Skip to main content

raya...raya...raya...

aku rasa nak membebel panjang harini. mari kita mulakan. baju raya aku takde lagi, casual wear niadel takde lg. haritu pegi midvalley bole lenggang kangkung keluar tak membeli apa2. mmg tak rasa nak memilih pun. semua tak berkenan kat mata. ke semua yg cantik dah habis? sian niadel. mujur lah baju kurung dah settle awal2 lg. tu pun beli online je. kalau kena pilih2 tak terpilih kot. thanks to yani sebab nampak link kat blog dia. :) papa je yg shopping. dia beli tshirt dia lah. seluar tak beli lagi. niat nak beli gelang niadel tak beli lagi. kuih raya utk mak tak beli lagi.  mungkin sabtu ni akan ditetapkan hari shopping- shopping sedunia.

yup, sabtu ni masih berada di klang valley lg. ikutkan aku nak ajak wan balik jumaat malam or sabtu lepas sahur. tapi wan cakap balik ahad malam sampai hari jumaat kat perak. :D aku laju angguk. jumaat gerak balik kedah. hope tak berubah lagi la plan ni ye bang! so korang balik awal sikit ye. supaya PLUS highway lengang! hehehe...

semalam dah tukar duit raya. paket raya pun melambak- lambak dapat. ada lebih 100 pek kot. walaupun tak shopping apa, raya paket melambak2. ye lah, aku tak shopping kat mall, aku shopping kat bank! knowing bank will provide raya packet, maka bertimbun2 la dapat. tapi malang sekali bank yg paling kedekut on raya packet ni adalah maybank! mungkin kita bukan regular customer tp aku tukar RM4500 kot. korang tau aku dapat bape packet raya? 2 sahaja! sedih nye. nasib la raya packet korang buruk. so tak kuasa nak argue mintak lagi. oh btw, tukar duit 4ribu tuh bukan aku je ye. wan sekali and my officemate.

kalau nak cite pasal raya packet, this year, aku rasa cimbgroup la menang. paling cun. ni apa yg aku dpt lah. dlm bising2 tak dpt raya packet, semlam banker kitorg call soh collect raya packet. sekali ha amik, 100 ada kot. bilik aku ni dah macam bank pun ada. sape nak? lai lai lai... office aku tak keluar kan raya packet. ada la boss suggest buat, tp aku tak setuju. bazir je lah. end up buang dalam tong sampah. so amik je lah dari bank. tp organisasi besar mesti akan produce raya packet kan. kalau macam bijakgroup ni, tak payah lah. bazir je.

alhamdulillah this year kami suami isteri merasa dapat bonus serentak. utk pertama kali. sebab ni kira tempoh kerja yg paling lama oleh wan so he entitle to receive bonus. hobi laki aku kan lompat keje. tak cukup tempoh tak dpt la bonus. this year merasa. hopefully tahun2 seterusnya. mcm company aku every year, bonus will be on hari raya. so thanks boss. to officemate aku yg baca blog aku ni, yg ckup haul je dpt bonus ye. yg tak cukup haul, paham- paham sendiri lah ye. kerja kuat lg walaupun rasa mcm dah kerja kuat :p

berapa perenggan dah ni? jap tgk atas.. oh 4 dah. malam ni baru nak buka puasa office. kat corus hotel, ampang. kalau rajin, aku upload cerita ni. last weekend dah clear kan rumah utk balik kampung. cover sofa semua dah basuh. rumah dah vacuum, fridge dah kosong eh, bukan mmg kosong je ke? :p  toilet je tak basuh lg. bergaduh laki bini nak basuh toilet. ahahaha... tu tak terbasuh lg. tak senonoh tul kitorg ni. nanti nak balik kampung 1 last round vacuum rumah. thanks to jiey for dropping by masa aku baru nak sarung kan sofa. berkecah rumah tp aku tau ko ok je. :D

nia dgn abg ian. aku suka gambar ni jiey. nanti raya singgah lg ye kalau larat lg :)

pagi tadi, lepas subuh, pasang hotfm, layan lagu raya sambil masuk kan duit raya, dpt banyak paket ni best gak kan, bole asingkan ikut amount. kot nanti silap bagi, haru lak. nak tulis nama, mcm hape la pulak kan. kira ni dah habis masuk kan duit utk family, saudara mara, babysitter niadel dan anak2 kawan2. jgn tersilap bagi sudey.. tak penah jadi lah.

malam ni nak makan puas- puas kat sini. nak release tension. nak enjoy. lately office sgt tegang, keje keeps coming in. lagi nak raya lagi banyak keje. bukan aku je wan pun sama. tiap2 hari busy. and can't wait for this saturday nak shopping puas2. ewah...

ok lah, kalau bertambah lagi perenggan alamatnye, tak baca la korang nanti. akhir kata, aku, wan, nia and adel ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. kepada yg akan travel jauh, make sure your car is in a good condition, hati- hati memandu. jangan lupa standby ubat utk anak2 korang, since banyak klinik akan tutup. kot anak sakit ke. so, dari hati aku yg ikhlas, aku nak mintak maaf kat korang, sepanjang korang baca blog aku, ada ayat2 aku yg korang annoyed or irritated ke, terasa ke. aku mintak maaf sangat2. so, kalau ada kat area seri kembangan, gimme a call, jemput singgah rumah. tp aku mau warning, sila bagi notis awal sehari ke. sebab rumah aku takde kuih raya tahun ni. so aku kena masak utk korang. please eh. open house? malas nak buat. nak dtg, roger saja. LAST BUT NOT LEAST, JAGA DIRI, JAGA FAMILY, JAGA KESIHATAN, JANGAN LUPA AMIK GAMBAR BANYAK- BANYAK SO BOLE KASIK TUNJUK KAT BLOG. FAMILY PORTRAIT JGN LUPA YE! ENJOY RAYA TO THE MAX!!

Comments

LYAfrina said…
bnyk smpul raya.. y lya ada rhb ni x cun mcm alya punya...

selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir & batin :-)
nome said…
pertama sekali aku nak ckp yg aku soker sgt gambo family korang tuh..

yg keduanya, aku pun seperti kamoo masih lagi belom membeli brg2 raya...tgh dok tgu $$ masyuk..duit raya pun lom tukar lagi..haru2...

byk giler ko dpt sampul nih...syok ooo!!! balance sampul leh bawak ke tahun depan :D
Marlina Mohtar said…
saya tak cari lagi baju raya hehehe.............kuih dan biskut pun cuma beli. Ingat nak buat kek juga sehari sebelum raya :)

Selamat Hari Raya juga untuk kalian sekeluarga :)
ida said…
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin to kak alya & family.
amal_fc1303 said…
oit awal nye minx maaf. raya minggu dpan la...
ada. said…
Selamat hari raye. Nak jugak duit raye banyak-banyak tuh. hehe :D
AieZa said…
Salam Alya.. lamanya tak komen.. slalu baca je.. nk komen thru BB ade je yg xbolenya.. ni sume Digi punya pasal.. kahhhhhhhhh..

K lah di kesempatan ini aku pun nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin andai ada silap dan salah kami sekeluarga.. dtg area bangi.. roger la kakak ye..

take care..
nadja said…
ehhehe cerita packet raya samer la dah terkumpul byk dah.. heheh tapi kan awalnya ucap slamat berghaye.. heheh ader 5 days to go.. macam aku nih memang yer la berbulan sekali nak on blog.. nway slamat berbuka.. :)
@e_da said…
warna warni sampul raya...cantik2... samala kita ye alya.. mohon ampun maaf andai ada tersilap kata terkasar bahasa...Selamat hari Raya
Ztee_Azwanis said…
huihhhhhhh panjangnye ! semputtttt baca hehe. jgn marah !
OneSimpleMother said…
suka lak baca entri ni.. hehehe.. akak pun sama ye alya. minta maaf zahir batin selama kita berkawan di alam siber ni. bila laaa nk jumpa ye.. :)
Elyn Sani said…
Ucapan utk ko, jgn mals updet blog ye! Bb sentiasa kat tgn ko so load gambar pun x pe hehhe. Eh nk satu cimb nye sampul!!
e.l.i.z.@ said…
terkejut tau, igt tukar 4.5k tu utk diri sendiri..byk tuh hihi..tp mmg kedekut la bg 2 je..

alamak, lupa nk mintak paket raya ngan fareedaaaaaaaa...tidakkkkkk
sempena bulan baik ni, saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata atau kekasaran bahasa

salam aidilfitri daripada
Tinie-Aelek-Fatin-najwa
Iela Fazielah said…
selamat hr raya alyani & wan... hepi tgk preparation korang.. kak ila gak tunggang terbalik.. duit raya pun xgi tukar... mood down giler.. uoll pun jln bebaikye... semoga bergumbira edi pg raya
Mrs. Simplicity said…
to all : we are still in Syawal kan? selamat hari raya all! :D

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...