Skip to main content

extra mithali aku semalam

hehehe.. org mithali tak kata diri sendiri mithali. sama la dgn org cantik, tak kan puji diri sendiri cantik kan. khamis lepas, lepas balik keje, pegi jusco. beli barang sikit, bawak niadel main2 kejap, lepas tu wan belikan aku hadiah. hadiah penaik semangat suruh aku memasak. selalu tgk dalam iklan, haritu baru beli. beli 2 barang je. nanti kumpul sikit. dapur pun berasap sekali sekala, lagi mau beli banyak2. apa dia? periuk belanga la. 

so, semalam ada org dtg beraya kat rumah, sakan la aku. padahal takde tefal tu pun bole je masak. dah ada tu, lagi rasa seronok. setakat ni la kan :p semalam tak kemana- mana, tetamu dtg lepak sampai lewat petang. patut ada blogger buar open house, tp tak sempat lah nak pegi. malam pulak papa ada futsal. harini baru nak gi beraya. wah, ada sehari lagi cuti. seronoknya weekend ada 3 hari kan? :D

jeng jeng jeng! sebenarnye mintak oven. tp ada deal menarik antara aku dgn along aku bab oven ni. so akan dapat jugak soon! amboi, kemain semangat lagi bab barang2 dapur ni apekehey? so, wan belikan aku this 2 tefals. banyak jenis gak ye. amik masa gak nak memilih.. 

ni lagi sebijik. actually periuk mmg banyak. tapi yg betul2 useful sebijik je yang mak bagi kat aku. hadiah kawen semua dah tak leh pakai sebab bila pakai lama berkarat. huhuu... so beli la sebijik. tp tak tefal la. sebab tefal mahal la ratus2. beli la maxim which non stick gak. ok jugak kot ni.

terasa extra mithali bila dpt buat puding roti karamel. kahhhhhhhhh org lain dah selalu buat. ni 1st time aku buat. jadi uu.. harus la semangat kan.

semalam tatamu yg dtg lepas solat jumaat terus sampai. aku masak nasi ayam. tetamu tak bagi reveal muka. so amik gambar ni je lah

goreng keropok lekor yg mak beli kat mana aku lupa. so aku rebus and goreng je. sedap gile keropok lekor ni sesuai utk kudap2an..

nia cakap puding, 'kuding'! 

kemain mesra nia dgn aunty dia ni... thanks for coming. wah, retis mana dtg umah aku ni. :p

self note : diharapkan, semangat memasak ni berpanjangan, tak hanya datang bila org dtg rumah je :p

Comments

Salina@IbuAqil said…
Menu nampak sggh menyelerakan!! Nyum!! Nyum!! ;)
Gieyana said…
wahh..sempoinyer ko masak..:)

weh..aku beli Tefal kan ritu..in the end kan, dier pon non stick tue keluar juga..adeeiii!
Marlina Mohtar said…
wah...semangat nak memasak tu kak :) bagus3x...
Ayu Zarina said…
wah...bestnya masak2..ayu jugak yang dah kurang mood masak2 ni...makan kedai dan tapau jer senang...huhu..

tapi sempat lagi tu beli 3 mangkuk pyrex kat jusco...konon2 senang nak panaskan lauk dalam mangkuk pyrex tu jer..punyalah malas nak basuh tukar periuk belanga sejak2 tak der bibik ni..huhu..
Mrs. Simplicity said…
salina : :)

gieyana : wei, yeke? so bape lama bertahan ko nye tefal tuh? frying pang gak ke? adus!

princess solehah : sekali sekala semangat itu dtg.. :D

ibuayahdamia : aktiviti tapau menapau masih diteruskan seperti biasa. ni sebab org dtg beraya :p
Mag said…
ok la ni weh..teruskan semangat masak petang2 sambil perang ngan niadel. haha.
Mrs. Simplicity said…
mrs spicy : part perang tu yg tak tahan. so dia kembali kepada rutin asal :p
nome said…
vavava...nasik ayammu dan puding caramel mu sgt memikat atiku :D
Mrs. Simplicity said…
nome : sekali roh memasak sudah mari, semangat la aku nak memasak :p
Elyn Sani said…
Aku nak dtg beraya umah ko bule? Nak gak merasa air tgn ko hehhehe
Mrs. Simplicity said…
elyn : beb, ahad ni meh la dtg umah.. :)

Popular posts from this blog

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

FAQ : bila suami bertukar kerja...

semalam wan start keja kat tempat baru. so cam biasa la, new work, new environment, new peoples. soalan- soalan yang wajib tanya oleh para- para isteri adalah seperti berukut ;) sampai kerja pagi tadi kul bape? - 7.45 jalan jem tak? - jem kat ampang je lepas tu terus je. best sebab tak banyak traffic light & roundabout ade work station sendiri tak? - ade, tp pc belum dapat lagi... ke kena share2? - ada sendiri punya la... dok sebelah sape? - dok sebelah pompuan india. pom puan? (lain bangsa, ok kot. heheh.. ) 1 bilik bape org? - mula dok tingkat 3, lepas tu request dok tingkat 2, ramai sikit.. sarapan dengan sape? lunch dengan sape? kat mana? - sarapan dgn lunch dgn budak2 situ la. kat cafe belakang tu. lunch diorg bawak kat tempat lain. semua lelaki ramai lelaki ke ramai pompuan? - sama banyak je.. pompuan muda2 ke makcik2 ke? dah kawen tak semua? - ramai je yang tgh mengandung. tapi ade 2 trainee muda. pompuan. tapi tak cun! (nasib tak cun, kalau cun? berani nak ngorat? over my d...