Skip to main content

ke downtown mencari jersey

tiket dah beli, jersey Malaysia la pulak takde. dah nak kena membeli pulak. aku tak terfikir pun bab kena pakai jersey. tp sinonim nye begitu la kan. silap pakai baju, kena bahan pulak nanti. kebetulan semalam ada pasar malam kat rumah. tgk la kat tmpt org jual baju tu. aku takde perasaan kat jersey ni. dapat yg 10hengget pun MOJ! tak tau pun harga jersey yg sebenar yakni yg original berapa. beratus- ratus eh? ntah..

dah takde kat pasar malam tadi, wan ajak gi donwtown kat belakang office aku ni. lama dah bukak, tp tak penah pegi. takde sebab nak pegi pun. so, siap ala kadar pegi la kejap. sampai je, mak oi, hazab nak cari parking! majoriti mmg nak cari jersey la. aku handle niadel je. wan la yg gi tgk material baju tu camne. aku tgk semua sama je. asalkan murah. dry-fit la ape lah, ntah apa term dia sebut aku tak tau.

eh, malam ni gi stadium aku tak bawak niadel la. niadel dok taska. taska diorg ni bole overnite pun kalau nak. janji bayar je overtime nya. sebab pengasuh diorg mmg duduk rumah tu. so mmg dah request awl lg. tp aku ckp in case kalau ada apa2 yg penting, call je la. jgn tunggu kitorg balik amik lak. tah pukul bape la amik diorg malam ni. nak merempuh 85ribu umat lg. walaupun merempit, sure sardin. 

so, wish us luck nak merempuh 85k manusia, semoga semua nya ok, niadel ok, dan aku sgt teruja nak tgk bole secara live untuk pertama kalinya! excited weh! go harimau malaya!!

tujuan gambar ni diletak nak tunjuk bangunan putih tu la shoplot office aku. belakang dia ni la terletak downton. sejak ada downtown ni,  becinta la nak dpt parking kat sini.

malaysia largest night bazar. is that true? aku jarang pegi tempat2 gini..

banyak kedai yg jual jersey ni. ada dgn takde saiz je la. then ada different on material. tp semua nya aspal! (asli tapi palsu) :p

rupanya banyak design jersey malaysia ni ye. aku tak tau la kan. tgh mencari lagi ni.

nia, tu chelsea punya jersey la. dia pegi angkat letak angkat letak mcm keje situ je kekdahnye. si nia ni, asal org ajak bejalan, tau dah, mesti nak pakai jeans dgn baju cantik katanya. walaupun tgh malam! nak raya ni, mesti kena tambah stok jeans la nampaknya. (ok, off topic sat)

adel setia menanti. mmg banyak gile kedai dlm ni. kitorg tak pusing habis pun

laki aku kalau nak membeli barang gini la ye, try la barang 10 kali. walaupun barang tu aspal!

finally he made a choice. aku punya pun dia pilih kan. kitorg sesaiz. aku amik jersey versi pompuan la. 

apa yg membuatkan aku nak tgk bola kat stadium sampai sanggup hantar anak kat taska? ntah la. semangat harimau malaya begitu tebal dlm diri ni kot. mungkin jugak lepas tgk harimau live kat zoo melaka buat aku berkobar nak gi tgk live. kahhhhhhhhhhhhh.... ok, tak kelakar. tapi, aku ni mmg minat apa2 yg melibatkan pasukan malaysia nye game tak kira apa sukan pun. tp mmg rasa la aura game malam ni buatkan aku nak menonton ke stadium.. sape yg kesana, c u there!!

Comments

nome said…
go harimau malaya! MALAYSIA BOLEH!

aku pun semangat gak nih...tp semangat depan tv jer sbb tiket sold out katanya...tp kalau ada tiket available pun, aku susah mau merempit ke sinun...huhuhu..maybe next time :D

mesti korang berkobar2 nak rempuh manusia begitu ramai...tp semangat korang berdua mmg aku kagum...tanpa korang, sure pemain malaysia tak bersemangat...thumbz up to wan dan alya! aku bangga! cecewahhh!!! :D
FeiZura said…
wehh seronok nyaaa..
tp, jauh sangat larrr..hehhehe
nnt aku teropong ko kat tb yer ly :))
Marlina Mohtar said…
kalau balik s.alam, suka pergi Uptown Shah Alam tu hihi. Banyak pilihan + harga murah sangat2...
Iela Fazielah said…
wah semanagt nyer alya! bagus!
Affieza said…
So dpt ke jersey yg harga 10rgt??
Elyn Sani said…
Aku kalau blk dr ptrjy lalu flyover mesti nmpk bazar ni dr atas cun gile tersusun dan x semak. Tapi tak terpergi2... Ajak laki den die kata nantilah...
nadja said…
kenapakah harimau malaya patah kaki plak.. adoi.. hampa juga la kan dah beli jersey.. nway semangat tu kena ader kan.. tak per biasa la adat permainan.. nway selamat berpuasa yani..
Farah Shamsudin said…
woh! semangat! farah tak sempat pn nak beli2 bagai..
eiman's mummy said…
wan adik pegi beratur kat bukit jalil ke beli tiket?
my friend beratur since pagi,sampai kat tgh2 barisan dia org blh ckp tiket habis..
kalau pesan kat adik pun ok...

wah..1st tgk bola kat stadium.mesti teruja gila kan..wan selalu pegi tgk bola kat stadium,tapi since ada anak langsung tak pernah pegi...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...