Skip to main content

tahun baru, sewa baru...

Selamat tahun baru dan Salam Maal Hijrah untuk semua readers. apa aktiviti harini sempena cuti? sure ramai yang amik peluang berpuasa sunat kan. sama- sama kita tingkatkan amalan kita sempena tahun baru ni kan.

tadi, uncle lai owner rumah datang kerumah nak amik sewa rumah. lewat sikit bayar bulan ni sebab kitorg balik kampung haritu. dan uncle cakap dia nak naik kan sewa dari RM450 ke RM520 setiap bulan mulai tahun depan. sewa baru ni adalah termasuk dengan maintenance fee which is RM91.70 yang kitorg bayar selang sebulan.

bila fikir balik, ok la, aku duduk rumah ni since bujang lagi dengan sewa rumah yang sama. bayangkan la since 2006 sampai 2010 sewa maintain RM450. so, its time la ada increase sikit kan. takpe la uncle, kitorg pun seronok duduk sini. selesa. dan uncle pun amik berat hal- hal rumah jugak. so, kami rela sewa dinaikkan.

buat aku dgn wan fikir, sewa dah naik ni, kalau dapat sewa tu ditukar kepada installment rumah sendiri lagi sedap bunyi nye kan? wishlist yang masih tak tertunai lagi. tunggu dividen ASB next month, ingat nak start balik la house hunting ni. moga ada yang serasi.

one happy family at home...

note : off to midvalley. celebrating our 3rd anniversary...

note 2 : terima kasih atas ucapan takziah dan sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah mak mertua saya. 

Comments

Ayu Zarina said…
kalau org dah memang baik ngan kiter...kita pun dengan rela hati bayar sewa yg dinaikkan tu tak??..as long alyya happy kat rumah tu..rasanya itu pun dah cukup..
nome said…
moh kita cari umah...aku pun nak dok poskod serdang nun...leh la kita berjiran...ekeke...
abang ensem said…
Insyaallah boleh kot beli rumah next year..
Mrs. Simplicity said…
ayu : rumah mmg ok, tapi part nak turun naik tangga tu yg becinta sikit tu. mmg nak kena cari landed house jugak ni.

nome : jom kite berjiran me. bole tukar2 lauk. tapi on weekend je la kan. kahhhhhhhhh

abang ensem : amin...
amal_fc1303 said…
lam ko xblogging yer...
entry kuar 3 skali.
kngah wish sinie je la anniversary ko..
happy anniversary yg ke-3.
nk wish hp xda kedit la.
paham2 je la yer..
Mrs. Simplicity said…
ina : hahahaha... sampai kredit pun tak leh top up ye. bawak2 la keje part time lepas ni ye. hahaha.. weh. tu esok la. jgn la wish arini.
Imaan09 said…
uoh..ni isu semasa ke ek..tuan umah saya pun sms masa balik kampung.. nak naikkan sewa..rm700 - rm850!huwaaa
AiSHieY said…
Jom kak Alya kite cari umah...shida pn still survey umah...belah saner umah mahal2 kan...hu3...sewa pn mahal...umah shida sewa 250 jer...hu3...
Sricahaya said…
kalau rumah besar selesa, tuan rumah amik berat pasal rumah dia..kira ok la tu..kita pun puas hati kan..

*teringin gak nak cari umah setingkat yg ada laman yg luas...
Fieza said…
InsyaAllah jadikan azam tahun baru beli umah sendiri k..Lebih berbaloi bayar installment rumah dari bayar sewa

Popular posts from this blog

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...