2 hari lepas, agent insurance ofis aku datang, sembang- sembang agak lama jugak. dari hal- hal kerja sampai ke personal. sambil- sambil tu cite pasal insurance anak- anak. dalam sembang- sembang tu, aku pun cite la, yang adel ni antibodi dia kuat sikit banding dengan nia. sebab dulu masa nia baby, bole kata every month dia demam atau batuk atau selsema. dan pernah sekali admitted due to bronchitis.
adel pulak, kalau diikutkan rekod, baru sekali je demam. tapi mulut ni tak bole nak bercakap, kalau bercakap benda tu la nak jadi. bila terdetik tu maknanya niat la tuh, Allah bole dengar. tu pasal kita kena cakap yang baik- baik dan yang positif je. tapi susah kan?
nak- nak kalau masa pegi haji. mak aku cite, kalau terdetik tu, Allah mesti bayar cash. masa tu mak aku tengah solat kat masjidilharam. nampak ada orang usung mayat dari jauh. mak aku ni jenis yang penakut sama la dgn anaknye sorg ni. sambil berkata dalam hati "yaAllah jangan la mayar- mayat tu dekat dgn aku" elok je mak aku bukak mata lepas habis berdoa, tekejut mak aku bila org tgh usung mayat lalau atas kepala mak aku. maka terkedu mak aku.
maka, bila sembang2 pasal anak sakit ni, nak jadi cite, adel jatuh demam pulak. masuk harini dah 2 hari. malam tadi dah ke klinik. ditambah pulak dgn batuk dan selsema. pakej! suhu dia malam tadi paling tinggi 37.6. terkawal lagi. tu la dia kan, kalau kita sebut, mesti jadi. so, kena la berfikir sebelum bercakap mahupun bercakap dalam hati. sekian, tazkirah hari jumaat aku. hehhee..
gambar arkib. last week punya gambar ni. tak sempat pulak nak mencapai camera malam tadi nak amik gmbr adel demam. sebab dok menjeram badan dgn kepala dia dengan air. tapi dia ni tak mau dok diam, letak kain basah atas kepala je mesti kejap je. maka, letak la kat belakang badan dia. takpe la, demam nak alih ke 8 bulan la ni.
aunty noran, this pic is for u! lovely lace gown yg cousin aku bagi kat adel. dia nak tgk adel pakai, so here u go.. cantik gown ni, suka sangat! oh, adel time ni baru bangun tido, tu yg blur je muka.
her, being creative! out of topic : kat fb semalam dapat artikel dari kawan wan macam mana nak mengelakkan marah kepada anak. nak- nak anak yang berumur 2-7 tahun. artikel yang banyak input dalam tu telah aku panjangkan kepada papa diorg. surprisingly, malam tadi, sopan santun je papa nia dgn adel melayan kerenah anak dia. especially anak sulung dia ni. agak- agak tak efektif lagi, kawan wan tu soh aku print lepas tu laminate kan tampal kat umah. good idea! heheh..
note : nak kua entry ni serba salah, kang kata nak cite pasal anak sakit pening, sebab nak upkan traffic., nak tagih simpati, aiseh! ater, aku buffered earning tu pun tak tau mende. id dgn p/word nuffnang account pun tak tau.
Comments
adel demam nak pandai tu...dah menganjak bulan..insyAllah sembuh pasnih...
payah gak kan...kita punyer blog nak tulis apa2 pun payah...cth cam blog aku, x abis2 dgn entry mkn...x psl2 ckp aku ni nak naikkan traffic...tp walhalnyer aku x guna nuffnag pun dlm blog aku...jeles tol derang ni...penoh dgn hasad dengki...
cute ade senyum..ada lesung pipit..
mama adel, kongsi la artikal tu..leh bt jadi panduan pada sy gk.. :)
ala kak, kata blog personal, citer pasal personalla, abaikan kata-kata orang yg hanya pandai berkata-kata tu, blog dorang best sangat ke?
sian adel demam...semoga cepat sembuh..
betulla kak..kekadang hangin jugak ngan anak..tp tula..dengan kitapun berapa jam je kan..zah selalu amik positif dan nasihat hubby kata..dia nak manja...
emmm....blog personal..ikut suka la nak tulis ape...banyak sonegh tul la depa ni..hehehe
aly, mesti rating blog ko naik pasni sbb ank ko sakit.. blog aku plak sure jatuh menjunam sebab ian dah sehat..
ish ish ish.. :P
siannya adel...tu lah ..kadang2 mulut ibu2 ni masin...walaupun tak terucap, cuma terdetik jer...tapi mampukah kita pk yg positif2 jer..huhu..