tadi masa tengah kemas baju, nak amik paperbag kat bilik, nampak selonggok handbag aku. tak organize nye lah kan. takpe2, esok dok umah sendiri, semua boleh beli bak kata wan. nak beli satu wardrobe letak aksesori. ewah.
so, notice on the size of the handbag. zaman study dulu takde handbag pun. kata brutal kan. kahhhh... masuk keje, baru la belajar berhandbag. tapi bila tgk size handbag tu, mak oi, letak 1 botol susu nia je lepas kot. so aku compare antara handbag yg ada dalam simpanan. tgk size dia. jenama tak yah tgk la, aku bukan reti sgt branded2 ni, asal cantik dimata, beli.
ni handbag masa memula kerja kot. ntah lupa. size sangat lah somel!
ni handbag masa dah kahwin. handbag hat kecik tu ada dibalik handbag ni. betapa kecik nye kan. sampai tak nampak handbag nye. yg ni bila aku tgk sekarang pun mmg takleh fit barang2 aku.
handbag ni masa dah ada nia kot. lupa. besar la banding 2 diatas. mmg tak nampak 2 handbag dibalik handbag ni.
hat ni yang the current dan yang terbaik dari ladang size nye. wan cakap bag doraemon. agak- agak nak pegi kat kereta tuh. sila la cari kunci 10 minit awal. siap adel pun muat dalam ni. kahhhhhhh.. kadang bole jd luggage letak baju segala. sesuai la dgn anak 2. hehhe..
perubahan size handbag juga perlu seiring dengan pertambahan usia dan pertambahan anak kan? heheh..
note : kalau weekend tak kemana, aku banyak la benda nak mengarut kat sini. harap maklum...
note2 : ina, ko nak ke baju yang aku nak derma tu? style ko sah2 la tak sama dgn aku kan. maka, xde la apa sgt yg ko minat kalau aku tunjuk pun.
Comments
nak ajak join HEARTBEAT. Klik sini for info]
http://heartbeat.my/?rid=6189
TUTORIAL ada kat blog
tp mmg ye la beb...aku pun spesis suka kumpul beg besar2...puas hati letak segala barang2 anak...idaklah angkut sampai 2-3 bag...tp bile nak cari kunci atau purse, mmg panas hati la...susah ooo...