Skip to main content

tent for them

kalau ada bilik extra, senang cite bila dah duduk rumah sendiri, nak ada satu bilik khas yang macam korang buat untuk buat play area budak- budak. lepas tu nak beli tent yang kitorg nampak kat jusco. semalam diorg ada bukak for display. aku test letak nia dgn adel, reaction diorg kat gambar bawah ni.

tengah imagine, kalau la aku beli sekarang, anak- anak happy, tp kang aku dgn wan patah pinggang jenuh kutip bola pulak. sebab tent tu c/w 100pcs balls. 100 biji? mau aku beli penyodok dgn penyapu khas guna untuk kutip mainan diorg nanti. setiap malam sebelum tido tu la keje nya, kutip mainan masuk dalam bakul nya. nanti, dah ada play area sendiri, mama papa beli ye. :)

senyum sampai ke telinga. sabtu lepas dah datang sini, tapi tak masuk, ahad tgk takde orang, bagi lah masuk.

tent ni fit for 2. letak adel, dia pun excited tgk bola yang colorful tu.

tent ni tak tinggi sangat pun.

dah dok dalam ni, tak heran pun mama papa kat luar ye..

buat macam harta sendiri lak. tgh main cak- cak dgn papa ni..

bila tgk diorg seronok sangat, mmg rasa nak beli terus je.

ok dah, cukup testing nye. jom balik..

wah tangan tu, tak lepas pegang bola. mujur la tak menjerit bila nak angkat. sekarang dah pandai marah bila orang amik something kat tangan dia.

kalau korang berminat nak beli, bole cari kat jusco dengan harga RM129.90 sahaja. :) sorry, lupa lak nak amik full tent ni.

Comments

amal_fc1303 said…
wah sungguh gembira.
beli satu leh letak kat umah opah nie ha...
Mrs. Simplicity said…
ina : letak kat umah opah, opah la belikan! hahahaha...
AieZa said…
penyodok dan penyapu khas ye? mcm kenal jek tuh.. kahhhhhhhhhhhhhh..
Mrs. Simplicity said…
aieza : aku dah terfikir sampai kesitu dah weh kalau aku beli tent ni. kahhhhhhhhhh... ni makcik hasnah nye idea la ni. ape eh, celong kan?
Iela Fazielah said…
kalau ikut hati mmg nak bl kan... tp dr segi nak kemas tu kena pikir byk kali...hehe... mmg fun btl rupa diaorg tu!
yantieramli said…
wah! menarik gak tu alya. ermmm tu la kan...kutip mainan yg sedia ade pun dah sakit pinggang...heheee
nome said…
cantek! enjoy je tgk adel dgn nia main dlm tent nih...
sonok dua badik ni....asalkan diaorg sonok kan..
Sricahaya said…
sonok tgk adel n nia..
kalau kat rumah ada bilik besar..mau bt khas bilik utk dorang bermain..
r|nA @ ja|j|na said…
iyelah alya, 100 biji bola tu, jenuhlah nak kutip nanti..tp macam berkenan jugak nih, ngeeee..
amal_fc1303 said…
tu la bari lepas tunjuk kat mak gmbr nie.
elani makrai said…
hahaa happy dorg...beli jer la...
nanti buat jadual sapa kutip bola evritime pas dorang dh puas main hehehe....
eiman's mummy said…
Umah wan ada 2 tent,kadang2 simpan takmau bg main sebab tak terlarat nak layan and umah jadi penuh..
besar sgt sampai man and wan blh masuk.yg tu redeem huggies.kalau adel and nia pakai pampers huggies,blh la redeem yg free.cam mahal jer yg kat jusco tu...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber