gambar kat entry sebelum ni, semua pakai DSLR sebab compact camera kaput masa tu. maka ke sunway haritu pun kua bawak DSLR. bebulu je wan tgk aku sebab nak kena bawak banyak barang. 1st time bawak keluar. selalu bila ada adik- adik aku je bawak, sebab ada tukang snap. hari ahad tu terpaksa bawak dah takde camera. hardcore weh! hahaha... payah jugak nak bawak banyak2 barang ni. ada extra baggage lak. ish, tak terhandle jugak. apa yg dan tu je la disnap.
isnin lepas ke kedai camera nak tanya pasal compact camera aku yg ada problem. tak leh nak amik gambar. bila tekan je nak snap, kua folder error. tak best la kan, camera muda lagi. maka, ke kedai tanya. rupanya, memory card ada bawak virus dalam camera. maka kena reformat balik. mujur la gambar da trasnfer semua.
then, mata ni terpandang kat satu bag ni. cun woo! rupanye tu new arrival untuk letak EOS canon. for ladies katanya. tu yg tertarik. dalam kepala dah fikir, nak kua lepas ni senang bawak bag ni je. tak la nak bawak banyak2 bag. nak jadi handbag pun bole. sebab dia bagi offer 15%, aku terus la angkat. lepas ni, jgn muncung kalau saya bawak DSLR ye bang. hehehe..
tambah mata aku jadi berkenan sangat tu sebab warna hijau! design pun ok. aku macam musykil, bole ke letak ni. then dia pun demo letak EOS 550D dgn extra lens lagi. mmg very compatible. ada tali panjang jugak.
Comments
ibu damia : ayu wajib la angkat satu!
ina : ye ar, camera sony tu tetieb takleh amik gmbr lak. leceh tul!
gie : insyaAllah .. :)
cantek! smart! bukan setakat wat beg camera...leh wat beg utk berjimba nih...ekeke...
nome : ijau mie, nampak grey sebab flash camera kot. jgn salahkan rabun kamu itu. ater, aku pun rabun. hehe..
bag berjimba? i like!!!
brp rege ek?