pagi ni, aku sempat kemas rumah, lipat kain, basuh baju dalam baldi, sidai kejap, siap kan nia then off to work. awal pulak dari biasa. motif cerita rutin ni apekehey? selalu pagi- pagi rushing je, kali ni smooth je. so sempat belek paper kat office.
sisipan ratu kat berita harian harini, tertarik kat tajuk kat atas tu. bapa mithali idaman wanita. bapa perlu sabar, bijak, memahami. info yang nak share kat sini. kemahiran diperlukan seorang lelaki bergelar bapa.
- kemahiran menjadi suami yang disayangi, dihormati dan disanjungi oleh pasangan masing- masing.
- ia merangkumi kemahiran memahami perasaan isteri, menghormati perbezaan pandangan yang mungkin berlaku dan seterusnya kebolehan menyusun strategi bersama pasangan dalam mendidik serta membangunkan keluarga atau dalam kata lain, prihatin, bijak juga matang.
- pepatah ada mengatakan 'hadiah terbaik daripada seorang bapa kepada anaknya adalah menyayangi ibu mereka'. lantas rasa itu membentuk perasaan hormat anak kepada bapa yang langsung membenihkan nilai insan yang lain di dalam diri anak.
3 info yang menarik untuk dikongsi. merangkumi semua. anak korang punya bapak mithali tak? niadel punya papa mithali tak? hanya mama niadel je yg mengetahui. hehehe... so, renung- renungkan, dan selamat hari jumaat! :D
my-hands-on husband ;)
Comments
alhamdulillah..bapak mithali tu milik amie n nana jua..hehehe