade hotel. finally a proper breakfast for us. poyo lah kan, kalau kat umah bukan breakfast byk2 mcm tu. lepas tu naik bilik, papa bawak barang ke kereta, while aku pergi check out.
during breakfast..
baik je budak bedua ni time breakfast.
dulu masa nia baya adel, dok risau kalau dia makan sendiri mesti tumpah kena baju. tapi time adel, takde pulak. kemahiran pegang sudu dia cpt sikit.
pinggan aku. 4 hari kat sini, apa yg aku perasan, instead of nasi goreng, diorg ada nasi kuning. ala2 nasi putih then berlauk. kureng sikit pada aku. tapi tgk adel makan atas tu mcm nasi biasa je perasaan dia.
peace! kitorg nak balik dah..
dapat the borneo post. bawak balik buat kenangan. hehehe..
nia ikut papa amik kereta, adel dgn monyet- monyet2 nya teman mama check out
hotel lobi. nak book, pegi kat website dia kat sini..
sementara tunggu papa sampai, amik gambar kat lobi. peluk tak nak lepas. sampai sekarang dok monkey- monkey..
kalau ikut kan, nak bergambar kat tepi laut kat pasar filipino tuh, tapi, KK town sgt jem masa tu, nak pulang kereta lagi. sure amik masa sebab nak settle hal accident tuh. kitorg decide terus ke terminal 1 nak return kereta. disebabkan semuanya kitorg follow the procedure, tak amik banyak masa, nak return kereta. bawak keluar barang and pegi amik taxi ke terminal 2.
pegi dgn balik lebih kurang sama je luggage nye. penambahan kat 1 recycle bag je letak souvenir. tak lah sakan memborong kat sini. sabah je pun. lagi pun dah selalu dapat cendera hati dari sabah. tshirt pun dah melamabak dpt. so nothing much yg kitorg beli. dan yg paling best, bila semua nya within budget. actually below our budget. budak bedua ni, sorg mesti pegang kokokrunch dia, sorg lagi dgn monyet nye..
at terminal 2 KK airport. baru lepas self check in dgn check in luggage. kat sini ramai yg kena excess baggage. so kena bayar extra. so korang kalau book tiket tu, and kalau rasa nak shopping banyak, time nak return tiket tu, amik extra KG on baggage. so tak lah kena charge.
flight kitorg. depan mata je. sape yg nak last minute shopping masih boleh lagi. ada beberapa kedai dalam ni. wan ckp gi la beli sabah tea tu. seronok bila dapat beli. kalau korang nak beli, beli kat kedai kat dalam masa menunggu nak boarding. sebab beli 4 kotak dapat free sekotak. lain2 mahal.
sepanjang dalam flight, nia tido half way. adel tak tido kot. tah lupa. AJK susu setia menjalankan tugas.
sampai KL as per itinerary. alhamdulillah beakhir percutian kitorg ke sabah. ni tgh menunggu paksu niadel dtg menjemput.
overall, percutian pertama kali ke sabah ni boleh dikatakan percutian yg separa menyeronokkan. tapi bila tgk balik all the beautiful photos, rasa seronok pulak. banyak tempat yg cantik2 kat sabah ni. at first aku mmg teruja bila tgk kawan2 cerita pasal sabah ni. tapi bile dah pergi and experience sendiri, rasa boleh lah. this is only me and wan's personal point of view. mungkin tak pergi ke pulau so rasa tak complete nak rasa the excitement tuh. tempat yang paling seronok kat sabah ni pada aku, ialah kundasang dan ranau. dapat tgk gunug kinabalu dgn pegi desa cattle. KK town itself biasa2 je. takde yg menarik. kalau rasa nak pegi lagi sekali tak kot. mungkin bole, tapi tunggu anak2 besar sikit so bole ke pulau dan banyak kan aktiviti mandi manda. tu bukan kita je seronok, anak2 pun seronok. this trip may be bukan utk niadel as takde apa yg diorg faham and boleh nikmati. tapi dapat bawak diorg sama2 berjalan adalah seronok. walaupun penat, sangat penat ye tapi semua nya berjalan lancar.
last but not least, overall costs yg kitorg spent as per followings. mungkin bole bantu korang yg bajet2 bila nak bercuti kat sini. sape yg belum penah pegi, boleh la nak try pergi sekali mcm kitorg. nikmati semua pemandangan yg indah kat sini. ok je sebenarnye. tp kalau dapat pegi disneyland ke, USS ke sure lagi beronok ronok. hahahaha...
- air (promo) fare - RM 234.00 for 2 adults, 1 children & 1 infant
- accommodation for 3 nights - RM 455.00
- car rental with hertz, sime darby - RM264 for 3 days
- fuel - RM50 cukup utk 4 hari 3 malam berjalan sana sini.
- airport taxi to and from terminal 1 and 2 to pick up car rental - RM60
- sabah seafood - RM 51
- admission fee to all the attractions - errr RM6 je uols and that's for poring hot spring
- souvenirs - +/- RM300 that includes tshirt, key chain, fridge magnet, sabah tea, few barang antik bercirikan sabah, and pearl brooch. (pearl bracelet, rantai mmg takde beli)
- miscellaneous - say about RM 150.00
GRAND TOTAL : RM 1,570.00 /-
kepada yang nak ke KK, selamat melancong and enjoy all the beautiful view in KK and kundasang. and jangan lupa ber-island hopping ye!
note : every time aku pegi bercuti aku akan up entry on budget eh. bukan lah selalu bercuti pun, boleh la sikit- sikit...
Comments
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
Syarikat SUHAZRINAH ENTERPRISE SDN.BHD adalah syarikat ‘Taxi Limousine’ yang beropersi sejak 5 Tahun yang lalu, mempunyai pengalaman yang mendalam tentang tempat-tempat yang menarik di sabah.
Kami menjemput anda ke sabah untuk bercuti dengan kadar Harga yang rendah dan berpatutan,
sila hubungi kami untuk mendapatkan pakej yang lengkap.
+6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
email: taxisabahlimo.com
http//:www.taxisabah.com
Terima kasih Admin..