Skip to main content

macam ni rupanya kalau ramai officemate perempuan

jumaat lepas mendapat undangan dari banker ke jamuan raya diorg. lepas pukul 6 baru betolak sebab tak jauh mana pun dan lagipun bukan nya nak lama. makan- makan, sembang2 skit, tunjuk muka then balik. tapi tidak la seperti yang dirancang. 

kalau nak tau, aku agak rapat dengan semua staff bank ni sebab muka aku je selalu kat situ kan. dari bujang sampai la sekarang. sebab ape eh? kalau nak tau lagi, office aku, dulunya aku sorang je staff perempuan. so mcm takde gang la nak sembang girl talk. tapi kalau dapat pegi bank, transaction yang bole settle 5 minit je, bole jadi sejam aku sangkut kat bank tu. bersembang punya pasal. 

kadang lunch sama, masa aku nak kawen dgn baru kawen pun diorg la kaki usik. masa aku pregnant pun diorg la yang bagi aku macam- macam nasihat dan pengalaman. bila dah anak pun share pasal anak pulak. pasal susu la, sampai ke menu apa nak bagi anak makan harini. aku rasa, mcm aku lak keje dekat bank tu. so, masa pegi jamuan raya diorg dalam hati "oh, macam ni rupanya kalau ada officemate perempuan" sure seronok kan? ke tak jadi keje? keje, keje gak kan? time leisure tu yg rasa syok. dulu aku sorg, skang dah bertiga. ok la tu kan? :)

ni la antara gang bergossip aku. semua mak- mak orang ye. ada yang dah anak 4 pun.

dan lagi. rasa macam artis lak bila semua nak amik gmbr dgn aku. hahahaha.. ye la, time office hour takleh macam ni kan, so time ni la nak enjoy lebih sikit. sudahnya, aku jadi last guest yang balik. siap tapau lagi tu. maka, kena bayar OT la kat nursery. tp dah bagitau awal la :)

ni la sebahagian dari officemate sebenar aku ye. ok je, ramai lelaki ni. dan kalau time bergossip kalah perempuan!

so, korang yang ramai officemate pompuan ni, amacam, sonok tak? kadang tu, bila takde, itu yg kita teringin nak merasa. tapi bila dah ada, rasa tak best mana pun. lain org, lain taste kan.

note : cakap siang pandang- pandang, cakap malam dengar- dengar. bukan dalam bercakap je. dalam berblogging pun sama. blog kan public, so sensitiviti perlu diambil kira dalam menulis. also note to myself. renung- renungkan.... ;)

Comments

Lelord said…
ohhh sudah semestinya...dulu masa kat cimb mmg ramai pompuan...rindu nak kumpul semuanya..hahhaha amaklum le udah resign
Rizziela said…
Office saya ramai gak perempuan. Cina dengan melayu sama banyak..tapi memang bestlah..kalau berjumpa mulut memang tak menahan..asyik gosip ajer..

x pernah lagi keje tak ada perempuan..tak tau mcm mana perasaan..
ryugiena said…
ye2x..aku stj dgn note ko 2.hehe..
kalo keje gomen, mmg ramai pompuan.. mcm2 karenah dan peel ada... tp, kat bhgn jue ni banyak yang muda2 dan umur lebih kurang jerr.. mmg sonok la.. sebab semua sekepalaa.. yang penting, kena pandai bawa diri, dan jgn mudah sangat nak terasa.. kalo tak, say sorry la untuk kitorg nak main pujuk2.. dah besar.. pandai2 pikir...
iyer takkk..??
amal_fc1303 said…
siap ada pepatah melayu lgi tu. hehehe..abeh lgi ko beraya yer.
Chik Na said…
kadang opismate laki yg lagi hebat bergossip kan...
Anonymous said…
emm..x best pun..maybe kalo kat private kalo ramai staf pempuan best kot tp kat gomen...ramai bepuak puak..pastu suka mengata blkg...ade yg sombong, berlagak...yg pempuan la..yg laki ok...
nome said…
x yahlah beb kalau ramai pompuan dlm opis nih...depends la...kalau dpt yg ok..oklah jadinya...kalau dpt molot parit buntar...maka hancurlah jawabnyer....ekkee

apa2pun aku setuju note ko yg last tuh...ckp siang pandang2, ckp malam dgn laki jer..kahhhhhhh...jgn gunakan blog utk mengutuk atau menjatuhkan org...sensitivi sekeliling kena diamik kira...note to myself tooo....
MamaYatie said…
sonot yer ramai geng..saya ada 3 kerat jer perempuan melayu terakhir dlm opis ni...the rest chinese..huhu

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...