- entry mengandungi 33 keping gambar versi kelabu asap -
last weekend kitorg beraya kat kampung ayah aku lak. kat kajang. baru sedar ada banyak kampung sekarang ni. perak, kedah, penang, kajang. raya sebulan, kalau tak pegi menziarah mmg tak patut la kan. dah la aku ni jenis jarang bertandang umah orang tanpa sebab. time ni la kena manfaatkan.
family aku sampai dari perak sabtu pagi tuh, pukul 3 pagi kot. awat la lambat sgt sampai nye. siap adel pun tido kul 3 pagi sekali. bangun pagi, ingat nak masak breakfast sekali ayah aku cakap, terus pegi umah maksu beraya situ breakfast terus. dalam kul 9 dah keluar rumah.
tahun ni tak cukup korum nya. yg ada, aku sekeluarga, ainal dgn yan je. ina takde. so bila ina takde, takde la official photoG nye. gambar pun kelabu asap la. mana dan je amik. memasing takde passion se passion si ina ni. hehehe..
hari sabtu kitorg cover 9 rumah. settle adik beradik ayah. ada yg takde sebab takde kat rumah. sampai rumah kul 12 mlm. niadel super cranky certain2 time. sebab kitorg naik 1 kereta, so mak ayah aku pening la tgk pe'el cucu2 nya. aku dah biasa so ok je. hari ahad lak cover 2 rumah je. sebab ramai yg takde. then terus mak ayah aku ke kuala selangor umah makyang and balik perak. kitorg balik rumah qada' tido!
for self note, last weekend kitorg pegi beraya rumah :
- umah maksu (adik ayah) kat puchong
- umah paklong (kakak ayah) kat taman mesra, kajang
- umah arwah atok / nenek, makcik siah (kakak ayah) dok situ, kat kajang
- umah anis (ni my bestfriend) kat sg. sekamat
- umah pakcik aman (adik ayah) kat bandar bukit mahkota
- umah dr. Rashidah (kawan mak) kat bandar baru salak tinggi
- umah paklang (abang ayah) kat bandar baru bangi
- umah pakteh (sepupu mak) sebab 1 row dgn umah paklang kat bbbangi gak
- umah pakci poji (adik ayah) kat beranang
- umah maknyah (kakak mak) kat bandar tun razak
- umah ucu e (adik mak) kat gombak
dah ready nak pegi beraya..
sampai rumah maksu terus ngap! amboi anak2 aku, lapar sgt tuh nampaknya...
baru 1st rumah mcm dah kenyang je. padahal berderet lagi rumah nak pegi...
nia je berani buli atuk. sukahati je gi amik lebai atuk..
lepas ke rumah maksu, kitorg ke kubur arawah atuk, nenek dgn arwah maklong kat sekamat. then baru pegi umah paklong. niadel pantang tgk buaian dgn tgk tangga. terus tuju kesitu..
ayah dgn paklong..
adel, kalau dah mengempeng je, payah la mama nak makan.
rumah atuk dgn nenek. banyak memori kat sini, selalu masa sekolah selalu transit kat sini sebelum pegi sekolah agama.hari kitorg dtg tu, 1 rumah tgh buat wiring, so nak dok dlm umah takde letrik, dok lua je lah.
kalau tak main buaian, mesti main tangga budak be2 ni..
time ni mmg panas terik, tu lepak kat tangga je..
then ke rumah anis. kebetulan haritu dia buat open house, so ini mmg yearly event la. tak boleh kalau tak pegi. ni bawak sekali mak ayah aku. time ni mmg tgh lunch hour, makanan pun this year macam- macam aku tgk, so macam2 la kitorg makan. :D
nia mmg kenal baby izz. masa sampai kat pintu rumah dia dah sebut2 baby izz. teruja korang ye tgk baby izz, korang nak adik lagi ke? muahahaha... izz, moody sikit haritu sebab tak cukup tido..
adel time ni dah nak tido, so ngada2 la sikit.. ngan mama izz
nak gerak balik. macam mana nia? kutipan kita setakat tengah hari ni memberangsangkan tak? hahahaha...
then ke rumah pakcik aman. dalam rumah lupa lak nak amik gambar sebab busy mandikan niadel then tukar baju then solat. dah nak balik baru teringat nak keluarkan camera
presiden kelab bancuh susu setia menjalankan tugas...
budak2 ni dah pandai mintak balik. sikti2 jom, sikit2 nak balik, sikit2 nak masuk kereta. dah masuk kereta, senyum sampai ke telinga..
nak jadi cite, time ni tah apa jadi, aku sakit perut. perut memulas, masuk angin ke apa aku tak pasti, ke gastrik. mula la pucat lesi. dah tu la, niadel nak kat mama je. mmg tahan je lah..
ni kat salak tinggi, umah kawan mak aku. kawan masa pegi haji sama2.. sebab dia penah dtg perak, tu yg sessi berkunjung balas, kebetulan diorg ada buat majlis kesyukuran
syukur jugak la kawan mak aku ni doktor. tgk muka aku yg pucat lesi, mak aku dah susah hati, cakap kat doktor, doktor terus bagi ubat. every 1 hr, 2 tablet. tq doktor. f.o.c lak tuh!
ni dr rashidah yg baik hati..
kat sini, diorg mandi lagi sekali sebab 2-2 buat business! takpelah, masa ni dah lewat petang...
nak dekat maghrib baru sampai umah paklang. sebab maklang tak sihat, so kitorg singgah kejap je lah. sekadar nak jumpa. sebab sebelum tu dah sembang lama kat umah pakcik aman.
kitorg maghrib kat rumah pakteh. dekat je dgn rumah paklang..
slumber je nia pegi angkat mangkuk dgn cawan, port depan tv, atas tilam empuk ni.
friendly anak2 pakteh ni. kalau dgn aku kira 2 pupu la kitorg ni. even dah besar, mau duduk sembang2. kebiasaannya, baya2 diorg ni, terperuk dok dalam bilik je kan. siap amik gambar niadel lg. niadel pun melayan. sampai tak nak balik!
last sekali untuk hari sabtu tu, ke beranang rumah pakcik pozi. niadel nampak benda ni, dah cukup kenyang lah
hari ahad, lepas breakfast kat rumah pegi umah maknyah. hari semalam (ahad) mmg rushing sebab adik aku ainal nak balik johor haritu. nak kena balik perak sebab naik bus dr perak..
makan pun laju2. hehehe...
tu maknyah..
sebelum ke umah last utk kitorg, hantar adik aku, yan ke utm dulu. dia balik awal sebab banyak keje sekolah nak buat katanya.. ucu e pun buat open house haritu tp sebab kitorg terawal, so kitorg je la yg ada. maksu pun masih busy bersilat kar dapur. main dish dah siap. ada pulut kuning, mee kari dgn nasi impit. semua best!
adel pun makan mee sekali. tp mee je lah. dgn nasi impit..
pandai pulak org jual aiskrim park depan umah, papa pun belikan utk diorg. lepas tu, kitorg pun balik ke rumah. memengsankan diri. raya marathon ni mmg penat, tp setahun sekali je kan?
note : kalau pakaikan niadel baju yg sama, confirm org cakap kembar!
Comments
kencang la duit raya niadel :)
baju gaun adel lebih kurang sama ngan baju cahaya yg dia pakai masa kenduri along hari tu..beza tang tali riben jer..
nad : mmg every yr nye rutin time raya ni nad. kencang ke tak tu kita cite no. 2 :p
salina : mmg sakan, mama papa yg pitam :p
rizziela : mmg semput la jugak. sgt2 penat. tp mmg acara wajib. huhu
nome : semangat raya beb! :D
k.iela : tul tu kak, mmg setahun sekali je jumpa sesetengah tu. so kalau tak jumpa, mmg tak patut la kan..
eliza : beza umo niadel setahun 4 bulan. :)
ina : next year ko wajib join!
elyn : lembik kuasa 3 beb!
wan : ape je yg nak buat wan. tunjuk muka, makan. senang je keja nya. penat la. tp setahun sekali kan. :)
ha'ah, sama la kan. sebijik eh? :D