sebabnya.. tak jumpa ketupat, rendang, org melapah daging, tak pegi sembahyang raya. 1 je yang terasa raya bila dengar takbir raya kat tv. mujur lah raya haji pada kami tak semeriah raya puasa. kalau tak, bole bergenang kot masa dgr takbir.
harini keluar rumah berjumpa doktor sahaja. klinik area seri kembangan semua tutup nampaknye. terus je ke bangi. takkan hospital tutup kan. ke az-zaharah bangi. wan dgn aku demam + selsema. boleh tahan gak la sebab mmg flat then hidung berair- air je. harusla ke klinik segera. ni dapat virus dari adel la ni.
hasil dari perjumpaan dgn doktor, wan mengalami selsema belum nak demam. aku lak cam biasa, tonsil. doktor tanya bila mau buang? ish, nanti- nanti la doktor. sekian cuti raya kami. esok kerja ye!
aktiviti siang hari. santai- santai saja dirumah. mama sedang transfer barang ke handbag baru. tima kasih maklong nia dgn adel. wan senang hati tgk handbag ni sebab keluasan nye kurang sikit berbanding dgn handbag sebelum ni. senang mau cari barang.
kat channel 615 ada cite upin & ipin the movie. tak penah tgk lagi. so tgk la. tgk anak- anak aku. tepacak depan tv ye!
along, ko nampak tak? ni ondway to the hospital...
papa tgh register. lengang betul. takde orang pun..along, aku close up ni..
adel is clapping. along, ko nampak kan?
sebab takde orang, nia pun syok lari sana sini. walaupun takde orang bole tahan lama gak tunggu turn. doktor on duty sorang je.
aku yang tak sihat. tak sangka masa tgh tunggu turn jumpa dgn kawan sekolah jugak coursemate masa kat ukm. aku tekejut jumpa dia. dia lagi tekejut tgk aku dah ber-anak dua. dia cakap, 'aku tak dapat bayangkan ko dulu yang ganas skang dah ada dua anak' hehehee... lawak la ko ajie. aku luar je ganas, bila ada anak aku ceroi terus! kadang- kadang je mengganas. :D
Comments
eh ! nape anak akk comel sangat ha? hahah
eh ! tak perlu ae? tapi comel.haha. adel tu geram tgk nye !
rambut nia cantik...lebat sangat
kesimpulan, anak2 u memang kiut miut..hehe
bihah : oh al-kisahnya...
ada : eh lemah lembut pun ye gak. macam- macam ada aku ni. hehehe..
bed : aku la calon apc ye. bersiaran dari ofis ni. tu la, akak aku bising soh tunjuk gmbr. maka aku kerah semua berbaju itu. ni la baju raya aku bed. org lain aku tgk pakai baju melayu bagai, kitorg je sempoi.tu la weh, aku ni mana bole sakit. tak selesa nak buat apa. tu yg terus gi jumpa doktor.
bionis : oh, tq dear. harap perangai secantik rupa. :)
khusyuk tgk upin ipin yerk...
raya haji thn ni mmg tak rasa sgt..lagi pun ari ni dah keje semula..huhuhu
cian korang melepek kat umah...lg2 ko la dgn x sehatnya...tonsil la tu yer...dugaan alya...jgn loper mkn ubat...
comel adel pakai cekak pink tuh...dah pandai clap yer...duduk pun dah...diri pun dah..tinggal menapak jer...soon la tuh...
sonok nia lari2 kat kinik tuh...makin lebat rambut dia...
nome : yeah me, mmg akak aku tau color fav aku. tonsil me, again! aku dah lali dah. sampai masa, buang la. aku rasa aku makin jd ganas kot bila budak2 ni besar. hehehe..
chekna : ye ke? tu la, tak leh la bagi derang tgk yg bukan2 kan. takut terpengaruh nanti :)
ainal : ye betul! lepas ni aku soh diorg makan lobak merah banyak2!
nape eh aku tak amik gmbr dgn diorg. photoG dah simpan camera la weh. hehehe..