continue cerita raya... hari raya ke-4 (jumaat pagi) kitorg dah gerak ke kedah. dalam pukul 10 gitu la gerak. breakfast dulu, niadel tuntut duit raya dari maklong & papalong dulu, then baru kitorg gerak. asalnya nak gera kul 9 pagi, tp tula, pagi tu baru hegeh2 nak pack. dengan malam tadi jugak baru basuh baju. aku kalau balik kampung tak suka kumpul baju kotor. basuh siap2.
settle semua, gerak lah kami. sepanjang dalam kereta aku niadel tido je lah. sedar2, dah sampai toll juru. then singgah tesco seberang jaya jap nak beli barang niadel sikit. belikan biskut nia yg atuk perak dah habiskan. hehee.. alang2 dah tengah hari terus lunch kat food court situ. kedai makan very limited.
sampai rumah (mertua) dalam kul 3. rumah pun kosong takde orang. yg ada adik ipar aku 2 org dgn ayah mertua aku. haritu tak kemana- mana. lepak je kat rumah sebab esok nya nak buat makan- makan sikit utk kawan2 adik2 ipar aku. so malam, prepare bahan nak masak esok nye lah and buat kuah laksa...
nak duit raya dari maklong mmg banyak benau syarat marat nya...
kena salam la, kena kiss la, kena itu ini la. macam- macam la..
bergambar 3 beradik sebelum gerak. bila lagi la nak jumpa ber3 ni balik ye. berbaju merah adalah kebetulan..
adel nak balik ni drama la dia. org nak dukung dia tak nak. menangis 1 taman bole dengar. bila mama dah dukung, masuk kereta diam terus. suruh bubye, siap bubye lagi. air mata pun dok meleleh lg. sabajelah...
sebelah food court tesco ada funland, apa lagi, kesini la diorg..
selagi syiling tak habis la mesti nak lagi. bukan nia mintak nak lagi ye, tp adel! sama la kalau mandi. dah siap mandi pun ajak dia keluar dia cakap 'nanak!' 'lagi...lagi...' katanya..
alamak, tu je lah gambar 4 Syawal. masa ni jurukamera belum dilantik. sendiri nak amik mmg payah la kan. so, sekian 4 syawal. ni gambar adel menggayakn spek itam tok wan nye.. ada gaya tak? :)
Comments
best tgk alya adik beradik.. smer slim2 je...
iryani : tok wan dia punya tuh. :D