untuk pengetahuan korang yg berada di bawah jajahan majlis perbandaran majlis perbandaran subang jaya (MPSJ), MPSJ sedang mengadakan kempen membayar kompaun flate rate, 1 kompaun = RM10. jumlah kompaun sebenar yg selalu dikenakan, adalah sebanyak RM80/per kompaun.
kompaun ni biasa dikenakan sekiranya tidak membayar tiket bila parking kereta. so, itu la yg berlaku kat area office aku sekarang ni. bukan sekarang ni, sejak aku kerja dulu lagi la. kalau dulu takde downtown mines, tempat downtown tu kitorg punya parking lot. tp sejak ada downtown, nak cari parking punya la hazab. almaklumlah, office shoplot gini, takde parking sendiri. so menggagau la nak cari parking hari- hari. kalau otai sikit, bole parking blok je kereta org, then ltk sticker company kat dashboard, bila kereta nak keluar, org tu bunyi la bell kat office aku.
kalau salah parking pun kena saman jugak. so, mmg sejak aku kerja kat sini, aku ni terkenal jugak la dgn org yg selalu kena kompaun. sebab malas bayar parking. atas banyak faktor jugak. parking jauh gila dari tempat bayar parking. dan semestinya masa mengandung. tak larat nak jalan bayar parking. common excuses aku bagi kat laki aku, tp dia tak boleh terima.
sebabnya, bole kata selalu, MPSJ hantar surat notification kompaun kat kampung dia (kedah). same goes with me masa aku pakai kereta sendiri. surat saman hantar kat perak. sejak kawin, aku pakai kereta wan, so kereta dia la jadi mangsa. dengan adanya kempen MPSJ yg bakal berakhir hujung bulan ni, aku telah mengambil kesempatan untuk menjelaskan kompuan yg dah aku kena.
aku ingat tak la banyak mana. sekali masa aku cek online, utk kereta aku, masa aku pakai bujang dulu, ada 18 KOMPAUN! dan untuk kereta laki aku yg aku jugak pakai ada 60 KOMPAUN! so kalau ikut jumlah kompaun asal aku kena bayar RM80 utk setiap kompaun, total kompaun aku kena bayar ialah RM6,240.00!!!! so aku amik kesempatan utk bayar sekarang sebab jumlah kompaun yg aku kena bayar hanya RM780.00. still banyak pada aku, but compare with RM6k tu tadi????
tadah telinga dgr laki aku membebel. macam banyak duit je ye. hmmmm.. taubat la lepas ni nak bayar kompaun. mamat kaunter MPSJ tadi pun sempat buat lawak antarabangsat tadi, siap cakap, datang lagi ye! perli aku la tu, sampai jem printer dia nak print kompaun aku.
18 kompaun kereta aku. 60 kompaun kereta wan..
antara date yg kena kompaun. kadang tu, nampak je MPSJ lalu depan office, bila lari2 nak gi kat kereta, dah selamat dapat surat cinta dari MPSJ. kadang, bole slow talk kat MPSJ bila dah sampai depan kereta bila baru nak letak tiket, kadang tu, diorg buat pekak je.
ni la kompaun aku bayar tadi. pak guard tu heran tgk aku lama benau. siap tanya, dik, bayar kete company ke? aku cakap, kereta saya la pakcik. terkedu dia..
moral of the story : sometimes, rules are made not to be broken. so just follow the rules!
Comments
jue : mmg!
anis : gila tak efisyen kan? mmg tension gila aku tunggu. diorg kena print sekeping2. dah print tu tu 1 hal, nak bayar kena lak pegi kaunter lain and scan 1-1 lg. gila tak efisyen!
iryani : org kaunter tu cakap, kalau ramai mcm ni, bonus 2-3 bulan MPSJ tahun ni :p
Ada x dgr2 kes mcm ni?...was2 sbb ni cite lama & kompaun saman xde ltk no. Road tax...ingt nk byr yg kua no. Road tax je..tp xptt btl la..mne ingt dh saman2 dahulu kala....adoi
Tp xaman idup la dpt saman2 ni kan :)
Pastukn tau x bole ke saman tu xltk no. Road tax ek?..kompaun yg complete dgn roadtax ada 4 je..tu yg was2,dhla cite 9thn lps mne nk ingt sgt pastu expect byr dkt 1k tu..
Adoi..xaman kn hal saman2 ni...alyyani ada dgr2 xkes mcm sy ni?..dorg kt kalo nk kureng kne g sna...