Skip to main content

kenduri di seri al-faizin

cuti deepavali haritu, kami pulang ke kedah dulu tgk mak mertua aku then ke perak pulak sebab sabtu nya ada kenduri tahlil dan bacaan yasin sempena 40 hari pemergian arwah atuk,  adik- adik aku nak exam dan mendoakan kesihatan mak mertua aku.

seawal pagi, semua dah disiapkan dan tetamu mula datang jam 10 pagi. bacaan yasin dan doa tahlil pada jam 11 pagi dan disusuli dengan makan tengah hari. alhamdulillah cuaca menyebelahi kami melancarkan majlis. tetamu yang dijemput turut hadir. adik beradik ayah aku dari Kajang pun turun ke perak sekali. adik- beradik aku pun semua ada. adik beradik mak wajibla ada kan. seronok bila semua berkumpul.

semoga niat dan doa pada majlis tempoh hari mendapat keberkatan dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. amin...

permulaan pagi yang baik. cuaca cerah. yg lelaki bertugas dibawah kemah.

kenduri tahlil maka nia pun bertudung. tudung mama yang maklong nak pinjam tapi nia tak bagi.

apa2 pun kena uruskan anak2 dulu sebelum tetamu datang. adel tgh breakfast.

1st time pakai tudung style ni. bole buat pakai tmpt dekat2. sarung je tak yah belit- belit mcm shawl.
 shawl masih dihati ye.

tuan rumah memberi ucapan sebelum bacaan yasin dimulakan.

tetamu yang memenuhi setiap ruang...

selesai dalam rumah, tetamu ke kemah untuk menjamu selera..

tetamu menjamu selera

sebab cuaca sgt terik, aku bawak adel mengintai keadaan kat luar rumah dari tingkap je la ye

tuan rumah dan puan rumah sibuk melayan tetamu

nia busy playing around. lari sana sini. ni pun pegang dia kejap sebab nak amik gambar. nia dgn maklong ima.

turn kitorg lak makan. ni pinggan saya. menu for that day : kari daging, ayam goreng rempah, ikan keli masak berlada, ulam- ulaman, sambal tempoyak dan sambal belacan. penuh sepinggan!

maksu dan makcik izan came all the way from kajang.

pukul 4 lebih baru rumah clear. cuaca baik, majlis ontime, tetamu yg dijemput datang, makanan habis. Allah permudahkan semua.

note : oh, SERI AL-FAIZIN, nama teratak mak dgn ayah aku. harap maklum.. :)

note2 : banyaknya gambar tuan blog! sekali sekala ye tak? :p

note3 : baju nia, adalah pemberian aunty ina dia sempena birthday nia yang ke-2. thanks aunty ina, tak yah tunggu bday pun bole je nak bagi lagi. :D

Comments

Mag said…
menu yang penuh pinggan tu nampak adalah sangat best! sampal tempoyak
Affieza said…
Meriahnya kenduri ni..best kn bila semua dpt bkumpul ramai2..
mamashasha said…
Alya, bkn senang nk berkumpul adik beradik sedara mara sepupu
Sepapat semua kan.time kenduri mcm ni la kan. Heaven wei tgk menu
Korang!!sangat2..kalau ada keramaian anak2 harus diuruskn dahulu
Kalau x lain laa jadinya..aku pun gitu drpd diorang mengamuk or
Meragam baik settlekn anak dulu. Gambo adel kat jendela tu
Natural la..aku suka candid mcm ni..nmpk real.
Unknown said…
air oren dgn teh susu..
buah tembikai..
tapai..(xtra menu import dr maknyah)
Sricahaya said…
comel gambar adel kat tingkap tu..merenung masa depan yer..
Mrs. Simplicity said…
mrs spicy : best2!

affieza : tak cukup korum lg ni. tp ok la, yg rapat2 ada. terasa kemeriahan nya

bed : tu la bed. mmg bukan senang nak gather gini. tu yg rasa seronok. makanan pun marvelous semua. aku mmg gitu, apa2 pun anak2 no 1. lepas tu baru la nak bersembang smpi lebam. adel tgk dr dalam je la ek. hehhe..

ainal : bubur kacang dgn buah nangka cikgu saidin bagi ko tak nak sebut ke?

sricahaya : adel sedih kot sebab tgk org lain makan lauk best.2 tp makanan adel limited je. hehehe..
Ms. Ayu said…
alya,
mmg ayu cemburu tgk korang rajin balik kampung..

me, nak balik sebula sekali pon payah.. :(

sonok tgk u all selalu gathering ramai2.. sume sporting! syokk sgt..

mmg saya cemburu sama kamoo...
r|nA @ ja|j|na said…
meriah kenduri SERI AL-FAIZIN..comei what alya pakai syria tu..rina skang ni bersyria aje..shawl dah kureng, sampai nak pakai dah kekok..
Mrs. Simplicity said…
ayu : jgn gitu, kitorg sebab kampung dekat kot. tu selalu bole balik..

rina : owhh, tp nmpk tembam kat rina? wan ckp macam bibik! sabojela. oo yeke? shawl banyak2 tu nak buat ape tu? heheh..
amal_fc1303 said…
air oren tak cukup.
ina yg tolong refill xnk ckp ker?
Mrs. Simplicity said…
ina : ha ye2, cite2. apsl tak cite kat blog ko? kena masak nasi lain pun cite ye. sabojela..
amal_fc1303 said…
hahahaha... lupa pulak nk cite kan. nasi masak lain 2 periuk lgi tu.
Mrs. Simplicity said…
ina : 2 periuk ke? aku ingat 1 jek. huhuhu...
amal_fc1303 said…
2 periuk la. tu pon 1 periuk kasi kat opah.. 1 periuk lgi kita makan.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...