harini aku cuti. amik cuti cara halal ye. bukan MC, EL dan kawasan yg sewaktu dgn nya. bos tanya nape nak cuti, balik kampung ke? tak terjawab aku. mujur lah approve. lagipun nak amik cuti tak perlu sebab kan? cuti dah ada, kena la guna bila perlu.
cuti sempena lepak dgn my besties. kalau nak jumpa, its either lunch time atau semua org amik cuti. kalau jumpa time lunch quite rushing sebab 5 - 5 kerja diluar kawasan berbeza. so better amik cuti. unfortunately, nome tak dapat join sebab kerja dan ada hal personal. takpe me, next time ok. banyak lagi masa, insyaAllah.
kitorg kalau jumpa, meet point nya Sunway pyramid la sebab tengah2. keluar rumah macam biasa macam nak pegi kerja, then jumpa kat luar sunway then masuk parking sama2. so parking kat same area. nak balik pun senang. semua org sampai ontime. just nice la.
aku ingat aku lewat tadi. sebab aku tertido (adel berjaga pukul 2 pagi lagi tadi). sedar2, wan dah nak pegi kerja. dia kata suruh aku tido lama sikit sebab aku cuti. soleh tak suami aku? tapi niadel aku yg hantar. apakah? agak2 bole tido lama ke bila niadel ada dan dah bangun? urut dada aku. siap kan niadel then hantar pegi taska dulu. aku balik rumah baru bersiap laju2 then terus gerak.
dah sampai, breakfast kat j.co, then kitorg tgk movie cerita Johnny English. kelakar gila nak mampus cerita tuh. release la segala urat2 yg tegang. lepas tu kitorg lunch kat bubba gump. lepak situ lama gila. dekat pukul 4 kitorg keluar dari bubba, jalan2 jap, tapau dinner utk family, then gerak balik. enjoy sangat.
3 iced chocolate, 1 cappuccino blended. sedap lah iced chocolate dia..
kitorg amik combo, jclub + air. bed punya jclub cheese
aku nya j.club salami
sebelum masuk wayang
lepas bergelak ketawa tgk aksi2 rowan atkinson, kitorg lunch kat bubba..
tgh amik order
onion ring for appetizer
ape ke namanye. shrimp yg dimasak 4 cara
aieza's pasta
bed order kambing.. belek gambar, lupa amik ryn nye fish dish. adus! tp sedap. semua food dia best.
and "that chocolate thing" for dessert. marvelous! this was my second attempt. 1st time masa bukak puasa dgn gang sekolah. tu repeat lagi.
makanan dah habis, borak tak habis2..
sebelum balik.
last but not least.. nampak macam tak ready but i somehow love this photo. macam poser gitu. hehehe..
Comments
ryn : yep. next meeting wajib tunggu nome!
bed : next meeting kita follow jadual dia lak ye!
best ekk citer JE tu.. adik ckp mmg lawak giler la.. nie yg tak sabar nk p tgk nihh =p..
maybe next time dptlah kita berhi-5..insyAllah...suka tgk korang semua...rindu bangat sama kamooo semua..dah lama tak keluar berjimba...makanan tu nampak marvelles la! lagi dessert cokelat itew...i loikeee!!!
movie syok ek? boleh la ajak faizal berdating tgk wayang :D
next time ye fren, kita keluar bersama