Skip to main content

rindu joget lambak adel

mama rindu joget lambak adel... ni masa breakfast kat coffee house corus paradise resort. sebab takde ipad nak entertain niadel. mama nyanyi live lagi nak bagi niadel dok diam2. hahahaah..

bole tahan gak dia punya demam kali ni. malam je panas badan dia. kena tido- tido ayam nak lap- lap badan dia. petang semalam, repeat gi klinik sebab kalau dah demam punca dari selsema dgn batuk definitely kena amik antibiotik. problem adel ni, kalau dia batuk bagai nak rak pun kahak dia takkan keluar punya. mesti dia telan. mau tak selesa dibuatnya. geram je tgk. kalau la ada vakum bole sedut kahak, lama dah aku beli. ubat pun payah nak bagi makan. berperang. kena kepung kaki tangan. bukan 1 ke 2 ubat. 5 ubat!

so, aku half day harini sebab nak jaga adel. kalau kat nursery sape lak nak lap2 badan dia kalau panas. td masa hantar dah tak panas. kot 4 jam lagi panas, hopefully ok dah la.

orang cakap, kalau demam, demam nak pandai. dari semalam dia dah panggil aku mama...mama...mama... kalau tak, mama pun dia panggil papa. sebab dia pandai sebut papa je. walaupun mama yg basuhkan berak adel kan. papa penah? :p

kakak nye antibody kuat sikit kot. sebab rajin makan scotts emulsion, minum vitagen, ubat adel pun dia nak makan. kalau adel, scotts emulsion pun dia tak mau. vitagen pun kurang. sebab masam. kena cari supplement lain kot nih.

Comments

r|nA @ ja|j|na said…
memula dulu pon, echa just pandai sebut abah..biar pon abah dia tak penah basuh berak echa, hukhuk..

echa pon kalau nak makan ubat berperang..bile kasi scott pon tak hendak dia..tp bile minun vitegen kan, mulelah berak²..

hope ade cepat sembuh ye :P
Ztee_Azwanis said…
kakak nia mkn vitagen dgn roller coaster eh. hehehe.
Unknown said…
memang cam tu lah budak2 ni rasanya...kes ayu both damias pandai panggil "ayah" dulu dari "ibu"...huhu
Gieyana said…
setiap anak bbeza dlm pembesaran diaorng kan..
Marlina Mohtar said…
auni pun antibodi agak lemah..kerap sakit juga lah. auni suka jegak minum vitagen tu...tapi selalunya dia makan vitamin c yang champ's tu..
Iela Fazielah said…
ala comelnyer adel... pandai dia joget..dah penat terus duduk ye
Mag said…
hehe..nyanyi tu sore mama adel ke?sayang af dah habis=p

get well soon adel dear
ryugiena said…
aly, ko ni kan pegi mn2 pun, klu ade cabutan bertuah mst ko dpt kn..klu ko nk tau, seumur hidup aku X PERNAH dapat cabutan bertuah..x bertuah btl aku..hahaha..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...